As Syahid Syiekh Abdul Aziz Al Badri- Ulama Hizb Tahrir yang syahid dalam menyatakan haq

Kenalkah kalian akan lelaki ini? Beliau ialah As Syahid Syiekh Abdul Aziz Al Badri, Ulama Hizb Tahrir Iraq, yang dibunuh oleh pemerintah rejim khianat Parti Baat pada 1969 kerana kelantangannya mengkritik rejim diktator yang memerintah Iraq pada waktu itu. Beliau merupakan anak didik Syiekh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah.

Dinukilkan dari Hajjah Al Ula’u Al Badri mengenai kisah seorang penggali kubur yang secara tidak sengaja tersentuh jasad As syahid di dalam makamnya sewaktu kerja menggali kubur di sebelah makam As Syahid pada tahun 2000, didapati jasad beliau tetap segar seolah baru sahaja meninggal walaupun setelah lebih 30 tahun gugur syahid!!!!

“Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutallib dan seorang yang berdiri di hadapan penguasa yang zalim lalu menasihatinya, kemudian dia dibunuh oleh penguasa tersebut” [HR Hakim].

Dilahirkan pada 1930 dan syahid pada 1969, beliau sekurang-kurangnya 14 kali dipenjarakan, diseksa akibat keberanian beliau menegur para diktator yang memerintah Iraq dari era Abdul Qarim Kassim (Penguasa Bagdad), kemudiannya Abdul Salam Arif dan Abdul Rahman Arif….

Pada satu malam, tahun 1969, beliau diculik sewaktu dalam perjalanan ke rumahnya dan dibawa ke Penjara Qashrun Nihayah. Tujuh belas hari selepeas itu, para algojo regim mengheret jenazahnya dan dicampak di hadapan rumahnya. Keluarga as syahid diberitahu beliau meninggal kerana sakit jantung dan diminta dikuburkan tanpa dibuka kain kafannya….. Dikhabarkan beberapa bahagian jenazah As Syahid dipotong, termasuk lidah beliau. 

Dalam kitab As Syahid, bertajuk “Al Islam Baina Al Ulama wa Al Hukkam, beliau menulis”

SESUNGGUHNYA ISLAM SAAT INI MENGHENDAKI UMAT, KHUSUSNYA PARA ULAMA AGAR BERJUANG DENGAN SEKUAT TENAGA MENJELASKAN HUKUM-HUKUM ISLAM DENGAN TERUS TERANG, BERANI, MEMIKUL DAKWAH ISLAM, BERDIRI TEGAK MEMEGANG DASAR-DASAR ISLAM. JIKA MEREKA TIDAK MEMBELA HAQ DAN TIDAK MENCEGAH KEBATILAN, TIDAK MENYRUH KEPADA YANG MA’RUF DAN TIDAK MELARANG APA YANG MUNGKAR, TIDAK MENEGUR PENGUASA….. LALU APA MANFAAT KEBERADAAN MEREKA??? LEBIH BAIK MEREKA MATI SAHAJA DARI HIDUP DI MUKA BUMI….!!!!”

Begitulah serba ringkas kisah seorang penghulu syuhada yang menginfakkan seluruh hidupnya demi memastikan KHILAFAHditegakkan dan Islam diterapkan sebagai deen yang mengatur kehidupan seluruh manusia. 

Semoga sedikit perkongsian ini membakar semangat para pejuang yang rindukan kemenangan Islam yang hakiki…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *