As Long As We Have Allah’s Blessing, We Have Everything!!!!




Antara propaganda Amerika yang paling tak masuk akal ialah apabila mereka mendakwa, memiliki keupayaan senjata nuklear sehingga mampu memusnahkan planet bumi ini sebanyak 6 kali, juga di pihak Soviet yang mendakwa mampu menghancurkan planet ini sebanyak 2 kali….. Teori keabadian tenaga, tidak mungkin ada daya tenaga sekuat itu within planet ini melainkan planet ini akan menjadi tidak stabil dan musnah dalam masa yang singkat disebabkan tenaga yang tersimpan dalam plutonium atau uranium yang menjadi sumber kekuatan senjata nuklear. Memang benar, senjata nuklear mampu menghasilkan kemusnahan yang amat dahsyat tetapi ia tidak seperti yang didakwa oleh Amerika itu. Lagipun, kalau planet ni musnah, takkan Amerika nak bina planet baru untuk rakyatnya??? Orang bodoh saja percaya omongan karut macam tu!!! 

Dari satu sisi yang lain, kaum muslimin menguasai lebih 60% sumber tenaga dunia, iaitu minyak dan gas. Kaum muslimin menguasai hampir ke semua laluan strategik selat-selat perdagangan. Kaum muslimin mempunyai kadar pertumbuhan polpulasi yang sangat besar berbanding kebanyakan negara Barat yang materialistik dan menguncup kadar pertumbuhan populasinya, apalagi dengan kadar kelahiran anak luar nikah yang luar biasa ramainya….. Kaum muslimin juga menguasai pengeluaran makanan yang melebihi 55% dari pengeluaran dunia dan menjadi pengeksoport makanan yang sangat penting berbanding negara industri barat yang terpaksa mengimport makanan untuk menampung keperluan rakyat mereka sendiri. Alangkah bangang nya kalau mereka nak musnahkan sumber makanan sendiri yang akhirnya meninggalkan rakyat sendiri kebuluran kan?

Yang paling utama, paling penting ialah… Kekuatan IDEOLOGY kaum muslimin ialah dari Quran, dari kalamullah!!! Dari Sang Pencipta yang Maha Bijaksana, yang mengetahui seluruh rentang peristiwa yang tersurat dan tersirat. Kekuatan ideology ini sahaja satu-satunya jalan keluar bagi segala masalah dan krisis masyarakat yang melanda masyarakat dunia terutama di Barat. Kalau dahulu mereka mempopularkan “free sex”. Hari ini mereka cuba reverse dengan menggalakkan perkahwinan. Ada slogan “Get married, stay married” yang semakin berkumandang di Barat setelah mereka menyedari, kehidupan yang mereka katakan sebagai “free” itu sebenarnya tidak lebih dari kemusnahan, kehinaan dan kehancuran…. Lalu, sungguh tidak masuk akal bagi kaum muslimin yang di kurniakan Al Quran berpaling dari panduan yang agung ini untuk mengambil konsep hidup Barat yang rosak??? 

Kekuatan senjata nuklear, kecanggihan pesawat stealth, kehebatan sub-marine dan frigates, Persenjataan elektronik dan senjata EMP, Satellite guided ballistic, Mother of All Bombs, Napalm Bomb, Senjata-senjata kimia, senjata biologi…. semua itu tidak setanding dengan ALLAH!!! Selama mana kita berjuang dengan disisi kita adanya keredhaan Allah, maka, senjata-senjata pembunuh itu tak lebih dari kekuatan seekor nyamuk kekenyangan. 

“Sesungguhnya Allah telah menolong kalian di medan peperangan yang banyak dan juga pada hari peperangan Hunain, iaitu di waktu kalian menjadi congkak kerana ramainya jumlah kalian. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepada kalian sedikit pun dan bumi yang luas itu terasa sempit oleh kalian, kemudian kalian lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kalian tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir” [TMQ at-Taubah (9):25-26].

Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar” [TQM al-Baqarah (2):249]. 

“Apakah kamu mengira akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, digoncang dengan pelbagai cubaan. Sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, ‘Bilakah datangnya pertolongan ALLAh?’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAh itu sangat dekat.” – al Baqarah : 214

Tidakkah kita semua yakin dengan pertolongan Allah sehingga memilih untuk menjadi pengecut dan bacul?????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *