Soal Jawab Santai Mengenai Politik

1. Kalau bukan pilihanraya, nak buat macam mana?
Jawapan: Minhaj Rasulullah
2. Apa itu minhaj Rasulullah?
Jawapan: Fasa pembinaan kutlah melalui halaqah, fasa menzahirkan kutlah secara terang terangan, fasa thalabun nusrah, fasa mendirikan daulah dan fasa menyebar luas dawlah.
3. Kalau tak ada kuasa, bagaimana nak ubah sistem?
Jawapan: Memang kekuasaan itu perlu, tapi sepanjang perjalanan mencapainya juga wajib melalui cara yang syarie, bukan pragmatik dengan realiti kufur
4. Takkan nak biar parti sekular terus bermaharajalela?
Jawapan: Persoalan bukan siapa yang memerintah tetapi memerintah dengan apa. Baik kerajaan persekutuan atau negeri, pemerintah atau pembangkang,  keduanya berjuang untuk negara sekular dan bukan Islam sekalipun ada bedak dan make up yang dilumur untuk nampak Islam. Islam bukan sekadar untuk diambil “nilainya” tetapi wajib diambil seluruh SYARIATNYA.
5. Takkan seminar dan risalah je?
Jawapan: Tidak, itu cuma sebahagian kecil uslub untuk menyampaikan idea. Main thing is idea Islam itu wajib disebarluas.
6. Demokrasi tu kan diterima pakai ramai ulama sebagai wadah mendapatkan kuasa?
Jawapan: Jumlah ulama atau penerimaan majoriti bukan penentu benar atau bathil. Demokrasi itu sendiri merupakan tsaqofah (produk pemikiran) dari aqidah sekular yang memisahkan agama dari kehidupan. 
7. Siapa calon Khalifah?
Jawapan: sesiapa sahaja asalkan menepati 7 syarat pengangkatan Khalifah. Sultan yang ada sekarang juga layak menjadi khalifah sekiranya memenuhi 7 syarat tu.
8. Kita sedang berubah dengan perlahan2 menuju lebih baik. Salah ke?
Jawapan: Kesilapan memahami perubahan total (taghyir) atau perubahan berkadar (islah). Seseorang kafir, tetap sahaja kafir sekalipun dia lebih sopan atau jujur berbanding sebelumnya. Perubahan mendasar berlaku apabila aqidah yang menjadi mafahim sesuatu matlamat perubahan itu berubah, bagi Islam, sistemnya KHILAFAH, bagi sekular sistemnya DEMOKRASI.
9. Demokrasi tu kan sama dengan syura?
Jawapan: Tidak sama sekali.  Syura adalah pengambilan pendapat (dalam perkara yang dibolehkan oleh Islam) sedangkan demokrasi adalah sistem pemerintahan kufur yang berasal dari Barat yang berasaskan pada idea sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan.
10. Bukankah perjuangan politik mesti menimbangkan waqi’ (tempat)?
Jawapan: Iya. Pertimbangan itu benar bagi uslub (teknik), tapi bukan pada thoriqoh (method dasar). Waqi di Malaysia, lebih suka cara santai, kita guna cara santai, waqi di Eropah suka perdebatan intelek, kita guna cara intelek. Dari segi thoriqoh, jalan peperangan, jalan demokrasi atau jalan kenabian, itu mesti selari dengan hukum syarak.
11. Puak mana yang patut saya join?
Jawapan: Kewajipan menyertai harakah Islam waktu ini ialah WAJIB. Mana2 gerakan Islam yang menyampaikan kalimat haq ialah harakah yang boleh disertai. Islam bukan hak eklusif sesiapa, bukan hak sebilangan puak sahaja, ia untuk sekalian manusia.
12.  Kenapa tak tunggu Imam Mahdi?
Jawapan: Perkhabaran mengenai Imam Mahdi bukanlah sumber syariat. Ia perkhabaran yang wajib kita percaya sebagaimana khabaran2 lain di dalam Al Quran. Tidak terbit sebarang hukum perbuatan dari kisah2 perkhabaran semacam itu. Sedangkan “perbuatan” mengangkat seorang amirul mukminin bagi sekalian kaum muslimin adalah wajib dan haram melengah-lengahkannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *