KENAPA AKU KAGUM DENGAN PEMIKIRAN AL IMAM ABU IBRAHIM SYIEKH TAQIYUDDIN AN NABHANI RAHUMAHULLAH, PENGASAS HIZB TAHRIR



Let me share a little bit about myself, antara sebab utama aku sangat menyanjung pemikiran Syiekh Taqiyuddin An Nabhani yang sememangnya tinggi berbanding rata-rata kaum muslimin yang terkebelakang setelah era penjajahan yang panjang dan serangan pemikiran yang membukam segenap ruang kehidupan mereka.

Aku perhatikan realiti yang rosak. Aku sendiri hidup di tengah segala kerosakan itu. Aku tercari-cari apa penyelesaiannya. Aku selalu dapat markah A dalam karangan-karangan Bahasa Melayu sama ada masa PMR atau SPM dahulu bila tajuk karanganya bertajuk…. 

1. Gejala ponteng sekolah. Bincangkan penyelesaiannya.
2. Budaya hedonism yang menular di tengah masyarakat, bagaimana penyelesaiannya
3. Bagaimana membentuk masyarakat yang mementingkan kebersihan

dan lain-lain…. Tetapi karangan aku yang berjela-jela itu sesungguhnya masih tidak mampu memberi penyelesaian konkrit kepada semua masalah yang diperbincangkan.

Bila memasuki alam campus, aku perhatikan bagaimana rosaknya masyarakat dengan pelbagai penyakit sosial. Aku perhatikan pula antara kerosakan yang besar:

1. Sistem ekonomi yang menghimpit. Yuran pengajian semakin mahal, kos hidup semakin tinggi.

2. Perang berlaku. Afghanistan diserang, Iraq Palestine dibantai teruk. OIC dan UN hanya berlakon dengan drama dan skrip yang sama. Tanpa penyelesaian, tanpa kesudahan.

3. Rasuah dan ketirisan yang bermaharajalela. Bahkan di dalam kampus pun banyak projek-projek yang luar biasa mahalnya. Aku diberitahu, untuk menukar sebuah pintu pagar kolej kediaman yang sebenarnya tidak rosak pun mencecah puluhan ribu. 

4. Gejala sosial… buang bayi, sex bebas, pesta arak…. Anak-anak muda berbangga pula dengan menjadi skinhead, punk dan black metal… 

dan lain-lain…. Tanpa aku temui pemecahan bagi permasalahan yang disebutkan….

Maka, dari interaksi aku dengan para syabab Hizb Tahrir, aku yang pada mulanya memang menyampah, meluat, bosan bila mereka selalu kata…. solutionnya hanyalah MENDIRIKAN KHILAFAH. Penyelesaiannya mendirikan KHILAFAH. Pilihan yang ada hanyalah mendirikan KHILAFAH. 

KHILAFAH, KHILAFAH, KHILAFAH!!!! HUH!!!! BOSAN!!!

Aku mengambil masa sendiri, merenung, mengkaji satu frasa yang selalu diulang sebut… 

“PERMASALAHAN UTAMA KAUM MUSLIMIN IALAH TIDAK DILAKSANAKAN ISLAM DI TENGAH KEHIDUPAN”

... diikuti dengan… 

“ISLAM TIDAK AKAN DAPAT DITERAPKAN SEBAGAI SISTEM YANG LENGKAP KECUALI DENGAN ADANYA KHILAFAH”.
Apabila aku rangkumkan keduanya, ternyata itulah jawapan yang aku tercari-cari selama ini. Iya, semua permasalahan, kerosakan yang berlaku adalah akibat dari Islam ditinggalkan dari menjadi sebuah aturan hidup. Seluruh aturan dalam Islam dilaksanakan dengan lengkap hanya dengan adanya institusi yang melaksanakannya iaitu KHILAFAH!!!!

Maka terjawab sudah persoalan besar dalam kepala aku oleh seorang Imam yang sebelum ni namanya langsung aku tak pernah dengar…..

Semoga Allah merahmatinya dan para pejuang Islam yang lain….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *