SETELAH MATI, APAKAH ISTERI AKAN BERSAMA ARWAH SUAMI?


Persoalan ini sangat banyak ditanyakan kepada aku, selama ini. Antara yang paling kerap bertanya kepadaku ialah Ibuku sendiri, yang merindui arwah Abah yang telah kembali ke rahmatullah 4 tahun lalu setelah berkahwin selama lebih 30 tahun. Aku faham, Ibuku sangat rindu kepada arwah Abah, begitu juga kami semua sebagai anak-anak.


Dari pengkajian dan pertanyaan aku dengan para guru aku (yang memberi pelbagai jenis pandangan) aku simpulkan kat sini untuk dikongsi bersama:

Gambar Allahyarhamah Nike Ardilla

1. Di Syurga, manusia punyai jodoh yang tersendiri untuk mereka.

“Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)

*Imam Nawawi memasukkan hadis ini ke dalam kitabnya yang masyhur, Riyadussaleheen.

2. Di Syurga, para Isteri akan bersama dengan suaminya yang terakhir dikahwini.

“Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir”. (H.R Al-Albani dan At Tabrani)

3. Di Syurga, para Isteri akan bersama dengan suami yang paling dicintainya semasa didunia:

Wahai Rasulullah saw., bagaimana pendapatmu tentang seorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu menyusul (amal shaleh) mereka?” Maka Rasulullah saw. bersabda, “Seseorang akan bersama orang yang dicintainya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak.

(dikeluarkan Thabarani dalam almu’jam al-kabir (23/367),dan dalam al-ausath (3/279)

Hadis ni dikuatkan lagi dengan ayat umum dari Al Quran:

“di dalamnya (surga) apa saja yang disenangi oleh jiwa.”
(QS.Az-Zukhruf: 71)

Maka, aku memilih untuk beriktiqad dengan pandangan ke tiga. Lagipun, sesungguhnya syurga Allah itu adalah sebaik-baik tempat kembali.

Moga kita semua dimasukkan ke dalam syurga Allah. Untuk itu, sama-samalah kita jadi hamba Allah yang taat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *