Keadilan Sosial? (Social Justice)

Dihospital ada wad kelas 1 untuk orang yang mampu bayar (mahal), layanan istimewa. Duduk bilik sorang-sorang. Bilik aircond, bilik air tak kongsi, makan-minum special, nurse layan baik. Ada pula wad kelas 2. Biasanya untuk kakitangan kerajaan yang menerima rawatan dihospital. Agak selesa berbanding kelas 3. Wad kelas 3 untuk umum. Semua pesakit boleh tinggal diwad ni. Murah, macam dorm. Kipas kongsi, kalau sejuk sangat selimut, tak boleh tutup kipas sebab orang sebelah katil panas. Toilet pun kongsi, kalau ada yang lupa flush lepas lega menggunakan tandas, kira fenomena biasa dalam wad 3. Ini disebut keadilan sosial.

Disekolah ada pelajar dari keluarga susah (miskin). Mak bapak kerja buruh kasar. Pendapatan kumulatif tak cecah 4 digit. Anak berderet dari tahun 1 sampai yang ambil UPSR. Baju abang, adik pakai. Baju adik, adik kepada adik pakai.. compang camping. Tapi semuanya dapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Dapat bantuan buku teks sepenuhnya dan beberapa bantuan lain. Banyak fasiliti umum pelajar dapat percuma kerana mereka susah/miskin. Ada pula anak orang kaya, anak tokey besar, anak orang senang. Golongan ini kena bayar itu ini, kena tanggung itu ini..semuanya tertanggung diatas batu jemala mak bapak diorang! Ini juga disebut keadilan sosial.

Izinkan saya beritahu satu perkara; Dalam Islam tak wujud keadilan sosial! Keadilan sosial merupakan kezaliman. Mewujudkan kelas-kelas dalam sosial adalah suatu bentuk kezaliman. Seperti meletakkan status quo dalam perekonomian, pengagihan kekayaan tertakluk kepada status quo seperti yang termaktub dalam DEB! Ini semua suatu yang keji, diskriminasi, rasis! Islam tak kenal orang kaya atau orang miskin untuk menikmati kemudahan umum (public facility). Semuanya sama menikmatinya. Orang bukan Islam atau orang Islam sama-sama menikmati kekayaan daulah dan peluang untuk kaya. Tiada diskriminasi, tiada hipokrasi!

-Ustaz Ridhuan Hakim- 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *