Ringkasan Kisah Perang Jamal

Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah

Nepotisme bermaksud melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap sesuatu jawatan. Contohnya, tawaran jawatan kosong kepada saudara-mara, walaupun masih ada lagi orang lain yang lebih layak serta sanggup melaksanakan tugas sedemikian. Perkataan nepotisme berasal daripada perkataan Latin ‘nepos’, yang bermaksud “anak saudara” atau “cucu”.

Ali ra. memasuki kota Bashrah pada hari Isnin empat belas Jumadil Akhir tahun 36 Hijriyah. Penduduk Bashrah membai’at beliau di bawah panji-panji mereka. Sampai-sampai orang-orang yang terluka dan orang-orang yang meminta perlindungan juga membai’at beliau. Abdurrahman bin Abi Bakrah datang menemui beliau dan berbai’at kepada beliau. Beliau berkata kepadanya, “Di manakah orang yang sakit?” -yakni ayahnya-. Abdurrahman menjawab, “la sedang sakit wahai Amirul Mukminin. Sesungguhnya ia ingin sekali bertemu denganmu.” Ali ra. berkata, “Tuntunlah aku ke tempatnya.” Ali ra. pun pergi menjenguknya. Abu Bakrah -ayah Abdurrahman- meminta udzur kepada beliau dan beliau menerimanya. Ali ra. menawarkannya jabatan sebagai amir Bashrah, namun ia menolak. Abu Bakrah berkata,” Angkatlah seorang lelaki dari keluargamu yang dapat membuat tenang penduduk negeri ini. Abu Bakrah mengisyaratkan agar mengangkat Abdullah bin Abbas , maka Ali ra. Pun mengangkatnya sebagai amir kota Bashrah. Lalu menunjuk Ziyad bin abihi sebagai petugas penarik pajak dan penanggung jawab Baitul Mai. Ali ra. memerintahkan Ibnu Abbas agar mendengar saran-saran Ziyad. Pada perang Jamal Ziyad mengasingkan diri dan tidak ikut terlibat dalam peperangan.
Kemudian Ali ra. mendatangi rumah tempat Ummul Mukminin ‘Aisyah ra’ singgah. Ali ra. meminta izin kepadanya lalu masuk sembari mengucapkan salam kepadanya dan ‘Aisyah ra. ra.. menyambutnya dengan ucapan selamat. Seorang lelaki menyampaikan berita kepada Ali ra., “Wahai Amirul Mukminin, di luar ada dua orang lelaki yang mencaci Aisyah ra.” Maka Ali ra. Memerintahkan al-Qa’qa’ bin Amru agar mencambuk kedua lelaki itu masing-masing seratus kali cambuk.
Lalu ‘Aisyah ra. ra.. bertanya tentang pasukannya yang terbunuh dan pasukan Ali ra. yang terbunuh. Setiap kali disebutkan nama orang-orang yang terbunuh dari kedua belah pihak ‘Aisyah ra. mendoakan rahmat dan kebaikan untuk mereka.
Ketika Ummul Mukminin ‘Aisyah ra. hendak meninggalkan kota Bashrah, Ali ra. mengirim segala sesuatu yang diperlukan untuknya, mulai dari kenda-raan, perbekalan, barang-barang dan lainnya. Dan beliau mengizinkan pasukan Aisyah ra.. yang selamat untuk kembali bersamanya atau jika mau mereka boleh tetap tinggal di Bashrah. Beliau mengirim saudara lelaki ‘Aisyah ra., Muhammad bin Abi Bakar , untuk menyertainya. Pada hari keberangkatan, Ali ra. mendatangi rumah tempat ‘Aisyah ra. menginap, beliau berdiri di depan pintu bersama orang-orang. Kemudian ‘Aisyah ra. keluar dari rumah dalam sedekupnya, beliau mengucapkan selamat tinggal kepada mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka. ‘Aisyah ra. berkata,“Wahai bunayya, janganlah saling mencela di antara kalian. Demi Allah sesungguhnya apa yang telah terjadi antara aku dan Ali ra. hanyalah masalah yang biasa terjadi antara seorang wanita dengan ipar-iparnya. Sesungguhnya, meski aku dahulu mencelanya namun sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang terpilih.”Ali ra. berkata, “Ia benar, demi Allah tidak ada masalah yang terjadi antara kami berdua kecuali seperti yang telah disebutkan. Sesungguhnya ia adalah istri nabi kalian , di dunia dan di akhirat.”Kemudian Ali ra. berjalan mengiringinya sampai beberapa mil sembari mengucapkan selamat jalan kepadanya. Peristiwa itu terjadi pada hari Sabtu awal bulan Rajab tahun 36 Hijriyah. ‘Aisyah ra. ra.. dan rombongan berangkat me-nuju Makkah kemudian ia menetap di sana hingga musim haji pada tahun itu juga kemudian ia kembali ke Madinah.
Itulah ringkasan kisah yang disebutkan oleh Abu Ja’ far Ibnu Jarir dari para ulama sejarah. Tidak seperti yang disebutkan oleh para pengikut hawa nafsu (ahli bid’ah) dari kalangan Syi’ah dan lainnya yang menyebarkan hadits hadits palsu atas nama sahabat. Dan kisah-kisah palsu yang mereka nukil tentang masalah ini. Jika mereka diajak kepada kebenaran yang nyata mereka berpaling sembari berkata, “Bagi kalian sejarah kalian dan bagi kami sejarah kami.” Jikalau begitu kami katakan kepada mereka:
“Kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil” (Al-Qashash: 55).




Pentadbiran saidina Ali

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah/Sabaiyyah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah/Sabaiyyah  yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.

Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. 

Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabenor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Kenapa dinamakan perang unta?

Manakala Aisyah radhiallahu ‘anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” 

KERANA DI DALAM PEPERANGAN INI SITI AISYAH DUDUK DI ATAS UNTA

Perang Jamal kebenaran yang tersembunyi

Setelah Talhah dan Zubair membaiah Saidina Ali sebagai Khalifah, mereka meminta izin untuk melakukan umrah.

Disana mereka bertemu dengan  Ummul Mukminin Aisyah, di dalam pertemuan itu mereka bersepakat untuk meminta Saidina Ali mempercepatkan qisas keatas pembunuh Saidina Uthman.

Selang beberapa hari kemudian, mereka bertiga beserta beribu-ribu pengikut-pengikut bergerak ke Basrah.
Saidina Ali yang mendengar berita tersebut, juga mempersiapkan tentera, tetapi bukan untuk berperang, hanya sebagai langkah berjaga-jaga, dan beliau mengutus  qa’qa’, untuk berunding dan bertanya tujuan kedatangan mereka. Aisyah menjawab: “wahai anakku, untuk keamanan manusia”.

Jadi Aisyah beserta dua sahabat lagi menyatakan persetujuan untuk bergabung dengan pihak Saidina Ali, bagi membanteras pemberontak, yang telah menimbulkan huru-hara, serta membunuh Khalifah Uthman dengan kejam.

Malam sebelum berlakunya peperangan Jamal, pihak pemberontak yang bertanggungjawab atas pembunuhan Khalifah Uthman berasa gelisah yang amat, kerana  mereka tahu  apabila pihak Aisyah bergabung dengan pihak Saidina Ali, lambat laun tembelang mereka akan pecah, dan mereka pasti di qisaskan atau di hukum. Sebelum fajar menyinsing, para pemberontak yang menghampiri angka 2000 orang, telah mencipta fitnah, mereka menyerang kubu pihak Ali dan Aisyah. Maka tercetuslah salah faham, Aisyah menyangka pihak Ali telah khianat dan menyerang mereka, begitu juga Ali menyangka sebaliknya, jadi tercetuslah peperangan Jamal, beribu-ribu umat Islam meninggal. Talhah syahid di dalam peperangan itu, manakala Zubair, tidak mengikuti peperangan tersebut, kerana beliau mendengar Nabi bersabda, yang beliau (Zubair) akan berselisih dengan Saidina Ali dan beliau di pihak yang salah, maka beliau menuju ke Wadi Suba’, tetapi di bunuh oleh Amir bin Jurmuz ketika solat.

Ali memberitahu Rasulullah bersabda”Pembunuh Zubair di Neraka”

“Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.”

Aisyah dihantar pulang ke Madinah, diiringi sepasukan wanita, yang bersenjata.

Sekalipun aliran Syi`ah telah diharamkan di Malaysia, sebahagian daripada ajaran mereka masih tersebar luas. Di antaranya ialah berkenaan sejarah para sahabat, dimana banyak buku-buku tempatan yang memuatkan kisah tersebut berdasarkan versi Syi`ah. Sejarah versi Syi`ah mudah dikenali, ia bersifat pro kepada Ali bin Abi Thalib serta ahli keluarganya dan bersifat kontra kepada para sahabat yang lain. Kisah-kisah sejarah versi Syi`ah telah mendapat tempat yang kukuh dalam pemikiran umat Islam tanah air sejak di bangku sekolah sehingga dianggap ia adalah fakta yang benar.

Aisyah memberontak kepada Ali?

Antara sejarah versi Syi`ah yang masyhur adalah Perang Jamal merupakan pemberontakan yang diketuai oleh Aisyah ke atas Ali bin Thalib. Kenyataan ini memerlukan penelitian semula: Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan ke atas Ali yang diketuai oleh Aisyah?

Perang Jamal bermula apabila Aisyah, Thalhah dan al-Zubair radhiallahu ‘anhum serta orang-orang yang bersama mereka pergi ke Basrah selepas pengangkatan Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh menjadi khalifah umat Islam. Semua ini berlaku selepas pembunuhan Amirul Mukminin Usman bin Affan radhiallahu ‘anh. Melihatkan pemergian Aisyah dan pasukannya, Amirul Mukminin Ali turut pergi ke Basrah bersama pasukannya. Apabila menghampiri Basrah, kedua-dua pasukan ini telah bertembung dan dengan itu berlakulah satu peperangan yang dinamakan Perang Jamal. Ia dinamakan sedemikian kerana Aisyah berada di atas unta (Jamal) ketika peperangan tersebut.

Dalam peristiwa ini, timbul dua persoalan. Yang pertama, kenapakah Aisyah dan pasukannya bergerak ke Basrah? Al-Qadhi Ibn al-Arabi rahimahullah (543H) menerangkan bahawa orang ramai mengemukakan beberapa pendapat. Ada yang berkata mereka keluar kerana ingin melucutkan Ali daripada jawatan khalifah. Ada yang berkata mereka benci kepada Ali. Ada yang berkata mereka ingin mencari para pembunuh Usman. Ada yang berkata mereka keluar untuk menyatu-padukan semula umat Islam. Di antara semua pendapat ini, yang benar adalah yang terakhir. Al-Qadhi Ibn al-Arabi menegaskan:

“Mungkin mereka keluar demi keseluruhan umat Islam, mengumpulkan dan menyatu-padukan mereka kepada undang-undang yang satu (Islam) agar tidak berlaku kebingungan yang akan mengakibatkan peperangan. Dan inilah pendapat yang benar, tidak yang lainnya.”

Sebelum itu hal yang sama ditegaskan oleh al-Imam Ibn Hazm rahimahullah (456H):

“Dan adapun (pemergian) Ummul Mukminin (Aisyah), al-Zubair dan Thalhah radhiallahu ‘anhum berserta orang-orang yang bersama mereka (ke Basrah), tidaklah mereka sedikit jua bertujuan membatalkan kekhalifahan Ali, mereka tidak mencabar jawatan tersebut, mereka tidak menyebut apa-apa kecacatan yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak bertujuan mengangkat khalifah baru yang lain dan mereka tidak memperbaharui bai`ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah sesuatu yang tidak dapat diingkari oleh sesiapa jua dengan apa cara jua.

Kebenaran yang sebenar yang tidak memiliki apa-apa permasalahan padanya adalah mereka tidak pergi ke Basrah untuk memerangi Ali atau menentangnya atau mencabut bai`ah daripadanya ,yang benar mereka berangkat ke Basrah tidak lain untuk menutup (daripada berlakunya) perpecahan yang baru dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan yang zalim ke atas Amirul Mukminin Usman radhiallahu ‘anh.” [7]
Berdasarkan penerangan di atas, jelas kepada kita bahawa dalam pemergiannya ke Basrah, Aisyah radhiallahu ‘anha tidak memiliki tujuan berperang atau memberontak terhadap Ali radhiallahu ‘anh. Ini membawa kita ke persoalan kedua, jika demikian kenapakah kedua-dua pasukan ini bertembung dan berperang?

Kenapakah berlakunya Perang Jamal?

Al-Imam Ibn Hazm melanjutkan, pasukan Ali turut ke Basrah bukan untuk memerangi pasukan Aisyah tetapi untuk bersatu dengan mereka, menguatkan mereka dan menyatukan umat Islam dalam menghadapi peristiwa pembunuhan Usman.

Akan tetapi pada waktu yang sama wujud juga orang-orang yang sebelum itu terlibat dalam pembunuhan Usman. Mereka menyamar diri dengan berselindung di kalangan umat Islam. Apabila melihat Aisyah dan pasukannya pergi ke Basrah, mereka menyalakan api fitnah kononnya pemergian tersebut adalah kerana perpecahan daripada kekhalifahan Ali. Namun apabila para pembunuh Usman mendapat tahu bahawa pasukan Aisyah dan Ali telah bersatu, mereka menjadi bimbang lagi cemas. Ini kerana selagi mana umat Islam berpecah, selagi itulah para pembunuh Usman terselamat daripada apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, pasti kesatuan tersebut akan memudahkan tindakan diambil ke atas para pembunuh Usman.
Maka para pembunuh Usman merancang untuk melagakan kedua-dua pasukan tersebut. Pada awal pagi ketika hari masih gelap, mereka menyerang pasukan Aisyah. Dalam suasana terperanjat daripada tidur yang lena, pasukan Aisyah menyangka bahawa pasukan Ali telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri (self defense), mereka menyerang balas ke atas pasukan Ali. Pasukan Ali pula menyangka pasukan Aisyah telah berlaku khianat dan menyerang mereka. Dengan itu mereka menyerang balas, juga sebagai tindakan mempertahankan diri sendiri. Tanpa disangka-sangka, bermulalah Perang Jamal sekali pun kedua-dua pihak pada asalnya tidak memiliki apa-apa tujuan berperang.

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (774H) memperincikan detik-detik yang mengakibatkan bermulanya Perang Jamal:

“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega  pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi para pembunuh Usman melalui malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata: “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”

Mereka (pasukan Aisyah) mengira bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana hura hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan Aisyah) menyerang kita!”

Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang menyedari apa yang sebenarnya terjadi.” [9]

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) meringkaskan detik-detik ini dalam satu perenggan:
“Mereka (para pembunuh Usman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri (self defense). Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak).

Manakala Aisyah radhiallahu ‘anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” 

Demikianlah penjelasan para ilmuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berkenaan Perang Jamal. Kembali kepada persoalan asal pada permulaan artikel ini: Benarkah Perang Jamal adalah satu gerakan pemberontakan ke atas Ali yang diketuai oleh Aisyah? Penjelasan Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah menjadi jawapan kepada persoalan asas ini,:

“Sesungguhnya Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah lebih tepat. Maka setelah itu apabila sahaja beliau mengingat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 316]

Pada malam harinya (Perang Jamal berlangsung pada malam hari) kaum munafiquun menyusup ke barisan sahabat Thalhah ra. dan Zubair ra. dan melakukan penyerangan mendadak.  Kerana merasa diserang maka kubu Thalhah ra. dan Zubair ra. balas menyerang ke pasukan Ali bin Abi Thalib ra dan perang besar pun tak terhindarkan.  Perang ini disebut Perang Jamal dan berakhir dengan kemenangan Ali bin Abi Thalib ra. dan meninggalnya 2 orang sahabat yang dijamin masuk surga yaitu Thalhah ra. dan Zubair ra.

Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud untuk  memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya.

Hakikat ini telah dikemukakan oleh Ibn Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. 

Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”.

`Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.”
Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba.

Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” 

Lalu mereka berdua menyatakan: “Kami pun dengan tujuan yang sama.”
Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia.
Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i:
“Adakah mereka itu (Mu`awiyah dan orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini (darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini?
Ali menjawab: “Ya.”

Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan menangguhkannya?”
Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan Ahli Sunnah berkenaan  peristiwa yang berlaku sesama sahabat.
Ahli sunnah beriktiqad bahawa masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap mereka mendapat satu sahaja. Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan.

Namun golongan Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu mereka mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan Jamal.

Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` apabila dihantar oleh Ali untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian. 

Mereka menjawab: “Kamu memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika Ali datang dan dia berpandangan seperti kamu, keadaan akan menjadi baik.” 
Lalu al-Qa`qa` pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali. Kemudian Ali menemui orang-orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang benci, tetap membenci dan orang yang reda, tetap reda.
`Aishah kemudiannya menulis surat kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-masing gembira.

Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu berdua masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.

” Hati dan jiwa kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada waktu petang Ali menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar Tulaihah al-Sajjad.
Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka merancang dan berpakat untuk mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir.

Lalu mereka keluar sebelum fajar menyinsing.Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang berdekatan mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan bangkit menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari tidur dan mendapatkan senjata. 

Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang kami pada waktu malam. Mereka telah menipu kita.Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali dan beliau bertanya: “Apa yang telah terjadi kepada orang ramai?” 

Mereka menjawab: “Ahli Basrah telah menyerang kami pada waktu malam.” Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.


Biodata Talhah ibn Ubaidillah (Pahlawan Perang Uhud)

Pada awalnya, Talhah ibn Ubaidillah merupakan seorang peniaga kain yang berasal dari Makkah. Kerap berniaga dan membawa barangan berharga di Syria. Ibunya bernama Sa’abah binti al-Hadrami.
Masuk Islam setelah berjumpa dengan seorang pendeta Nasrani ketika berniaga di Busra. Ketahanannya diuji dengan seksaan yang diterima oleh beliau dan Abu Bakar ketika di Makkah
Rasulullah menggelarkan beliau sebagai “Syahid yang hidup” kerana keadaan fizikalnya ketika itu yang sudah cedera akibat terlibat dengan banyak pertempuran bersama baginda. Hadis Nabi berkenaan kehebatan beliau:

“Barangsiapa yang ingin melihat syahid yang sedang berjalan di muka bumi ini, lihatlah pada Talhah ibn Ubaidillah”

Beliau merupakan pelindung bagi Rasulullah semasa Perang Uhud ketika umat Islam dalam keadaan terdesak akibat serangan kaum Musyrikin Makkah. Terlibat dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Ketika Perang Jamal, beliau berada di pihak Saidatina Aishah binti Abu Bakar. Beliau akhirnya terkorban akibat lembing beracun yang dilemparkan oleh Marwan bin al-Hakam.

Surah Al-Ahzab:23
“Di antara orang-orang mukmin itu terdapat sejumlah laki-laki yang memenuhi janji-janji mereka kepada Allah. Di antara mereka ada yang memberikan nyawanya, sebahagian yang lain sedang menunggu gilirannya. Dan tak pernah mereka merubah pendiriannya walaupun sedikit…”

Setelah Rasulullah membaca ayat yang mulia itu, beliau menatap wajah para sahabatnya sambil menunjuk kepada Talhah sabdanya:

“Siapa yang suka melihat seorang manusia yang masih berjalan di muka bumi, padahal ia telah memberikan nyawanya, maka hendaklah ia memandang Thalhah…!”

Biodata Zubair Al-Awwam (Pembela Rasulullah)

Zubair dan Talhah telah dipersaudarakan oleh Rasulullah di Mekah sebelum hijrah. Rasulullah juga pernah bersabda:

“Thalhah dan Zubair adalah tetanggaku di dalam syurga”. 

Zubair dan Talhah juga dari keturunan yang bersambung dengan Rasulullah. 

Talhah bertemu keturunan dengan Rasulullah pada Murrah bin Kaab. 

Zubair pula bertemu nasab dengan Rasulullah pada Qusai bin Kilab, dan ibunya Shafiah, adalah saudara perempuan ayah Rasulullah(Abdullah). 

Zubair termasuk dalam golongan tujuh orang yang mula-mula menyatakan keislaman, pada permulaan dakwah Rasulullah.

Kecintaan dan penghargaan  Rasulullah buat Zubair, amat besar sekali, sabdanya

“Setiap nabi mempunyai pembela dan pembelaku adalah Zubair bin Awwam..” Ia adalah sepupu Rasullah dan merupakan suami kepada Asma binti Abu Bakar Al-Siddiq.

Sewaktu berlaku perang Jamal akibat salah faham, Saidina Ali sempat bertemu Zubair dan Talhah, katanya 

“Wahai Zubair, aku minta kau jawab kerana Allah! Tidakkah engkau ingat, sewaktu Rasulullah menghampiri kita yang sedang berkumpul bersama, lalu beliau (Rasulullah) bersabda 
“Wahai Zubair, tidakkah engkau mengasihi Ali..” 

kemudian engkau menjawab “Kenapa pula aku tidak mengasihi saudara sepupuku, anak kepada ibu dan bapa saudaraku, serta se akidah denganku…” 

Rasulullah bersabda lagi “Hai Zubair demi Allah, bila engkau memeranginya (Ali), jelas engkau telah berlaku zalim kepadanya…” Sewaktu itu Zubair tersedar akan kesilapannya “Ya, sekarang aku ingat, hampir aku terlupa (sabda Rasulullah), demi Allah aku tidak akan memerangimu.”

Talhah dan Zubair menarik diri dari perang saudara itu. Mereka menghentikan perlawanan setelah tahu kedudukan sebenar peperangan itu, tambahan pula apabila mereka terlihat Ammar bin Yasir berperang di pihak saidina Ali. Mereka teringat sabda Rasulullah kepada Ammar “Yang akan membunuhmu ialah golongan yang derhaka…”

Mereka lalu mengundur diri, Zubair diikuti oleh Amru bin Jarmuz, lalu dibunuh sewaktu, Zubair sedang solat, manakala Talhah dibunuh oleh Marwan bin Hakam.

Si pembunuh pergi kepada Imam Ali, dengan bermaksud memberitahu beliau tentang tindakannya terhadap Zubair dengan dugaan Ali akan gembira, malah dia turut membawa pedang Zubair yang diambilnya selepas melakukan kejahatan yang sangat kejam itu , maka berteriak keras Ali, apabila mengetahui di muka pintu itu, ada pembunuh Zubair, sahabat yang sangat dicintai Rasulullah, beliau memerintahkan orang mengusir Amru 

“Sampaikan berita kepada pembunuh putera ibu Shafiah itu, bahawa untuknya telah disediakan api neraka…”

Sewaktu pedang Zubair ditunjukkan kepada Ali, bercucur lagi air mata sahabat Nabi, yang merupakan sepupu, menantu, dan golongan sahabat Nabi yang dijamin syurga, sambil mencium pedang itu katanya “Demi Allah pedang ini sudah banyak berjasa, digunakan oleh pemiliknya (Zubair) untuk melindungi Rasulullah dari ancaman bahaya…”

Ali meninjau orang-orang yang gugur sebagai syuhada di medan peperangan Jamal. semuanya disolatkan, baik yang bertempur di pihaknya mahupun di pihak yang menentangnya. Setelah selesai mengebumikan Talhah dan Zubair beliau berkata

“Sesungguhnya aku amat berharap agar aku bersama Talhah, Zubair, Utsman, termasuk di antara orang-orang yang difirmankan Allah

Al-Hijr:47

“Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang ada dalam hati mereka sebagai layaknya orang yang bersaudara, dan di atas pelamin mereka duduk dengan gembira secara berhadap-hadapan…”
Kemudian disapunya makam mereka dengan pandangan kasih sayang, yang keluar dari hati yang bersih dan penuh belas kasihan sambil berkata

“Kedua telingaku ini mendengar sendiri sabda Rasulullah, Thalhah dan Zubair menjadi tetanggaku dalam syurga…”

MELAYU…. KE ARAH KEBANGKITAN SEBENAR

Sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu pernah cemerlang. Tidak dinafikan bangsa Melayu memang memiliki asas jati diri yang kuat, berdaya tahan utuh, mempunyai unsur keupayaan untuk bersaing, mampu menyesuaikan diri dan menyumbang kepada survival bangsa serta kesinambungan kuasa pemerintahan. Orang Melayulah yang memainkan peranan utama dalam menubuhkan Kerajaan Sri Wijaya di Palembang dan orang Melayu jugalah yang mempelopori Kerajaan Langkasuka, Majapahit dan Gangga Negara. Orang Melayulah yang mula-mula menyahut seruan Islam di Melaka. Orang Melayulah juga yang menerajui kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka, Demak, Acheh, Ligor dan Champa; menjadi pejuang di barisan depan yang menentang penjajah dan berjaya mencapai kemerdekaan. Orang Melayu pernah bangkit dengan berani menidakkan kata-kata kuasa besar dengan berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan kebenaran. Walhal, tercatat dalam sejarah, bahawa banyak bangsa lain yang telah tenggelam ditelan zaman dan pengaruh pihak penjajah – Aztec dan Maya di Amerika Selatan, Gipsi di Eropah, Red Indian di Amerika dan pribumi Aborigines di Australia dan Kepulauan Pasifik. Inilah hakikat sejarah bangsa Melayu. 
Ketika merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dengan tema Kesinambungan dan Perubahan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Najib Tun Razak mengatakan …“kita perlu berubah daripada sikap sambil lewa kepada sikap bersunguh-sungguh, daripada sikap berlebih kurang kepada sikap lebih tepat, daripada kepercayaan karut marut kepada kepercayaan saintifik dan daripada pemikiran beremosi kepada pemikiran rasional, daripada tumpuan taktikal kepada pemikiran strategik dan seterusnya daripada pemikiran bercelaru kepada pemikiran yang mementingkan keutamaan” [Harian Metro 17 Julai 2005]
 
Menurutnya lagi, “…untuk menjadi satu bangsa yang perkasa dan berjaya, orang Melayu harus berusaha untuk berada pada satu tahap yang lebih baik daripada bangsa lain. Inilah masa terbaik untuk memulakan usaha ke arah memastikan kejayaan bangsa Melayu dengan melakukan perubahan…”.
Dalam pada itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap menutup Konvensyen Umno Johor 2005 mengatakan. “Perjuangan bangsa dan tanggungjawab untuk menjayakannya adalah melalui perpaduan kukuh dan teguh yang boleh dicapai melalui tiga prinsip penting iaitu mesti serius dalam apa yang dilakukan, mempunyai perasaan penyayang serta ihsan selain bersikap adil dan saksama”. Isu membangkitkan orang Melayu sememangnya akan menjadi antara agenda utama setiap kali menjelangnya Perhimpunan Agung Umno. Namun melihat realiti orang Melayu yang masih dihimpit kemiskinan, dilemma siswazah mengganggur, peningkatan kes buli & bunuh, rasuah politik wang yang terus subur, gejala penagihan dadah, peningkatan kes HIV, karenah birokrasi dalam melayan keperluan rakyat dan seribu satu macam masalah seakan-akan terus menghambat dan melengahkan usaha ke arah itu. Sepertimana ucapan di atas, orang Melayu digesa untuk mengubah sikap dan pemikiran usang mereka ke takuk yang baru. Memang benar orang Melayu boleh berubah dan bergerak menuju era kebangkitan. Namun yang menjadi persoalannya, apakah memadai perubahan itu dilakukan dalam rangka memperbaiki status quo orang melayu semata-mata atau perubahan secara menyeluruh untuk membangkitkan umat mengikut ukuran Islam? Sautun Nahdhah kali ini mengajak pembaca budiman untuk merenung apakah bentuk kebangkitan yang sebenar.
KEBANGKITAN SEBENAR UMAT
Asas kepada kebangkitan umat ialah dengan meningkatkan kualiti pemikiran. Kebangkitan bermula dengan terbentuknya pemikiran, yang dengannya, terbentuk mafhum (kefahaman) mengenai realiti yang ada disekitar kita. Bermula dari proses berfikir yang benar, mengikut jalan berfikir yang dijelaskan di dalam Al-Quran, akan terbentuk aqidah (keyakinan) yang luhur. Seterusnya daripada aqidah tersebut akan terbentuk qaidah fikriyyah (kaedah berfikir) yang digunakan untuk membuat keputusan (kesimpulan) yang disertai dengan kesedaran penuh akan hubungan diri dengan Allah swt. Kaedah berfikir ini akan menjadi landasan dalam memahami satu-satu permasalahan. Dengan kaedah berfikir Islam yang benar ini segala permasalahan yang timbul akan difahami dengan jelas, sesuai dengan sudut pandangan dan ruang lingkup Islam. Seterusnya kefahaman yang Islami ini akan mempengaruhi muyul (kecenderungan) atau sikap seseorang individu – ini berlaku apabila dorongan keperluan jasmani dan naluri manusia diikat dengan mafhum yang Islami. Inilah kebangkitan yang sebenarnya – kebangkitan yang diasaskan kepada pemikiran dan aqidah Islam.
Apa yang kita saksikan hari ini mengenai apa yang sedang berlaku di dalam dunia Islam umumnya dan di negara kita khususnya menjadi bukti yang amat jelas bahawa apabila Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya di dalam kehidupan, maka timbullah bermacam-macam permasalahan. Masalah bangsa Melayu sering diterjemahkan melalui ungkapan Melayu Mudah Lupa, Melayu Layu, Melayu Malas, Melayu Makin Mundur dan sebagainya dan ini tidak dapat dipisahkan dari sikap orang Melayu sendiri yang tidak mahu berfikir secara serius mencari jawapan yang menghantar kepada penyelesaian masalah mereka. Apakah bangsa Melayu Islam rela generalisasi sebegini terus-menerus dilabelkan pada diri mereka tanpa berusaha untuk mencari punca dan penyelesaiannya? Apakah bangsa Melayu tidak ingin melihat aspirasi untuk membentuk bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang terealisasi? Sangatlah menyedihkan apabila langkah-langkah yang disarankan untuk membangkitkan bangsa Melayu hanyalah berkisar di sekitar peningkatan taraf perekonomian, penyemaian nilai-nilai murni, memperkasakan sistem pendidikan atau meningkatkan penguasaan bahasa asing tanpa penekanan yang serius kepada peningkatan taraf berfikir umat.
Perlu diingatkan bahawa perjuangan yang hanya disandarkan kepada unsur assobiyyah bangsa Melayu semata-mata tidak akan membawa kita ke mana-mana, sebaliknya, perjuangan dan kebangkitan orang Melayu haruslah dibincangkan di dalam konteks bangsa Melayu sebagai penganut Deen Islam. Hari ini, pemimpin-pemimpin Melayu yang sering melaungkan slogan perubahan pada hakikatnya telah gagal menerapkan perubahan yang menyeluruh di dalam diri mereka dan negara ini. Hakikatnya, sejak kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, kita, sebagai bangsa Melayu Muslim masih lagi berpegang kepada idea sekularisme; tiada perubahan mendasar yang dapat diperhatikan dalam menerapkan sistem Islam secara menyeluruh di dalam negara. Sewajarnya, para pemimpin Melayu Muslim yang melaungkan slogan-slogan perubahan ini haruslah mengorak langkah untuk memaparkan contoh perubahan yang mereka laungkan namun hakikatnya mereka hanyalah pandai beretorik tentang perubahan. Keadaan negara tetap sama; sistem yang diterapkan tetap sahaja sistem yang tidak Islami – yang tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang wujud akibat dari tiadanya Islam di dalam kehidupan.
Oleh itu, perubahan yang sewajarnya ditempuh adalah dengan mendirikan pemerintahan Islam dan ianya mestilah dibangunkan di atas landasan pemikiran Islam. Bagi mencapai tujuan ini, umat, terutama kaum Melayu perlulah ditanamkan dengan pendidikan dan pemikiran Islam yang luhur, yang dibina di atas landasan aqidah Islam yang murni. Dengan demikian, kesedaran umat, khasnya golongan Melayu untuk terikat dengan seluruh perintah, larangan dan hukum-hukum Allah akan dapat diwujudkan. Jika ini dapat dilakukan oleh umat, maka akan tercapailah kebangkitan yang pasti.
Contoh terbaik yang dapat dijadikan teladan adalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah Saw. Tatkala Allah membangkitkannya dengan risalah Islam, baginda menyeru umat manusia kepada aqidah Islam. Ini tidak lain bererti menyeru kepada suatu pemikiran – pemikiran yang mendasari pandangan hidup seseorang. Dan tatkala penduduk kota Madinah dari kalangan kabilah Aus dan Khazraj dapat disatukan dengan aqidah Islam, yakni dengan pemikiran ini, mereka mula memiliki arah tertentu yang memimpin kehidupan mereka. Di sinilah pemerintahan Islam mula dibina di atas dasar aqidah.
Rasulullah saw pernah bersabda “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mengatakan ‘Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah’, Apabila mereka mengucapkannya, maka terpeliharalah darahnya dan hartanya kecuali ditumpahkan dan diambil dengan cara yang haq (benar)”. Hadis ini pada hakikatnya menyeru kepada satu pemikiran, satu aqidah – yang akan menjadi asas kepada kebangkitan umat. Setelah pemerintahan diraih di kota Madinah maka pemikiran Islam, yang merupakan dasar kebangkitan umat mula tersebar ke kawasan lain di didalam jazirah Arab. Akhirnya dalam beberapa tahun selepas kewafatan Rasul bangsa-bangsa lain mula memeluk Islam dan meyakini pemikiran ini. Dalam beberapa tahun telah termanifestasi kebangkitan umat – kebangkitan sebenar yang didasari oleh aqidah dan pemikiran Islam.
Jalan atau thariqah (landasan yang telah ditentukan oleh syara’) untuk mencapai kebangkitan itu adalah dengan menegakkan pemerintahan yang didasarkan kepada pemikiran, bukan didasarkan kepada peraturan, perundangan ataupun hukum yang dipaksakan. Hakikat ini sebenarnya berlaku bukan sahaja untuk Ad-Deenul Islam tetapi juga bagi ideologi-ideologi dunia lain. Kebangkitan suatu umat atau bangsa hanya akan dapat direalisasikan sekiranya ia didasarkan kepada pemikiran/aqidah yang dianuti oleh umat/bangsa tersebut. Penegakkan negara yang didasarkan kepada perundangan dan hukum yang dipaksakan tidak mungkin mencapai kebangkitan. Bukti kenyataan ini cukup banyak. Antaranya adalah seperti apa yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal di Turki. Beliau menegakkan pemerintahan di atas dasar dan perundangan Barat yang dipaksakan keatas rakyat. Kemudian, di atasnya dibangunkan pemerintahan. Beliau melaksanakannya dengan sepenuh usaha melalui strategi pemaksaan, ugutan dan sebagainya. Meskipun demikian, Turki tetap saja tidak mampu meraih kebangkitan yang diinginkan. Turki tetap tidak mampu bangkit malah mengalami kemunduran demi kemunduran. Pada masa yang sama, Lenin (1917M) yang muncul pada zaman yang hampir sama dengan Mustafa Kamal (1924M) mampu membangkitkan Rusia sehingga menjadi negara yang kuat. Sebabnya tiada lain kerana Lenin mendirikan pemerintahannya di atas landasan pemikiran yang secara umumnya di’anuti’ oleh bangsanya, iaitu pemikiran Komunisme. Dari pemikiran ini muncul penyelesaian-penyelesaian terhadap masalah kehidupan sehari-hari, yang berupa peraturan dan perundangan yang menjadi penyelesaian terhadap segala permasalahan dalam bentuk hukum yang bersandar kepada pemikiran tersebut. Dengan kata lain, dari pemikiran ini dibangunkan pemerintahan dan seterusnya ia membawa kepada kebangkitan suatu umat/bangsa. Eropah, sebagai contoh yang lain, tatkala mengalami kebangkitan, ia didasarkan pada suatu pemikiran – pemisahan urusan agama dengan negara dalam kehidupan (sekularisme) dan kebebasan. Begitu juga dengan Amerika, tatkala mengalami kebangkitan, ia didasarkan pada pemikiran yang sama, iaitu sekularisme dan kebebasan.
Walaubagaimanapun, kebangkitan yang didasari oleh suatu pemikiran/aqidah ini tidak secara automatik membawa pengertian bahawa kebangkitan tersebut adalah kebangkitan yang benar. Kebangkitan yang berlaku di Eropah, Amerika dan Rusia ini merupakan kebangkitan yang bathil (salah) kerana tidak di dasari oleh asas ruhiyah (kesedaran akan hubungan manusia dengan pencipta iaitu Allah Swt). Kebangkitan yang sahih (benar) adalah kebangkitan yang didasari oleh asas ruhiyah dan hanya Islamlah ideologi yang membekalkan umatnya dengan asas ini.
Bangsa Arab, tatkala mengalami kebangkitan, didasarkan kepada pemikiran Islam. Di atas landasan aqidah Islam, pemerintahan dan kekuasaan Islam ditegakkan. Bangsa Arab bangkit tatkala mereka meyakini dan berpegang teguh kepada pemikiran Islam dan di atasnya dibangunkan pemerintahan dan kekuasaan. Semua ini menjadi bukti yang pasti bahawa jalan untuk mencapai kebangkitan adalah dengan menegakkan pemerintahan di atas suatu pemikiran dan bukannya di atas dasar perundangan atau hukum yang dipaksakan keatas sesuatu umat atau bangsa.
POTENSI KEBANGKITAN DALAM DIRI UMAT ISLAM.
Ketika penghuni Eropah mula meniti jalan kebangkitan, maka muncul beberapa nama yang membincangkan tentang kebangkitan (renaissance) – Immanuel Kant, Montesque, Adam Smith, John Stuart Mill dan lain-lain intelektual barat yang lain yang tidak mampu kami paparkan semuanya. Pada waktu itu, karya-karya mereka dikaji berulang-ulang oleh mereka yang dahagakan kebangkitan. Apa yang jelas dari penulisan-penulisan ini adalah pemahaman bahawa kebangkitan = anjakan paradigma. Pada zaman itu, bagi mereka, apa yang harus dilakukan adalah meletakkan akal manusia sebagai piawai dan menolak dogma gereja sejauh-jauhnya.
Hakikat ini diulangi oleh seorang pakar motivasi masyhur, Stephen R. Covey yang menggambarkan bahawa “Manusia berubah berasaskan konsep”. Tamadun Barat yang berusia kurang dari 300 tahun ini baru sahaja menemukan jawapan untuk kebangkitan, sedangkan Islam, lebih 1400 tahun yang lepas telah mengajar erti sebuah kebangkitan. Islam telah mampu membangkitkan manusia dan telah mengajarkan bahawa sebuah kebangkitan hanya boleh dikecapi melalui perubahan konsep yang menyeluruh dalam hidup. Ini tertuang di dalam Al-Quran dimana Allah swt berfirman
“Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah keadaan yang ada pada suatu kaum, sehingga kaum itu sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka”. [TMQ Ara’du 13: 11]
Dari ayat di atas, umat harus mengubah keadaan yang ada pada diri mereka melalui peningkatan taraf berfikir yang didasarkan pada asas ruhiyah. Contohnya, apabila mengamalkan sistem ekonomi, umat Islam tidak menjadikan asas manfaat sebagai ukuran, malah sentiasa menjadikan aqidah Islam dan keterikatan dengan hukum Allah, kesan dari kesedaran akan hubungannya dengan Allah, sebagai ukuran. Umat Islam harus yakin bahawa potensi kebangkitan dalam diri mereka sentiasa terbuka. Yang jelas, jika kebangkitan yang dijana tidak berdasarkan Islam, maka kebangkitan itu berjalan di atas dasar yang salah. Inilah realiti musuh-musuh Islam seperti Amerika dan sekutunya. Mereka mampu dan boleh mengisytiharkan negara mereka sebagai negara maju, namun taraf berfikir bangsanya masih primitif dan bersifat haiwaniyah. Pemikiran rendah ini termanifestasi ketika mereka memerlukan sumber alam yang tidak atau kurang terdapat di negara mereka. Mereka dengan sewenang-wenangnya menjajah Iraq, membunuh rakyatnya dan merampas kekayaan minyaknya tanpa memperdulikan aspek moral/ruhiyyah dalam melaksanakan tindakannya itu. Ini jelas bertentangan dengan kebangkitan yang didasarkan kepada Islam.
KHATIMAH
Hakikatnya, di dalam rahim umat Islam sudah lahir berjuta-juta Muslim yang memiliki potensi besar, baik sebagai ulama, ilmuan, saintis, teknokrat, ataupun usahawan. Malah kekayaan sumber alam yang melimpah ruah di sebahagian besar wilayah negara-negara Islam mampu menjana kebangkitan yang diinginkan. Sayangnya, ibarat penyapu yang lidinya bertaburan, sumber umat Islam tidak dapat difokuskan agar boleh digunakan secara efektif. Ketahuilah, umat ini telahpun mempunyai modal yang cukup kuat untuk bangkit. Yang perlu dilakukan adalah menggiatkan da’wah agar umat Islam kembali kepada Islam, dengan menjadikan syari’at Islam sebagai tolok ukur (miqyas) dalam menyelesaikan setiap permasalahan kehidupannya. Jika umat telah bangkit taraf berfikirnya, tentu saja mereka menginginkan agar Islam mengatur kehidupannya. Marilah kita merenung hadis Rasulullah.
“Masa kenabian akan hadir di tengah-tengah kalian selama Allah menghendaki. Allah kemudian mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Muncullah kemudian Khilafah yang tegak di atas manhaj kenabian yang akan tetap ada selama Allah menghendakinya. Allah lalu mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Muncullah kemudian kekuasaan yang zalim selama Allah menghendakinya. Allah kemudian mencabutnya apabila Dia berkehendak untuk mencabutnya. Selanjutnya, muncullah kembali Khilafah yang tegak diatas manhaj kenabian. Setelah itu, Rasulullah saw diam” [HR Ahmad]
Allah swt. berjanji bahawa umat Islam akan bangkit semula dengan menegakkan kembali kepimpinan Khilafah menurut minhaj kenabian. Inilah manifestasi kebangkitan sebenar bagi umat Islam. Dan bagi bangsa Melayu, inilah perubahan dan kebangkitan yang kita inginkan selama ini. Dengan kebangkitan Islam sahajalah, tidak Melayu hilang di dunia!!

Doa Penutup, Dialog Negara Islam Hizbut Tahrir Malaysia Hotel Sri Malaysia, Penang [30 September 2012]

Mungkin anak kecil ini sedang membisikkan sesuatu di telinga saudaranya :

“Jangan bimbang, berakhir sudah segala kesakitan dan keperitan. Kita akan pergi ke ‘sana’ dan di ‘sana’ tiada lagi Asad. Yang ada hanya Allah yang maha penyayang”
Bismillah Arrahman Arrahim..
Ya Allah, Kami melihat penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kami di Palestin. Kami melihat betapa pedihnya penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kami di Iraq. Oleh saudara-saudara kami di Afghanistan. Oleh saudara-saudara kami di Chechnya. Oleh saudara-saudara kami di Ambon. Oleh saudara-saudara kami di Myanmar. Oleh saudara-saudara kami di Filipina. Oleh saudara-saudara kami di Kashmir dan di seluruh negeri-negeri kaum muslimin.
Ya Allah, luluh hati kami menyaksikan saudara-saudara kami diseksa Ya Allah. Pedihnya hati kami melihat saudara-saudara kami dibunuh Ya Allah. Hancur hati kami melihat anak-anak kami dibunuh Ya Allah. Menggigil tubuh kami menyaksikan saudara-saudara perempuan kami dicabuli kehormatanya Ya Allah. Mengalir air mata kami melihat saudara-saudara perempuan kami diperkosa dengan kejam oleh musuh-musuh kami Ya Allah.
Namun kami tidak berdaya Ya Robbana. Kami tidak mampu membantu mereka Ya Robbana. Kami tidak mampu membela mereka Ya Robbana.
Ya Allah, hati kami bagai disiat-siat apabila mendengar rintihan saudara-saudara kami Ya Allah. Sayunya hati kami mendengar rintihan anak-anak kecil kami Ya Allah. Jantung kami berhenti berdegup ketika kami mendengar jeritan saudara-saudara perempuan kami Ya Allah. Kami mendengar jeritan sayu mereka memanggil-manggil kami Ya Allah.
Saudara-saudara kami berteriak Ya Allah “Dimana kalian wahai saudara-saudara se’aqidahku? Disaat kami hujani jutaan peluru! Disaat kami dibakar hidup-hidup! Di saat kami disembelih! Di saat mata kami dibutakan oleh musuh-musuh Islam, di saat mulut kami dibisukan dengan kejam, di saat tangan-tangan kami dikerat tanpa belas kasihan, di saat jasad kami dirobek dan dikeluarkan isinya! Di mana kalian wahai saudara-saudaraku?!”
Saudara-saudara perempuan kami memanggil kami dengan sayu Ya Allah. Kami mendengar “Di manakah kalian wahai saudara-saudara lelaki ku? Di saat kami ditangkap! Di saat kami dihumban dengan kejam ke dalam penjara-pejara toghut! Di saat pakaian kami dirobek oleh musuh-mush Islam terlaknat! Di saat tubuh kami dipukul dengan dahsyat! Di saat tubuh kami diratah dengan kejam oleh anjing-anjing barat! Di saat tubuh kami longlai menahan keperitan yang maha dahsyat! Di mana kalian wahai saudara-saudaraku?!”
Ya Allah, anak-anak kecil kami berteriak “Di mana kalian wahai bapa-bapaku?! Di saat tubuh kecil ini dihinakan oleh musuh-musuh Islam! Di saat tubuh kecil ini dipukuli dengan jeruji besi! Di saat peluru-peluru hidup menembusi tubuh-tubuh kami! Di saat kepala kami dipecahkan dengan batu konkrit! Di saat jasad ini tidak lagi bernyawa! Dimana kalian wahai bapa-bapaku!”
Ya Allah, kami melihat rumah ibadah Mu di bakar Ya Allah. Kami melihat rumah Mu di runtuhkan Ya Allah. Rumah Mu dibanjiri dengan darah-darah kaum muslimin yang beriman dengan Mu Ya Allah. Wallahi! Segala kekejaman telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam kepada kami Ya Allah!
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami. Ampuni kekhilafan kami. Ampuni kami Ya Allah. Yang tidak pernah peduli dengan nasib saudara-saudara kami. Kadang-kadang kami melihat saudara kami tidak bisa tidur siang dan malam Ya Allah. Namun kami tidur dalam keadaan lena dan nyaman Ya Allah. Kami melihat saudara-saudara kami tidak mempunyai makanan dan pakaian Ya Allah. Namun kami bermewah-mewah dengan dunia Ya Allah. Ampuni dosa-dosa kami.
Justeru itu, kami sangat memerlukan pertolongan Mu. Kami menagih janji-janji Mu Ya Allah. Kami mendengar melalui lisan Rasullauh SAW, engkau akan memberikan pertolongan dan kemenangan kepada kaum muslimin di akhir zaman ini Ya Allah. Rasullullah menyatakan “Tsumma takunu khilafatan ‘ala minhajin nubuwwah” dan kemudian akan berdiri Khilafah di atas jalan kenabian.
Kerana kami menedari Ya Allah, tanpa Khilafah Islamiyyah yang telah engkau janjikan, hidup kami dan kaum muslimin akan tetap seperti ini Ya Allah. Tanpa Khilafah Islamiyyah yang telah engkau janjikan, kaum kuffar akan tetap terus menzailmi kami Ya Allah. Nasib saudara-saudara kami di Palestin, di Afghanistan dan diseluruh negeri kaum muslimin  tidak akan ada yang membelanya Ya Robbana. Nasib saudara-saudara perempuan kami tidak akan ada yang akan membelanya Ya Robbana. Nasib anak-anak kami tidak akan ada yang membelanya Ya Robbana!
Ya Allah, Wahai Tuhan yang menurukan Al-Quran! Ya Allah, Tuhan yang mengutuskan Rasul! Ya Allah, Tuhan yang menyempurkan Islam! Ya Allah, Tuhan yang maha cepat perhitungannya! Ambillah hak-hak kami dari orang-orang yang menzalimi kami Ya Allah! Percepatkanlah tegaknya Khilafah Islamiyyah.
Ya Jabbar! Wahai Zat yang maha pemaksa! Ya Qahhar! Wahai Zat yang maha perkasa! Kami menjadikan engkau ada pada leher musuh-musuh kami! Terkam mereka Ya Allah! Hancurkan mereka Ya Allah. Gentarkan hati-hati mereka Ya Allah! Kecutkan perut-perut mereka Ya Allah. Kacau bilaukan pasukan mereka Ya Allah! Hancurkan makar-makar jahat mereka Ya Allah! Ya Allah! Arahkan angin taufan dari langitmu kepada mereka Ya Allah! Arahkan ombak yang maha dahsyat dari lautmu kepada mereka Ya Allah! Arahkan gempa bumi yang maha hebat kepada mereka Ya Allah! Sebagaimana engkau hancur binasakan kaum-kaum terdahulu!
Ya Allah, lindungilah pejuang-pejuang agama Mu Ya Allah. Tabahkan hati mereka Ya Allah. Kentalkan jiwa-jiwa mereka Ya Allah. Tajamkan pedang-pedang mereka Ya Allah. Tepatkan sasaran-sasaran mereka Ya Allah. Semarakkan peluru-peluru mereka Ya Allah. Kurniakan syahid kepada mereka Ya Allah. Angkatlah darjat-darjat mereka di sisi Mu Ya Allah. Janganlah engkau palingkan hati-hati mereka dari jihad di jalanmu Ya Allah.
Ya Allah, Lindungi ummat Islam di Palestin. Lindungi ummat Islam di Iraq. Lindungi ummat Islam di Afghanistan. Lindungi ummat Islam di Syria. Lindungi ummat Islam di Filipina. Lindungi ummat Islam di Ambon. Lindungi ummat Islam di Chechnya. Lindungi ummat Islam di Selatan Thailand dan di seluruh negeri-negeri kaum muslimin Ya Allah.
Ya Allah, jadikanlah kami ummat yang sedang memperjuangkan agama Mu Ya Robbana. Masukkan kami dalam barisan mereka yang sedang memperjuangkan agama Mu Ya Robbana. Jangan engkau palingkan jantung-jantung kami dari memperjuangkan agama Mu Ya Robbana. Jadikanlah isteri-isteri kami sebagai penolong-penolong agama Mu Ya Robbana. Jadikanlah zuriat-zuriat kami penolong-penolong agama Mu Ya Robbana. Jadikanlah mereka generasi penyambung jihad kami Ya Allah, yang tidak takut mati, yang cintakan syahid dan tidak takut dengan apapun kecuali Engkau Ya Robbana.
Ya Allah, Dengan nama Mu yang Maha Suci, kami serahkan roh kami Ya Allah. Dengan nama Mu yang Maha Sempurna, kami serahkan jasad kami Ya Allah. Jika harga yang perlu kami bayar untuk kemuliaan agama Mu adalah nyawa-nyawa kami, ambil lah nyawa kami Ya Allah! Asalkan agama Mu terus suci dan berkembang.
Kami bersumpah atas nama Mu Ya Allah. Kami bersumpah atas nama Nabi Muhammad SAW. Hidup ini, harta ini, jasad ini, hatta nyawa ini akan kami serahkan kepada Mu! Agar tiada kalimah yang lebih tinggi melainkan “Lailaha illallah Muhammadur rasulullah”.
Ya Allah, tentera-tentera kaum muslimin hari ini di mandulkan Ya Allah. Polis-polis kaum muslimin diperkudakan Ya Allah. Ya Allah, ada dikalangan mereka yang mengkhianati agama Mu Ya Allah. Ya Allah, bukakanlah hati-hati mereka untuk sama-sama berjuang untuk menegakkan syiar agama Mu. Bantulah mereka ketika berhadapan dengan penguasa-penguasa yang zalim. Lindungi la tentera-tentera dan polis-polis kaum muslimin yang ikhlas memperjuangkan agama Mu Ya Allah. Ya Allah, degupkan jantung-jantung mereka supaya mereka hanya takut kepada Mu Ya Allah. Jadikanlah mereka Ahlun Nusrah sepertimana golongan Ansor, ketika Rasulullah SAW mendirikan Negara Islam yang pertama.
Ya Allah, pemerintah kaum muslimin hari ini mengkhianati agama Mu Ya Allah. Mendustai hukum-hukum Mu Ya Allah. Membunuh hamba-hamba Mu yang beriman kepada Mu Ya Allah. Mereka mengambil hak-hak kami Ya Allah. Mereka menzalimi kami Ya Allah. Berikanlah hidayah Mu kepada pemeritah kaum muslimin hari ini untuk menerima Islam sebagai Addin. Gerakkanlah jantung-jantung mereka untuk menerapkan hukum-hukum Mu Ya Allah. Semarakkan roh jihad di dalam diri mereka Ya Allah. Agar mereka mampu menggerakkan seluruh kekuatan jentera ketenteraan kaum muslimin untuk jihad akbar! Bagi mengajar kebiadapan golongan kuffar!
Namun jika mereka mereka inkar Ya Allah, jatuhkan mereka ya Allah. Hancurkan kerajaan mereka Ya Allah. Hancurkan kezaliman mereka Ya Allah. Laknatilah mereka Ya Allah. Gantikanlah mereka dengan seorang Khalifahyang ikhlas! Dan yang akan menerapkan sistem Khilafah Islamiyyah, berdasarkan Al-Quran dan Sunnah!
Ya Rahman, Wahai Zat yang maha pengasih. Ya Rahim, Wahai Zat yang maha penyayang. Kepada Mu kami mengadu Ya Allah. Kepada Mu kami memohon pertolongan. Kepada Mu kami memohon pengharapan. Sesungguhnya engkau tidak akan sama sekali memungkiri janji. Amin ya Robbal ‘Alamin