Dawlah Islam Yang Hakiki- KHILAFAH

     Untuk mengkaji “negara Islam” sebagai wacana politik dan kenegaraan dalam perspektif Islam, maka perlu mengkaji beberapa persoalan penting yang berkenaan dengan sejarah penggunaan istilah “Negara Islam” dalam wacana pemikiran Islam. Penggunaan istilah dawlah, dawlah Islamiah, al khilafahdarl al-Islam dan Bilad Islamiah sering digunakan untuk merujuk makna yang sama. Penulisan ini cuba merungkiakan Hakikat “Negara Islam” yang sebenar ketika muncul tuduhan istilah dawlah tidak ada dalam al-Quran dan Sunnah dan ada pula pihak yang menggambarkan “Negara Islam” dengan gambaran yang bercanggah dengan Islam.
     Perkataan dawlah dalam bahasa arab untuk menterjemahkan perkataan state dalam Bahasa Inggeris belum pernah digunakan oleh orang arab khususnya zaman permulaan Islam. Quran menggunakan perkataan dulah dalam konteks mal (kekayaan). Menurut Ibn al-Manzur yang menghimpun semua perkataan arab yang asli dalam karyanya Lisan al-Arab juga membuktikan perkataan dawlah tidak pernah digunakan oleh orang arab dengan pengertian state.
     Sekalipun tidak dapat dipastikan dengan jelas bila perkataan dawlah dengan pengertian state diperkenalkan kepada kaum muslimin, antara yang terawal menggunakan istilah ini ialah Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah Ibn Khaldun pada 779 H atau sekitar abad ke-8 H. Sekalipun demikian, Ibn Khaldun mengasingkan pembahasan ad-dawlah (negara), al-mulk (kerajaan) dengan al-khilafah wa al imamah.
     Plato dan Aristotle tidak mentakrifkan state (negara), kecuali menerangkan gagasan umum tentang sebuah negara yang mereka idam-idamkan. Plato menerangkan, negara lahir sebagai akibat manusia yang saling memerlukan dan pembahagian kerja secara sosial. Sementara aristotle berpendapat, negara merupakan organisasi tubuh dengan desa2 dan keluarga sebagai komponennya.
     Mungkin kerana perkataan state mempunyai ciri2 pembahagian kekuasaan politik dan sebagainya, perkataan tersebut diterjemah kepada lafaz dawlah yang memiliki ciri2 al-udbah (penggiliran) dan al-ghalabah (kemenangan/kekuasaan). Dengan demikian, perkataan dawlah bukanlah perkataan yang dinyatakan oleh nas dan untuk mentakrifkannya tidak dapat berpandukan nas itu kecuali berpandukan realiti bahawa negara merupakan kumpulan manusia dengan ciri2nya.
     Sekalipun kekuatan (al-ghalabah) atau kekuasaan (al-sultah) dijalankan oleh orang tertentu, ia pasti bukan berasal dari seorang malainkan dari sekelompok manusia yang merupakan entiti atau struktur. Dengan realiti manusia dan tabiat kekuatan maka perkataan dawlah dapat ditakrifkan sebagai: Entiti dan struktur (kiyan) pentadbiran yang berfungsi menerapkan kumpulan pemahaman (mafahim), standard (maqayis) dan qana’ah diyakini dan diterima oleh umat.
     Takrifan ini merupakan realiti sebuah negara, ia boleh dipakai untuk negara kapitalis, sosialis mahupun Islam. Berdasarkan pemahaman, standard dan qana’ah inilah identiti sesebuah negara dapat ditentukan.
     Dengan demikian dapat dikatakan perkataan dawlah memang tidak terdapat dalam nas syarak tetapi tidak bererti keterangan berkenaan dengan realiti tersebut tidak ada dalam Islam kerana Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna. Yang benar, realiti yang dimaksudkan oleh perkataandawlah (negara) diterangkan dengan menggunakan perkataan yang unik, iaitu al -khilafah.
     Perkataan al-khilafah terdapat dalam hadis riwayat al-Bazzar:
“Sesungguhnya permulaan (urusan) agama kamu adalah bermula dengan kenabian dan rahmat, kemudian akan ada khilafah dan rahmat, kemudian akan ada kerajaan dan kesengsaraan (jabariah).
     Perkataan Khilafah dalam hadis di atas menunjukkan sistem pemerintahan. Dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim juga menyatakan:
” Dahulu Bani Israel dipimpin oleh para nabi, apabila para nabi itu wafat, mereka digantikan oleh nabi yang baru. Sedangkan setelahku, tidak ada lagi seorang nabi dan akan ada Khilafah yang banyak”
     Hadis ini menerangkan fasa pemerintahan yang pertama adalah pemerintahan dengan sistem kenabian tetapi setelah tidak ada lagi nabi yang diutus, sistem itu diteruskan oleh Khilafah (jamaknyakhulafa‘) iaitu orang yang menjawat jawatan pengurusi, al-khilafah. Juga difahami bahawa sistem yang diwariskan oleh nabi untuk menguruskan umatnya adalah sistem khilafah yang menjadi pewaris nabi dalam urusan pemerintahan dan bukannya kenabian. Ini kerana urusan kenabian itu merupakan lantikan Allah sedangkan masalah pemerintahan adalah perlantikan dari manusia.
     Ibn Khaldun menggunakan perkataan dawlah Islamiah (negara Islam) dengan perkataan dawlahyang disifatkan dengan sifat Islam untuk menyebut al-khilafah. Ini dapat difahami kerana perkataan dawlah itu bersifat umum meliputi Islam dan bukan Islam. Beliau membezakan siyasah aqliyyah (politik pemerintahan akal) dengan siyasah syr’iyah (politik dan pemerintahan syarak).
     Oleh kerana itu perkataan dawlah Islamiyyah (negara Islam) hanya mempunyai satu makna, iaitu al-khilafah sebagaimana maksud sarjana yang pertama menggunakan istilah ini. Sedangkan yang berlaku hari ini penggunaan perkataan “negara Islam” dengan makna selain al-khilafah merupakan kekeliruan sama ada ketidaktahuan tentang makna dawlah Islamiyyah atau kerana niat jahat untuk menipu umat Islam dari realiti sebenar.
     Perkataan dar al-Islam sesungguhnya merujuk kepada nas syarak iaitu as-sunnah. Untuk menjelaskan maksud penggunaan perkataan ini perlu diterangkan makna lafaz dar itu sendiri. Dari segi makna bahasa, lafaz dar bererti al-mawdi (tempat), kabilah dan sebahagian lagi dengan makna syarak (al-haqiqah as-as-syar’iyyah). Ada dua hadis yang menjadi perbincangan ahli fiqah dalam hal ini:
1. Hadis riwayat an-Nasai
“Dahulu Madinah adalah Dar Syirik (negeri kufur).
2. Hadis Riwayat Muslim
“Ajaklah mereka kepada Islam. Jika mereka memenuhi ajakan mu terimalah mereka, dan cegahlah (tanganmu) untuk memerangi mereka.Kemusdian ajaklah mereka untuk berhijrah dari negeri mereka (negeri kufur) kepada negeri kaum Muhajirin (negeri Islam) dan beritahukanlah kepada mereka, jika mereka melakukan yang berkenaan, mereka berhak memperolah hak dan kewajipan yang sama dengan kaum muhajirin”.
     Kenyataan Rasulullah dalam nas yang pertama setelah Madinah menjadi Dar al Islam setelah wilayah itu menerapkan hukum Islam secara menyeluruh dengan baginda SAW dan kaum muslimin memegang “keamanan” untuk urusan dalaman dan luaran. Rahsia perintah baginda memerintah orang yang telah memeluk Islam untuk berhijrah dari negeri mereka yang tidak menerapkan hukum Islam kepada negeri yang menerapkan hukum Islam (Madinah) adalah kerana mereka bukan pemegang keamanan di negeri mereka.
     Berdasarkan hadis diatas, ulama fikah menerangkan status dar al-Islam dengan dar-kufur dengan standard penerapan hukum Islam dan keamanan. Dapat disimpulkan perkataan daral-Islam berertibilad (negeri), wilayah atau daerah al-khilafah yang mempunyai kekuasaan yang merdeka dari semua bentuk pengaruh asing dalam mewujudkan keamanan dalam urusan dalaman dan luar dan menerapkan hukum Islam secara kaffah.
     Berdasarkan huraian diatas, didapati tidak wujudpun satu negara pada hari ini yang menepati realitiad-adwlah Islamiyyah atau al-Khilafah. Begitu juga ketika ini tidak wujud satu negeri atau wilayahpun yang menepati realiti yang dimaksudkan dar al-Islam (Negeri Islam). Yang ada hari ini hanyalah realiti yang dimaksudkan oleh perkataan bilad Islamiyyah.Wallahualam
Adaptasi dari jurnal Liwa’ Ul Haq Bilangan 1, tulisan Hafidz Abdurrahman

Persepsi-Persepsi Berbahaya Terhadap Islam: Syiekh Abdul Qadim Zallum

Persepsi-Persepsi Berbahaya Terhadap Islam: Syiekh Abdul Qadim Zallum (Amir kedua Hizb Tahrir)

Terorisme:
Undang-undang berkaitan terorisme jelas tunduk kepada orientasi politik negara pembuatnya. Amerika melihat pembunuhan Indra Ghandi sebagai perbuatan teroris sementara pembunuhan Presiden Kennedy sebagai jenayah. Begitu juga gerakan revolutional Nikaragua (Zapatista) dan Tentera Pembebasan Ireland (IRA) apabila anggota gerakan ini ditangkap, diperlakukan sebagai tawanan perang menurut Protokol 1 dan Perjanjian Geneva. Berbeza pula layanannya terhadap gerakan Islam di Pakistan, Mesir, Algeria dan lain-lain. Dari sini, perjuangan mendirikan Khilafah sebagai melangsungkan Islam dalam kehidupan menjadi sasaran langsung polisi ini. Disini Islam menyediakan method khas dalam merialisasikan tujuan menerapkan Islam yang tertumpu kepada pertarungan pemikiran (ash-shira al fikri), perjuangan politik (al kifah as siyasi) serta menjauhkan diri dari penggunaan senjata- hakikatnya berpegang teguh kepada method syariat Islam, bukan kerana takut dicop sebagai pengganas.




Dialog Antara Agama:
Gagasan mencari titik temu antara agama yang ada semacam mereka satu agama baru untuk umat manusia. Mereka cuba mencari “kebenaran” yang dipandang relatif, yang menafikan sesiapa untuk memonopoli klaim kebenaran (truth claim). Kebenaran harus tunduk kepada kaedah demokrasi iaitu tunduk kepada pandangan majoriti kerana dipandang paling dekat dengan kebenaran. Hakikatnya, aqidah peradaban kapitalisme diasaskan dari aqidah sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan)  jauh berbeza dari aqidah Islam yang mengimani Allah sebagai rob yang Maha Pencipta dan manusia wajib mengatur kehidupan mereka sesuai dengan ketentuan Allah. 


Prinsip Jalan Tengah:
Prinsip ini muncul setelah konfrantasi berdarah antara golongan agama dengan para pemikir di era kebangkitan Barat beratus tahun lalu. Kesepakatan yang dicapai ialah mengakui keberadaan agama untuk mengatur interaksi manusia dengan tuhan, tetapi agama tidak berhak mencampuri urusan kehidupan manusia dan diserah sepenuhnya kepada manusia. Dari sini munculnya aqidah bagi idealogi mereka yang digelar kapitalisme. Ditengah kaum muslimin pula, mucul konsep “wasatiah” yang dikatakan tidak berlebih-lebihan dan kononnya lebih adil. Faktanya, tidak ada konsep jalan tengah dalam Islam, sebab memang tidak pernah ada kompromi atau jalan tengah dalam nas dan hukum Islam sebaliknya segala hukum Islam itu teliti, terang dan jelas batas-batasnya. 

A013
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

(An-Nisaa’ 4:14)


 “Sekalipun jika diletakkan bulan di tangan kiri ku dan matahari di tangan kanan ku, namun untuk aku memberhentikan usaha dakwah ini tidak sama sekali. Aku akan teruskan sama ada aku berjaya atau mati dalam usaha ku ini”[Hadith Riwayat Al Baihaqi No:522].




Fundamentalisme:
Istilah ini muncul pada akhir abad ke-19 untuk menunjukkan sikap gereja terhadap ilmu pengetahuan dan falsafah moden serta sikap konsisten mereka terhadap ajaran Kristian. Gerakan Protestant adalah kalangan yang mula-mula menerima jolokan ini. Fundamentalisme hari ini merujuk kepada fahaman yang menentang arus kemodenan dan teknologi yang lahir dari idealogi kapitalisme. Maka, golongan ini dianggap berbahaya terhadap ketamadunan manusia. Apabila golongan yang dicop sebagai fundimentalis ini diseksa, ditangkap dan dibunuh, ia kelihatan sebagai wajar kerana golongan ini dikatakan menentang nilai kemanusiaan. Cop ini juga diberikan kepada mereka yang menentang perampas tanah kaum muslimin seperti Yahudi, Serbia dan Amerika. Selain itu, tujuan jangka masa panjangnya ialah menjauhkan kaum muslimin dari menghidupkan “Islam Politik” dalam bentuk negara dan sistem kehidupan. Hakikatnya, Islam itu satu ajaran menyeluruh dan mengatur kehidupan manusia dengan lengkap dan sesuai sepanjang zaman. Ia membatalkan ajaran samawi yang terdahulu dan sama sekali tidak sama dengan gerakan fundamentalis dari golongan kristian baik secara formal mahupun substantial. 


Globalisasi:
Perumpamaan perkataan globalisasi itu umpama jilbab di antara pakaian atau kuda trojan diantara kelengkapan perang. Istilah ini asalnya merujuk kepada satu atau beberapa pemain ekonomi yang bertujuan menglobalkan sesuatu. Misalnya dengan melaksanakan polisi memandang seluruh dunia sebagai pasaran untuk produk mereka. Mereka kemudiannya mengeluarkan produk di negara yang lebih murah kosnya. Namun perekembangan idea ini menyaksikan penjajahan bentuk baru dengan memperhambakan negara-negara mundur di bawah kekuasaan ekonomi negara kaya. Negara mundur menyambut baik kedatangan tenaga kerja asing, menggubal undang-undang untuk menyokong polisi itu, menswastakan perusahaan milik negara agar Barat dapat membelinya dan meyakini tidak ada alternatif lain diluar pilihan-pilihan tersebut untuk mengikut arus pembangunan global, atau kita dikatakan ketinggalan. Sungguh ini adalah serangan yang amat berbahaya tanpa menggunakan kedok agama sebagai perantara, tidak dapat dihindari dan lebih mengerikan


A033


Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

(At-Taubah 9:33)


Adaptasi dai kitab Mafahim Khatirah li diarbi al-Islam wa tarkizi al-Hadharati al-Gharbiyah, Syiekh Abdul Qadim Zallum 1419H/1998, keluaran: Hizbut Tahrir.

3 Teori Palsu Mengenai Kebangkitan Islam

1. Membina dawlah Islamiah satu persatu, kemudian bergabung membentuk dawlah Khilafah dengan skala global:
Ini adalah idea yang termasyhur di kalangan umat Islam di seluruh dunia yang merindukan kebangkitan Islam. Mereka punya kesedaran akan kewajipan menegakkan Khilafah, namun masih tercari-cari formula yang tepat (dan cepat) ke arah itu. Faktanya, mendirikan negara-negara Islam secara terpisah antara satu sama lain hanyalah melambatkan usaha kebangkitan secara global. Satu perkara yang tidak masuk akal sekiranya Malaysia sudahpun mendirikan negara Islam, tetapi terpaksa menunggu Indonesia, Syiria, Masir dan lain2 untuk turut sama menjadi negara Islam lalu sama-sama bergabung membentuk dawlah Khilafah. Faktanya, perkara “penyatuan global” ini tidak langsung termasuk dalam mimpi puak2 yang dikata pro Islam, dan meraih kekuasaan di wilayah masing-masing.  “Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kalian kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kalin dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kalian akan dikumpulkan” [TMQ al-Anfal (8):24].
Keberhasilan meraih kekuasaan sekalipun melalui sistem taghut demokrasi yang ada yang menyimpang dari syarak hanya sahaja menciptakan pelbagai masalah yang memerlukan reformasi demi reformasi. Sebuah harakah Islam yang memenangi kekuasaan bersama sekutu kafir akan sahaja berdepan dengan pelbagai kesulitan yang mendesak untuk mereka berkompromi dalam banyak isu demi sekutu, jauh sekali memikirkan perkara penyatuan global, yang mewajibkan seluruh kaum muslimin bersatu di bawah naungan khilafah. Di Indonesia, meletakkan Gus Dur ke posisi tertinggi negara dengan harapan terbentuknya dawlah Islam juga hanya angan kosong apabila masalah demi masalah lain yang bertali arus timbul menyibukan umat dengan reformasi demi reformasi untuk pelbagai perkara. 
Idea negara-negara Islam yang kecil bergabung membentuk sebuah dawlah Khilafah juga sebenarnya memberi ruang yang cukup luas buat Kuffar Barat untuk memecahkan kesatuan yang cuba dibentuk. Negeri-negeri kecil yang lemah ini tidak mungkin mampu berdepan dengan Empayar Uncle Sam atau Eropah sendirian…. 
Perlu di ingatkan, perjuangan membentuk empayar global memerlukan perjuangan lokal. Seorang daie yang tinggal di sesuatu wilayah dan berdakwah di sekitar lingkugan hidupnya lebih berkesan berbanding disibukkan untuk usaha dakwah di tempat yang asing. Orang yang tinggal di Malaysia, adalah tidak munasabah untuk melakukan dakwah di Rusia atau di Pakistan, dengan hanya pergi berdakwah beberapa hari atau bulan, tetapi menghabiskan sebahagian besar hidupnya di kampung halaman dan menyepi dari dakwah. Perjuangan lokal dengan pemikiran yang global, menyeru kepada kesatuan yang global dengan mendirikan dawlah Khilafah, itu lah sahaja caranya dakwah yang berkesan dan sistemik untuk melihat kebangkitan yang hakiki umat Islam. 
2. Mendirikan dawlah Islam bermula dari individu, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara:
Idea ini sekali imbas nampak intelek, realistik dan syarie. Namun penelitian yang lebih mendalam akan mengungkap ke dangkalan idea ini. Masyarakat adalah terdiri dari unsur Pemikiran, Perasaan dan Peraturan. Untuk mengubah masyarakat kita wajib mengubah ketiga unsur ini, atau ia hanya sekadar usaha yang gagal. Sesebuah masyarakat yang terdiri dari individu yang muslim, tetapi diatur dengan sistem kufur, tetap sahaja tergolong sebagai sebuah masyarakat kufur. Berbeza halnya dengan masyarakat kafir sebagai ahlul zimmi didalam dawlah Khilafah, yang tunduk kepada kekuasaan umat Islam dan kedaulatan syarak, maka mereka adalah masyarakat Islam. Rasulullah SAW mengikitraf warga kafir di dalam dawlah Madinah sebagai masyarakat Islam yang dilindungi sebagai kafir zimmi.
Argumentasi thoriqoh (keadah) mendirkan dawlah khilafah melalui konsep ini juga sungguh tidak masuk akal apabila difahami sistem yang taghut akan terus-menerus melahirkan individu yang rosak, keluarga yang rosak, dan masyarakat yang rosak. Katakanlah terdapat 2,3 keluarga di sebuah wilayah yang benar2 soleh, menjaga segala batas syarak sebaiknya, yang hidup di kalangan ratusan keluarga lain yang rosak agamanya, apakah keluarga yang soleh ini akan mampu mengubah individu2 dalam ratusan keluarga yang lain lalu menegakkan dawlah khilafah, dalam keadaan aturan yang berjalan tetap sahaja menciptakan lebih banyak individu dan keluarga yang rosak??? Jawapannya tentu sekali TIDAK!
3. Membina dawlah bermula dari pembinaan akhlak dan hati:
Ini gagasan paling dangkal dalam memahami proses perubahan masyarakat. Seandainya argumen seperti ini diterima, sepatutnya kita akan menerima idea seorang yang ingin membaiki sebuah pesawat mestilah seorang yang berakhlak baik sehingga mampu membaiki pesawat berbanding mencari orang yang mahir dengan ilmu teknikal pesawat untuk membaikinya. AKhlak tidak ada kaitan langsung dengan keupayaan membaiki pesawat. 
Perubahan akhlak dan hati tidak ada kaitan langsung dengan perubahan sistem hidup masyarakat. Masyarakat Hindu dan Budha yang memiliki kesopanan dan akhlak unversal yang baik, menjunjung kesopanan dan akhlak dan menerapkannya dalam kehidupan tetap saja disebut masyarakat kafir walaupun hatinya baik. Mengubah masyarakat tetap sahaja memerlukan perubahan ketiga perkara iaitu Pemikiran, Perasaan dan Peraturan yang ada ditengah masyarakat itu. Tidak dinafikan, umat Islam wajib berakhlak dengan aturan Islam dengan sebenar-benarnya, bukan sekadar ibadat semata-mata. Dalam kitab al-siyasah al-Islaam karangan Imam Ibnu Taimiyah beliau menukilkan Usaha mendirikan Imamah (Khilafah) sebahagian dari Islam dan sarana bertaqarrub kepada Allah adalah kewajipan. Taqarrub kepada Allah dalam hal kepimpinan yang dilakukan dengan cara mentaati Allah dan Rasul Nya adalah sebahagian taqarrub yang paling utama…”  
Adaptasi kitab Reformasi Vs Revolusi karangan Muhammad Mushthofa Ramadhan (2005 )