HIDUP DI BAWAH KEKUASAAN DIKTATOR

Sewaktu berada di Cairo air port beberapa tahun yang lalu, aku bertemu dengan sepasang suami isteri, pelajar jurusan agama di Al Azhar. Si Isterinya sarat mengandung (anak sulung), balik ke Malaysia untuk bersalin. Kalau diikutkan airlines regulation, dia sudah tidak dibenarkan menaiki pesawat, namun setelah bernegosiasi panjang lebar dengan makcik-makcik arab penjaga kaunter, akhirnya dibenarkan juga….

Si Suami tercari-cari kalau-kalau ada orang Malaysia yang akan balik dalam pesawat yang sama ketika itu. Rupanya hanya aku dan isterinya sahaja orang Malaysia yang menaiki pesawat malam tu. Aku memilih menaiki penerbangan Egypt Air, memandangkan ia paling cepat tanpa transit.

Ustaz tu, kalau tak salah, Abdul Rahman namanya… Pelajar tahun 3 Usuluddin datang kepadaku, dan berpesan supaya check in bersama dengan isterinya. Luggage isterinya tersangat besar yang tak mungkin dia mampu angkat sendiri dengan keadaan sarat mengandung tu. Isterinya terlebih dahulu menamatkan pengajian, dan itu perjalanan balik setelah tamat belajar.

Isterinya tidak bercakap sepatahpun dengan aku. Isteriku yang melambai-lambai dari balai berlepas hanya senyum. (Nasib baik bini aku sporting, dia faham suaminya cuma menolong insan yang memerlukan  ). Sepanjang menunggu sehingga naik pesawat, si ibu tu yang memegang senaskah Al Quran dan mengaji.

Duduk di sebelah aku dalam pesawat, dia hanya membuka mulut setelah lebih 3/4 jam penerbangan, dan akhirnya dia bercerita satu cerita yang agak mengejutkan aku. Katanya, suaminya baru beberapa hari keluar dari penjara!!!!

Diceritakan, satu hari, sedang dia memasak di dapur, suaminya yang berada di ruang tamu tiba-tiba “hilang” tanpa menutup pintu. Sangkaannya mungkin ada urusan urgent, tetapi sehingga malam suaminya tak kunjung pulang. Hari berganti hari, sehingga berminggu-minggu tiada sebarang khabar berita dari suaminya…. Segala usaha dibuat, menghubungi rakan-rakan, universiti dan kedutaan… Akhirnya, dengan usaha beberapa rakan arab (anggota Ikhwanulmuslimin) , mereka dapati suaminya dipenjarakan kerana disyaki menyertai gerakan menentang kerajaan (Hosni Mubarak semasa itu).

Di bendekkan cerita, setelah hampir sebulan barulah suaminya berjaya dibebaskan. Bayangkan suaminya diculik begitu saja oleh pihak AMNU DAWLAH, pihak perisikan Mesir, tanpa sebarang khabaran. Tidak sedikit yang terus lenyap selama-lamanya tanpa sebarang berita….

Begitulah sekelumit kisah benar yang berlaku di bawah pemerintahan regim diktator. Then, tidaklah sesuatu yang pelik jika limit kesabaran rakyat sampai ke kemuncak lalu mereka bangkit menumbangkan pemerintah mereka yang zalim. 

Aku masih tersangat hairan bila masih ada di kalangan orang yang mengaku Islam, untuk memilih terjun ke neraka bersama para penzalim itu…

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” Hud [11:113]

Kalau setakat berangan nak jadi daie dengan mendapat info dari pelbagai sumber yang tersangat rapuh dan boleh dipertikai, dengan kesimpulan dari akal paranoid separuh gila….. Aku nasihatkan… sudah-sudahlah…

Di alam real, dunia dakwah ini tidak sebegitu “friendly”… Ia sentiasa menuntut pengorbanan yang tidak pernah sedikit….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *