Pertempuran di Fallujah

Fallujah adalah sebuah bandar yang terletak kira-kira 69 km ke barat bandar Baghdad. Dikenali dengan jolokan “bandar masjid”, yang merupakan pusat keagamaan, kesusasteraan dan budaya bagi negara Iraq.  Catatan ringkas ini hanyalah sebuah kronologi peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh dari tarikh 4 April 2004 sehingga 1 May 2004 yang juga dikenali sebagai “First Battle of Fallujah” (Pertempuran Fallujah 1) yang juga dinamakan “Operation Vigilant Resolve”. Pertempuran yang berlaku di Fallujah merupakan salah satu titik yang significant dalam sejarah penaklukan Amerika Laknatullah ke atas Iraq dan merupakan tamparan yang besar ke atas maruah angkatan tentera Amerika yang lengkap dengan persenjataan yang canggih dan bilangan tentera yang ramai. Semoga penulisan ini serba sedikit menyuntik semangat bagi mereka yang merindui kemenangan bagi umat Islam. Sepanjang rentang sejarah, tidak sedikit kemenangan yang dicapai oleh umat Islam walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar” [TQM al-Baqarah (2):249]. 

Latar Belakang

Fallujah adalah satu kawasan yang agak membangun di era pemerintahan Saddam Hussein. Dari bandar ini terdapat ramai anggota polis, tentera, perisikan dan pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat kepada regim Saddam.

23 April 2003- 82nd Airborne Division  menduduki sebuah sekolah di Fallujah.

28 April 2003- Penduduk melakukan protes menuntut sekolah dibuka semula dan protes gagal dileraikan oleh Tentera Penceroboh dengan gas pemedih mata dan akhirnya berlaku tembak menembak yang mengorbankan 17 penunjuk perasaan dan mencederakan 70 yang lain. Pihak penceroboh mengumumkan tembak menembak hanya berlaku kurang seminit sedangkan sumber lain menyatakan sekurang-kurangnya setengah jam kedengaran bunyi tembakan.                        

30 April 2003- US 3rd Armored Cavalry Regiment menembak mati 3 orang penunjuk perasaan menyebabkan ketegangan kian memuncak.  Rentetan kejadian ini, 1500 askar lagi dikerah ke Fallujah

30 Jun 2003- Sebuah letupan berlaku di sebuah masjid mengorbankan Imam, Syiekh Laith Khalil dan 8 yang lain. Penduduk menyatakan ia berpunca dari peluru berpandu USA manakala penceroboh mendakwa ianya letupan oleh militan tempatan.

12 Februari 2004- Konvoi yang membawa Jenaral John Abizaid, kommander operasi tentera penceroboh di timur tengah diserang oleh militia dengan menggunakan RPG.

Pembunuhan 4 kontraktor dari syarikat Blackwater USA

31 Mac 2004- 4 orang kontraktor dari syarikat Blackwater USA diserang hendap dan kemudian mayat mereka diseret dan dibakar sebelum digantung di sebuah jambatan di sungai Euphrates. Penyiaran foto mereka kemudiannya mencetuskan kontroversi dan menimbulkan pelbagai sentimen.

Pertempuran

1 April 2004- Brigadier Ganeral Mark Kimmitt , Timbalan pengarah operasi tentera penceroboh di Iraq berikrar untuk “mententeramkan Fallujah”.

3 April 2004- 1st Marine Expeditionary menerima arahan menggempur Fallujah

4 April 2004- 2000 tentera penceroboh memulakan serangan darat dengan bantuan tembakan udara jarak dekat (CAS-close air support). Bunyi tembakan kedengaran sepanjang hari.

5 April 2004- Tentera penceroboh mengambil alih stesen radio tempatan dan menyebarkan risalah menyeru penduduk supaya berada di dalam rumah dan membantu mereka mengenalpasti mereka yang terlibat dalam insiden Blackwater. Dianggarkan terdapat antara 12 hingga 24 kumpulan penentang yang bersenjatakan RPG, machine gun, mortars, dan kelengkapan anti udara.

6 April 2004- Lebih sepertiga penduduk meninggalkan Fallujah

Tentera penceroboh menggunakan taktik PSYOP (Psikologi Taktikal Operasi Pasukan Taktikal Operasi Pemisahan Psikologi)  cuba untuk menarik pejuang Iraq keluar ke kawasan terbuka untuk bidikan penembak tepat  dengan membaca skrip yang bertujuan kemarahan pejuang pemberontak dan dengan disertai muzik Metallica dan muzik rock yang lain melalui pembesar suara mereka.

Peretmpuran sengit selama 3 hari hanya menyaksikan penguasaan 25% dari bandar Fallujah oleh penceroboh.

Bahang pertempuran merebak ke seluruh Iraq. Ketika ini, mucul puak bersenjata Syiah yang digelar Tentera Mehdi di bawah pimpinan Muktadar Al Sadr, turut memperkutakan tentangan terhadap tentera penceroboh di sekitar tengah Iraq.

Ketika ini, dianggarkan 600 penduduk Iraq terkorban yang mana hanya lebih kurang 180 orang sahaja dari kalangan penentang , manakala selebihnya adalah wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Sekalipun ramai di kalangan penentang yang syahid, penceroboh hanya mampu mengawal kira-kira 25% dari bandar Fallujah, iaitu di bahagian selatan dimana letaknya kawasan perindustrian.

13 April 2004- US Marine diserang dari lokasi masjid, serangan balas tentera penceroboh mengakibatkan masjid musnah dan menyemarakkan kemarahan penduduk.

15 April 2004- Pesawat F16 Fighting Falcon menjatuhkan bom (JDAM GPS Guided Bomb) seberat 910 kg di utara Fallujah. Data kematian dan kecederaan tidak dapat dipastikan memandangkan kebanyakan wartawan tidak dibenarkan memasuki wilayah utara Fallujah.

27 April 2004- Mujahideen menggempur kedudukan tentera penceroboh sehingga mereka terpaksa meminta bantuan udara.

1 May 2004- Tentera penceroboh berundur dari Fallujah dan diserahkan kepada Briged baru ditubuhkan yang dinamakan brigade Fallujah, yang akan bersenjata dengan senjata AS dan peralatan di bawah pimpinan bekas Baath Jeneral Tentera Darat Jasim Mohammed Saleh. Beberapa hari kemudian, apabila ia menjadi jelas bahawa Saleh telah terlibat dalam tindakan ketenteraan terhadap syiah di bawah Saddam Hussein, tentera AS mengumumkan bahawa Latif Muhammed sebaliknya akan memimpin Brigade Fallujah. Brigade ini kemudiannya dibubarkan tetapi hampir kesemua senjata yang dibekalkan oleh penceroboh kepada mereka diserahkan kepada mujahideen.

7 November 2004 hingga 23 December 2004 – Pertempuran Fallujah 2 yang digelar Operation Phantom Fury tercetus sehingga penceroboh akhirnya berjaya menawan Fallujah.

Begitulah kronologi ringkas pertempuran yang berlaku di Fallujah, Iraq. Apa yang kita dapat perhatikan bagaimana tentera penceroboh yang dilengkap dengan persenjataan tercanggih di abad ini, begitu gelabah berhadapan dengan kumpulan-kumpulan kecil mujahideen yang berperang mempertahankan tanah air mereka yang juga sebenarnya tanah air seluruh kaum muslimin dari pencerobohan musuh. Dapatkah kita bayangkan pula bagaimana sebuah negara super power umat Islam yang menguasai 60% bekalan minyak dunia, dengan penguasaan ke atas 3/4 dari laluan strategik perdagangan, memiliki kadar pertumbuhan penduduk yang sangat tinggi (berbanding Eropah yang semakin menguncup), diasaskan pula dengan Islam sebagai Ideology yang sesuai dengan fitrah manusia sebagai alternatif Ideology tahut ciptaan manusia hari ini….. Apakah mereka mampu mengalahkan KHILAFAH yang akan berdiri tidak lama lagi?

“Dan di hari (kemenangan) itu bergembiralah orang-orang yang beriman kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [TMQ ar-Rum (30):4-5].


Sabri Yaacob
8 Jamadilawal 1434 H/ 20 March 2013


Rujukan:

1. http://en.wikipedia.org/wiki/First_Battle_of_Fallujah
2. http://www.iraqbodycount.org/analysis/reference/falluja-april/
3. http://www.iraqbodycount.org/analysis/reference/falluja-april/
4. http://www.hrw.org/reports/2003/iraqfalluja/Iraqfalluja-02.htm#P105_11568
5. http://www.guardian.co.uk/flash/0,5860,1193510,00.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *