Persepsi-Persepsi Berbahaya Terhadap Islam: Syiekh Abdul Qadim Zallum

Persepsi-Persepsi Berbahaya Terhadap Islam: Syiekh Abdul Qadim Zallum (Amir kedua Hizb Tahrir)

Terorisme:
Undang-undang berkaitan terorisme jelas tunduk kepada orientasi politik negara pembuatnya. Amerika melihat pembunuhan Indra Ghandi sebagai perbuatan teroris sementara pembunuhan Presiden Kennedy sebagai jenayah. Begitu juga gerakan revolutional Nikaragua (Zapatista) dan Tentera Pembebasan Ireland (IRA) apabila anggota gerakan ini ditangkap, diperlakukan sebagai tawanan perang menurut Protokol 1 dan Perjanjian Geneva. Berbeza pula layanannya terhadap gerakan Islam di Pakistan, Mesir, Algeria dan lain-lain. Dari sini, perjuangan mendirikan Khilafah sebagai melangsungkan Islam dalam kehidupan menjadi sasaran langsung polisi ini. Disini Islam menyediakan method khas dalam merialisasikan tujuan menerapkan Islam yang tertumpu kepada pertarungan pemikiran (ash-shira al fikri), perjuangan politik (al kifah as siyasi) serta menjauhkan diri dari penggunaan senjata- hakikatnya berpegang teguh kepada method syariat Islam, bukan kerana takut dicop sebagai pengganas.




Dialog Antara Agama:
Gagasan mencari titik temu antara agama yang ada semacam mereka satu agama baru untuk umat manusia. Mereka cuba mencari “kebenaran” yang dipandang relatif, yang menafikan sesiapa untuk memonopoli klaim kebenaran (truth claim). Kebenaran harus tunduk kepada kaedah demokrasi iaitu tunduk kepada pandangan majoriti kerana dipandang paling dekat dengan kebenaran. Hakikatnya, aqidah peradaban kapitalisme diasaskan dari aqidah sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan)  jauh berbeza dari aqidah Islam yang mengimani Allah sebagai rob yang Maha Pencipta dan manusia wajib mengatur kehidupan mereka sesuai dengan ketentuan Allah. 


Prinsip Jalan Tengah:
Prinsip ini muncul setelah konfrantasi berdarah antara golongan agama dengan para pemikir di era kebangkitan Barat beratus tahun lalu. Kesepakatan yang dicapai ialah mengakui keberadaan agama untuk mengatur interaksi manusia dengan tuhan, tetapi agama tidak berhak mencampuri urusan kehidupan manusia dan diserah sepenuhnya kepada manusia. Dari sini munculnya aqidah bagi idealogi mereka yang digelar kapitalisme. Ditengah kaum muslimin pula, mucul konsep “wasatiah” yang dikatakan tidak berlebih-lebihan dan kononnya lebih adil. Faktanya, tidak ada konsep jalan tengah dalam Islam, sebab memang tidak pernah ada kompromi atau jalan tengah dalam nas dan hukum Islam sebaliknya segala hukum Islam itu teliti, terang dan jelas batas-batasnya. 

A013
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

(An-Nisaa’ 4:14)


 “Sekalipun jika diletakkan bulan di tangan kiri ku dan matahari di tangan kanan ku, namun untuk aku memberhentikan usaha dakwah ini tidak sama sekali. Aku akan teruskan sama ada aku berjaya atau mati dalam usaha ku ini”[Hadith Riwayat Al Baihaqi No:522].




Fundamentalisme:
Istilah ini muncul pada akhir abad ke-19 untuk menunjukkan sikap gereja terhadap ilmu pengetahuan dan falsafah moden serta sikap konsisten mereka terhadap ajaran Kristian. Gerakan Protestant adalah kalangan yang mula-mula menerima jolokan ini. Fundamentalisme hari ini merujuk kepada fahaman yang menentang arus kemodenan dan teknologi yang lahir dari idealogi kapitalisme. Maka, golongan ini dianggap berbahaya terhadap ketamadunan manusia. Apabila golongan yang dicop sebagai fundimentalis ini diseksa, ditangkap dan dibunuh, ia kelihatan sebagai wajar kerana golongan ini dikatakan menentang nilai kemanusiaan. Cop ini juga diberikan kepada mereka yang menentang perampas tanah kaum muslimin seperti Yahudi, Serbia dan Amerika. Selain itu, tujuan jangka masa panjangnya ialah menjauhkan kaum muslimin dari menghidupkan “Islam Politik” dalam bentuk negara dan sistem kehidupan. Hakikatnya, Islam itu satu ajaran menyeluruh dan mengatur kehidupan manusia dengan lengkap dan sesuai sepanjang zaman. Ia membatalkan ajaran samawi yang terdahulu dan sama sekali tidak sama dengan gerakan fundamentalis dari golongan kristian baik secara formal mahupun substantial. 


Globalisasi:
Perumpamaan perkataan globalisasi itu umpama jilbab di antara pakaian atau kuda trojan diantara kelengkapan perang. Istilah ini asalnya merujuk kepada satu atau beberapa pemain ekonomi yang bertujuan menglobalkan sesuatu. Misalnya dengan melaksanakan polisi memandang seluruh dunia sebagai pasaran untuk produk mereka. Mereka kemudiannya mengeluarkan produk di negara yang lebih murah kosnya. Namun perekembangan idea ini menyaksikan penjajahan bentuk baru dengan memperhambakan negara-negara mundur di bawah kekuasaan ekonomi negara kaya. Negara mundur menyambut baik kedatangan tenaga kerja asing, menggubal undang-undang untuk menyokong polisi itu, menswastakan perusahaan milik negara agar Barat dapat membelinya dan meyakini tidak ada alternatif lain diluar pilihan-pilihan tersebut untuk mengikut arus pembangunan global, atau kita dikatakan ketinggalan. Sungguh ini adalah serangan yang amat berbahaya tanpa menggunakan kedok agama sebagai perantara, tidak dapat dihindari dan lebih mengerikan


A033


Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

(At-Taubah 9:33)


Adaptasi dai kitab Mafahim Khatirah li diarbi al-Islam wa tarkizi al-Hadharati al-Gharbiyah, Syiekh Abdul Qadim Zallum 1419H/1998, keluaran: Hizbut Tahrir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *