BICARA STRATEGIK: Caliphate and Nuclear warfare

Pentagon telah menerbitkan dokumen bertarikh 15 March 2005 dengan tajuk ‘Doctrine for Joint Nuclear Operations’ yang juga merupakan revisi terhadap dokumen yang sama yang pernah diterbitkan pada tahun 1995. Tambahan penting yang wajar diberi perhatian di dalam dokumen versi baru ini adalah perubahan sikap Amerika terhadap polisi penggunaan senjata nuklearnya. Dokumen ini memberikan kebenaran kepada Amerika untuk memulakan serangan nuklear (preemptive strike) ke atas musuh-musuhnya, samada dalam bentuk negara atau bukan negara, dengan alasan untuk mengelakkan mereka (musuh-musuh AS) dari menggunakan senjata pemusnah besar-besaran (SPBB) ke atas Amerika. (AFP)

Doktrin ini mengimbau kembali ingatan kita kepada langkah AS ketika menyerang Jepun pada tahun 1945. Ketika itu, Amerika memberikan dua justifikasi untuk menyerang Jepun dengan bom atom. Pertama, serangan terus ke atas tanah Jepun akan menyebabkan korban jiwa yang banyak seperti di dalam Perang Iwo Jima dan Okinawa. Kedua, satu penamat perang yang segera diperlukan kerana tentera Jepun tidak bersedia untuk menyerah kalah. Namun hakikatnya, setelah Jerman menyerah kalah dalam bulan Mei 1945, sangat jelas di mata dunia bahawa Jepun yang pada masa itu telah pun terlalu lemah akan turut menyerah kalah. Jabatan Luar Negara Jepun telah pun secara rasmi memaklumkan kepada Rusia pada 13hb Mei 1945 keinginan mereka untuk berdamai dengan pihak sekutu. Perisikan Amerika mengetahui rancangan diplomatik ini namun Projek Manhattan tetap diteruskan juga. Mereka bimbang Jepun akan menyerah kalah sebelum bom tersebut boleh digunakan. Dua kota di Jepun yang dipilih itu dibiarkan tanpa sebarang pengeboman ke atasnya untuk dijadikan sebagai sasaran ujian – dan inilah perkataan yang digunakan oleh Presiden Truman dan Major Groves yang pada masa itu mengetuai Projek Manhattan. Presiden Truman mengatakan, “Dunia akan melihat bahawa bom atom pertama dijatuhkan di Hiroshima, sebuah pangkalan tentera. Ini adalah kerana kami ingin mengurangkan kadar kematian di dalam serangan pertama ini”. Beliau juga berkata dalam tahun 1945, “Kami telah membelanjakan USD2 bilion di dalam sebuah pertaruhan saintifik yang paling besar dalam sejarah – dan telah menang”. Apa yang dicapai oleh Amerika adalah satu demonstrasi kuasa baru – kuasa yang telah membunuh lebih 200,000 orang sebagai harga yang ‘wajar’ dibayar untuk sebuah ‘eksperimen’.

Begitulah juga keadaannya ketika mereka menyerang Iraq. Dalam rangka untuk membenarkan tindakan mereka melancarkan Perang Teluk pada 26 Ogos 2002, Dick Cheney menyebut di Konvensyen Kebangsaan Veteran Perang Luar Negara, “tidak ada keraguan lagi bahawa Saddam Hussein mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.” Kemudian pada bulan September, Presiden Bush dengan tegas mengatakan kepada persidangan umum PBB, “..sekarang ini Iraq sedang mengembangkan kelengkapan yang akan digunakan untuk membuat senjata biologi” dan dalam ucapan kepada negaranya pada Januari 2003 beliau sekali lagi mendakwa, “..pegawai perisikan kita menganggarkan bahawa Saddam Hussein mempunyai bahan-bahan untuk membuat sebanyak 500 tan sarin, mustard dan agen saraf VX”. Sebaliknya pada bulan Mei 2003 setelah puas mencarinya, Leftenan Jeneral James Conway, pegawai tertinggi marin AS di Iraq berkata “Sangat menghairankan kepada saya – dan ia kekal menjadi kejutan kepada saya – bahawa kita tidak menjumpai senjata, seperti yang anda katakan. Percaya atau tidak, kita telah mencari di setiap pusat bekalan antara sempadan Kuwait dan Baghdad, namun kami tidak menemui apa-apapun”.

Seluruh manusia, sama ada muslim atau non muslim memahami, akibat yang tersangat buruk dari nuclear warfare bahkan tidak sedikit bantahan terhadap “polisi Cow Boy” Amerika ini berlaku dari dalam Amerika sendiri. Apalagi setelah imej pentadbiran White House berulang kali dicalarkan setelah ternyata dakwaan WMD yang dimiliki Iraq itu hanya satu pembohongan besar yang tidak mampu ditutup dengan apa-apa cara lagi.

Islam, sebagai sebuah ad deen (cara hidup) yang lengkap memberikan panduan yang sangat berguna dalam berhadapan dengan situasi ancaman berskala massa seperti ini;

“ Bersiap sedialah kamu menghadapi mereka dengan kekuatan dan tambatan kuda yang dengannya kamu akan dapat menakutkan musuh Allah dan musuh kamu …” [TMQ Al-Anfaal:60].

Adalah HARAM bagi kaum muslimin menyerang melancarkan serangan nuklear secara preemptive war terhadap musuh yang mengorbankan  jutaan nyawa yang tidak berdosa sekalipun adalah merupakan KEWAJIPAN bagi sebuah dawlah Khilafah memiliki persenjataan canggih termasuklah senjata nuklear, biologi dan kimia bagi menakutkan musuh sebagaimana mafhum ayat di atas.

Sesungguhnya, dunia ini tidak akan sesekali aman apabila negara adidaya seperti Amerika yang berlagak selaku polis dunia, yang terbukti kegilaannya dalam melancarkan perang dan memusnahkan, merosak, membunuh nyawa yang tidak berdosa, melainkan seluruh manusia memberikan sokongan kepada kemunculan sebuah negara adidaya yang baru, yang akan mengamankan dunia ini dengan aturan yang diturunkan dari Pencipta Yang Maha Penyayang….

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima [An Nasr 1-3]

Selamatkan dunia dengan KHILAFAH~!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *