Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah




Syaikh Taqiyuddin An Nabhani Pengasas Hizb Tahrir pernah ditanya seseorang “bagaimana anda terlintas untuk mendirikan Hizb Tahrir?” 

Beliau menjawab… “Aku melihat Rasulullah saw dalam mimpiku sedang aku tengah bersendirian di dalam Masjil Al Aqsa. Lalu baginda berkata kepadaku, “Berdirilah dan berkhutbahlah kepada orang-orang!!!…”

Aku pun berkata “Bagaimana aku akan berkhutbah sedangkan tiada sesiapa pun disini?”

Rasulullah saw berkata kembali kepadaku, “Berdirilah dan berkhutbahlah kepada orang-orang!!!…

Maka akupun berdiri dan berkhutbah. 

Tiba-tiba, orang mulai datang, seorang demi seorang, segerombolan demi segerombolan sehingga Masjidil Aqsa penuh sesak dengan manusia di dalamnya….

Hari ini, seruan kepada Khilafah sudah tidak asing lagi di pelbagai belahan dunia. Baik di Eropah, wilayah-wilayah kaum muslimin hatta di Amerika sendiri. Ia satu seruan yang di sahut oleh pelbagai bangsa manusia, dari pelbagai latarbelakang…

Sesungguhnya, kemunculan kembali kuasa besar dunia yang pernah menaungi manusia selama lebih 1300 tahun, yang menguasai 1/3 daratan planet ini pasti akan berdiri kembali, dan jarak masanya sudah amat dekat!!!!

Prepare for The Khilafah

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu dan jika Dia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. (Ali Imran Ayat 160)

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=vufobxr36gA

Sesungguhnya Amerika menyerang Iraq dan Afghan bukan kerana minyak, bukan pula kerana isu penggunaan matawang Euro. Tetapi ia adalah peperangan bagi menghalang bangkitnya Khilafah yang akan menjadi negara super power yang akan menundukkan kekuasaan mereka, sebagaimana yang telah kita saksikan dari tinta sejarah kaum muslimin yang agung….

Semoga perjuangan ini diberi kemenangan….

Sembang-sembang PRU-13

Kata penganalisa politik dalam tv baru-baru ni,” jangan pandang rendah kepada silent majority. Setakat ni, terlalu banyak kelebihan buat Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional terutama pada pengundi muda berumur 40 tahun ke bawah. Katanya, umpan turun harga kereta, harga rumah, hapus PTPTN, tol memang sangat menarik perhatian golongan muda. Tidak sedikit pula yang sebenarnya tidak taksub kepada mana-mana parti, terutama pengundi cina yang lebih opportunist. Tidak hairanlah jika ramai pengundi cina akan mengundi PAS on behalf of memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat….”

Kita faham ada 3 tingkat pemikiran dalam kalangan manusia:
1. Si bodoh hanya bercakap mengenai orang- Anuar jahat, Najib Jahat, Rosmah…….
2. Orang pertengahan berbincang mengenai peristiwa- PR offer itu, BN offer ini…
3. Golongan yang bijak membincangkan IDEA.


So, jom kita berbincang secara bijak. Idea kat sini ialah masyarakat yang merasai tekanan hidup dari pelbagai penjuru cuba untuk bangkit mengubah keadaan mereka. Mereka tidak memahami punca permasalahan ini bukanlah sebab orang yang memimpin, kita dah bertukar ramai PM tetapi realiti yang sama kita lihat…. Atau sebab parti yang memerintah. Tidak sedikit contoh perubahan parti memerintah dapat kita lihat di negara luar, namun yang terjadi kebiasaannya bukanlah semakin baik, malah semakin teruk!!!! Kat mana silapnya…? The IDEA lies on the system itself. Satu sistem hidup yang tidak selari dengan fitrah manusia, capitalism or socialism, semuanya mengatur kehidupan manusia dengan aturan yang tidak memuaskan fitrah manusia.

-Sabri Yaacob-
4 April 2013
23 Jamadilawal 1434H