Permasalahan Terbesar Umat Islam

       Realiti hari ini menyaksikan bagaimana ribuan masalah yang timbul di dalam kehidupan masyarakat sehinggakan ada kejadian yang berlaku tidak bisa kita saksikan dari hasil perbuatan binatang buas sekalipun. Seakan sudah menjadi berita biasa, pembuangan bayi, rogol, bunuh, samun, kefakiran, kebuluran, pembantaian berskala massa, penipuan, korupsi, penghinaan terhadap kesucian Islam dan sebagainya, semua itu menuntut kita untuk berfikir dengan benar dan sedalam-dalamnya bagaimana untuk menyelesaikan segala permasalahan ini. 

       Antara ayat yang biasa kita dengar dari Al Quran:
Dan kami tidak utuskan engkau. (wahai Muhammad) melainkan sebagai Rahmat bagi sekelian alam (Al Anbiya: 107)


       Pengutusan Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam bukanlah satu khayalan atau omongan kosong, apalagi secara zahir, Islam telah terbukti menaungi lebih separuh dunia selama lebih kurang 1400 tahun lamanya sehingga kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada tanggal 3 Mac 1924 dari pengkhianatan tali barut musuh di dalam dawlah Islam sendiri.
       Untuk memahami kaedah memecahkan permasalahan umat ini, kita wajib terlebih dahulu mencari dari mana akar permasalahan ini? Apakah akarnya dari pemerintahan kerajaan yang tidak cekap? Atau sebab perdana menteri yang tidak soleh? Atau sebab lemahnya sistem pendidikan yang dilaksanakan? 
       Juga satu persoalan yang kita boleh persoalkan, apakah permasalahan terbesar umat Islam? Pembuangan bayi? Penagihan dadah? Rasuah? Atau apa?  
       Saya tidak temukan sebarang jawapan yang memuaskan akal melainkan dengan jawapan permasalahan terbesar umat Islam hari ini ialah kerana tidak dilaksanakan syariat Islam di tengah kehidupan kita. Apabila manusia hidup dengan nizhom (aturan) yang dicipta oleh manusia sendiri, maka segala symptom yang kita saksikan seperti korupsi, jenayah, masalah ekonomi dan lain-lain itu muncul satu persatu dan segala penyelesaian yang dibuat dengan bersumberkan akal manusia semata-mata ternyata gagal umpama mencurah air ke daun keladi. Lalu kita perlu faham bahwa Islam itu bukan sahaja satu ajaran yang mengandungi gugusan fikroh (idea) tetapi juga memerlukan thoriqoh (method) perlaksanaan.

      Perlaksanaan Islam berasal dari 3 jenis upaya (driving force):
1. Ketakwaan individu- Contoh: seorang muslimah menutup aurat kerana mengimani perintah Allah

2. Amar Makruf nahi mungkar-Contoh: Seorang muslimah menutup aurat kerana ditegur oleh seseorang
3. Legislation hukum- Contoh: Seorang muslimah yang enggan menutup aurat terpaksa menutup aurat kerana kehendak undang-undang yang dikuatkuasakan di sesuatu wilayah.
       Dari Itktiqod yang Jazam (total), maka kita meyakini bahawa hanya Islam sahaja yang akan membawa kemuliaan kepada seluruh umat manusia. Maka, tidak ada lagi sebarang alasan untuk mengelak dari kewajipan berusaha melangsungkan semula Islam ke adalam kehidupan. Islam hanya diterap secara menyeluruh didalam kapasiti bernegara sebagaimana yang telah ditunjuki Rasulullah SAW di madinah dan diikuti oleh para Khulafah Ar Rashideen dalam kapasiti sebuah negara iaitu KHILAFAH.
Ketahuilah, sesungguhnya kebangkitan KHILAFAH itu sudah sangat dekat…
Sabri Yaacob

One thought on “Permasalahan Terbesar Umat Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *