Rahsia Keutuhan Empayar Islam

Antara rahsia bagaimana utuhnya kekuatan empayar Islam sehingga mampu bertahan berabad-abad lamanya ialah ia ditunjangi oleh Ideology yang terbit dari aqidah yang benar, dari konsep tauhid yang terpasak utuh didalam jiwa kaum muslimin, ditambah pula dengan keunggulan sistem itu sendiri yang bukan sahaja melindungi kaum muslimin, bahkan non-muslim juga lebih berasa selamat bernaung di bawah kekuasaan Islam. Itulah sebabnya, terdapat golongan Yahudi dan Kristian sendiri yang bersama-sama membantu tentera Islam semasa perang Salib untuk berhadapan dengan tentera salib (Salibiyeen) yang terkenal dengan ke brutalan mereka, merompak, merogol, membunuh golongan yang lemah walaupun dari kalangan mereka yang beragama kristian sendiri.

Dilihat dari realiti hari ini, benar, KHILAFAH sudah tidak lagi wujud sebagai institusi yang menjaga kemaslahatan seluruh kaum msulimin. Umat Islam hidup dalam negeri-negeri kecil yang terpisah secara ketenteraan, politik, ekonomi dan sosial. Namun kalau kita perhatikan, kaum muslimin begitu cermat mengihtung-hitung sendiri harta mereka untuk membayar zakat. Mereka tidak menipu untuk membayar zakat dan selalunya mereka akan bayar lebih dari kadar yang diwajibkan. INI BERLAKU WALAUPUN TIDAK ADA INSTITUSI KHILAFAH YANG AKAN MENGHUKUM mereka sekiranya tidak membayar zakat.

Berbeza pula dengan cukai-cukai yang dikenakan ke atas mereka. Umat Islam faham bahawa cukai itu HARAM di sisi Islam:

“Sekiranya kamu mendapati pemungut usyur (cukai yang dipungut di sempadan @ cukai import-export), maka bunuhlah dia” [HR Ahmad].

“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad]

“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)”
[HR Ahmad, Abu Daud & Hakim].

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu…”
[TMQ an-Nisa’ (4):29].

Kaum muslimin cuba sedaya upaya mengelak dari membayar cukai walaupun adanya penguatkuasaan dan kawalan dari pemerintah untuk memaksa mereka membayar cukai.

Ini kerana, pemikiran umat itu tidak sejalan dengan pemikiran, perasaan dan aqidah umat Islam sendiri yang mengimani keharaman memungut cukai itu sendiri.

Umat menilai sistem itu sebagai zalim dan tidak sepenuhnya memberikan kesetiaan mereka kepada sistem itu dan apabila itu terjadi, maka negara juga tidak mampu menjalankan fungsinya dengan baik dan merupakan lompang kelemahan bagi negara itu sendiri, apalagi bagi sebuah negara sekular kapitalis yang menjadikan rakyat sebagai “ladang mengaut kekayaan bagi segelintir elit”.

Umat Islam dan Kafir Zhimmi (non-muslim yang berlindung di bawah dawlah KHILAFAH) merasai keselamatan, kesejahteraan, dan jaminan hidup oleh negara maka mereka akan bertindak mempertahankan dawlah (negara mereka) dari sebarang ancaman luar dan mentaati segala aturan yang ada berasaskan keimanan aturan itu diterbitkan sejalan dengan aqidah mereka bagi kaum muslimin manakala bagi non-muslim pula, mereka melihat kehebatan Islam sebagai aturan yang lengkap untuk mengatur kehidupan mereka, dan tidak pula menindas mereka, maka mereka memilih untuk bersama bernaung di bawah naungan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *