BACAAN AL FATIHAH KEPADA SI MATI TIDAK TERMASUK DALAM AMALAN NABI DAN PARA SAHABAT



Sesungguhnya tidak terdapat dalam sejarah Nabi dan para sahabat serta para salafusoleh yang terkemudian untuk menyedekahkan bacaan dari surah Al Fatihah kepada seseorang yang telah meninggal. 

Adapun bacaan yang bersandar pada perbuatan Rasulullah saw boleh didapati dari hadis riwayat Muslim ini:

لسلام عليكم أهل الديار من المؤمنين والمسلمين وإنا إن شاء الله للاحقون أسأل الله لنا ولكم العافية

‘Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur, dari kalangan mukminin dan muslimin, InsyaAllah kami akan menyusul kalian, Aku berdoa kepada Allah supaya memberi keselamatan kepada kami dan kamu. [riwayat Muslim]

Atau membacakan doa yang masyhur ketika menunaikan solat jenazah:

اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه

“Allah berikan keampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, ampunkanlah dia….. “

Sekadar peringatan kerana setiap Ibadat yang tidak ada asasnya dalam Islam adalah tertolak:

Hati-hatilah dengan perkara yang diada-adakan karena setiap perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat. [HR Abu Dawud dan At Tirmizi]

“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak. [HR Bukhari dan Muslim] 

Adapun bentuk pendekatan diri pada Allah yang lainnya, jika terdapat dalil shohih yang menunjukkan sampainya pahala amalan tersebut kepada si mati, maka wajib kita terima. Seperti sedekah yang diniatkan dari si mati, doa kepadanya, dan menghajikannya (badal haji). Sedangkan amalan yang tidak ada dalil bahwa pahala amalan tersebut sampai pada si mati, maka amalan tersebut tidaklah disyari’atkan sampai ditemukan dalil.

Mengupah seorang qari untuk membacakan Al-Qur’an bagi orang yang telah meninggal termasuk bid’ah dan makan harta manusia dengan tidak benar. Karana bila seorang qari membacakan Al-Qur’an dengan tujuan untuk mendapatkan upah atas bacaannya, maka perbuatannya termasuk kebatilan, karena ia menginginkan harta dan kehidupan dunia dari perbuatannya tersebut. 

“Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali Neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan” [Huud : 15-16]


Perkara ibadah -termasuk membaca Al-Quran- tidak boleh dilakukan dengan tujuan duniawi dan mencari harta, akan tetapi harus dilakukan dengan tujuan untuk medekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Imam Nawawi dalam kitab Takmilatul Majmu’ Syarah Muhadzab mengatakan :


“Adapun bacaan Al Quran dan mengirimkan pahalanya untuk si mati dan mengganti solatnya mayit dan sebagainya….menurut Imam Syafi’i dan Jumhur Ulama adalah tidak dapat sampai kepada mayat yang dikirim, dan keterangan seperti itu telah diulang-ulang oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Syarah Muslim.” (Lihat Imam As Subki, Takmilatul Majmu’ Syarah Muhadzab, Juz X hal. 426)

Tafsir Fi Zilalil Quran SURAH AN NAJM : AYAT 29 oleh SAYYID QUTB

Maka tidaklah sekali-kali dihitung kepada seseorang manusia, kecuali dari hasil amal dan usahanya sendiri, tidaklah bertambah atasnya sesuatu (pahala) dari amal yang bukan dari amalnya sendiri, dan tidaklah berkurang sedikitpun sesuatu darinya untuk orang lain (tetap, tidak mengalami perubahan). Kehidupan dunia ini adalah kesempatan bagi dirinya untuk berbuat amal dan berusaha seoptimal mungkin. Dan apabila telah mati, maka kesempatan untuk berbuat dan beramal tidak berguna lagi, dan terputuslah amal perbuatannya. Kecuali hanya apa yang sesuai dengan keterangan “nash” padanya dari hadits Rasulullah SAW, seperti sabda beliau ; “Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal :

1. Dari anak yang soleh yang mendoakannya ( perhatikan!!! hanya anak yang “sholeh”, bukan anak yang tidak sholeh)

2. Sedekah Jariyah yang dilakukan selama di dunia,

3. Ilmu yang bermanfa’at padanya dan bagi orang lain.



Perbincangan (oleh Syabab Hizb Tahrir: Ustaz Rdhuan Hakim)
“Tidaklah Kami menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku” [Adz-Dzariyat:56]

Ayat ini secara umum memaksudkan bahawa tujuan/motif penciptaan jin dan manusia adalah untuk tunduk/patuh kepada Allah Yang Maha Pencipta. Tunduk/patuh inilah maksud sebenar ibadah. Ibadah meliputi segala aktiviti kita sejak celik mata hingga terpejam semula. Semuanya (sepatutnya) berlandaskan kepada aturan Allah (perintah dan larangan-Nya).

Adapun, diantara amalan-amalan harian kita, ada sebahagiannya khusus ditunjuki oleh nas (As-Sunnah) sebagai ibadah khusus. Ibadah ini berasal dari Allah SWT yang diteladankan Rasul SAW. Misalnya solat. Ia merupakan perintah Allah kepada Rasul-Nya dan mukallaf umumnya. Jadi, benarlah sebuah qawa’id yang menyebut, “Asal ibadah (khusus) adalah terhenti/haram (tawaquf) hingga datang dalil mengiyakannya”. Dalam hal ini, ibadah khusus wajib diteladani dari Rasul SAW. Menambah atau mengurangi kaifiyat (tatacaranya) adalah satu dosa. Menambah atau mengurangi kaifiyat inilah yang disebut sebagai bid’ah.

Bukan semua hal mudah-mudah disebut bid’ah. Bid’ah hanya terpakai dalam isu menambah atau mengurangi kaifiyat dalam ibadah khusus sahaja.

Lain halnya dengan ibadah umum seperti makan, minum, jogging, memanah, berenang dan lain-lain. Semuanya boleh dipanggil ibadah umum selagi mana ia dilakukan di dalam skop syarie. Biarpun ia asalnya (hukum) mubah atau boleh (jaiz), tetapi ia tetap disebut ibadah kerana tiada nas yang melarangnya. Namun tidak pula ada nas yang menyuruh ia dilaksana. Dalam hal ini, nas mendiamkan hal tersebut, maka ia kekal mubah (harus). Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani mengatakan bahawa segala perbuatan yang mubah boleh menghantar kepada amalan yang baik (hasan) apabila di dalamnya terdapat nilai ruhiyah iaitu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah). Misalnya, membaca fatihah ketika bersiar-siar di taman bunga. Bacaan itu dilakukan atas niat memuji-muji Allah, mendekatkan diri kepada Allah, memahamkan diri tentang makna dan mafhum ayat-ayat Allah.. maka perbuatan ini dikira sebagai sunat (mandub). Asalnya mubah (bersiar-siar) tetapi setelah disertai dengan nilai ruhiyah maka ia diganjar (bukan diiktiraf) dengan ganjaran sunat.

Begitulah halnya dengan membaca fatihah kepada jenazah. Ia bukan bid’ah kerana ia bukan pula ibadah khusus. Ia tidak berasal dari Nabi SAW mahupun ijmak para sahabat r.a. Ia sekadar bacaan biasa yang (insyallah) diganjarkan pahala kepada si pembacanya. Soal bacaan atau pahala bacaan itu sampai kepada si mati, itu bukan soal kita. Itu adalah hak Allah SWT. Hak kita ialah berusaha. Mendoakan si mati, memohon agar ditempatkan mereka dikalangan para solehin, syuhada’, siddiqin.. itulah sebaiknya. Kita memohon kepada Allah. Makbul atau tidak, itu hak-Nya. Tak perlu kita bincangkan. Tak perlu kita bertelagah mengenainya.

Wanita Paling Ramai Menjadi Ahli Neraka

Berikut adalah himpunan hadis mengenai ramainya dari kalangan wanita yang dihumban ke Neraka:


1. “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” [Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim]

2. “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” [HR Nasa’i]

3. “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” [Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi ]

4. “…wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. 

Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” [Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad]

5. Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka.

Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” 
Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : 

“Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : 
“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” [Hadis Riwayat Al- Bukhari]


6. Dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah, katanya: “Aku hadir bersama-sama Rasulullah mengerjakan sembahyang pada hari raya (selepas sembahyang dan berkhutbah). Baginda kemudian pergi (ke barisan belakang) hingga sampai ke tempat kaum perempuan. Lalu Baginda menasihati dan mengingatkan mereka, serta Baginda (menggalakkan mereka bersedekah), sabdanya: “(Bersedekahlah kamu kerana sesungguhnya kebanyakan kamu menjadi kayu bakaran api neraka.”
Pada saat itu, seorang perempuan yang berkedut kedua-dua pipinya, bangun dari tengah kaum perempuan lalu bertanya: “Mengapa (kami dimurkai Allah seberat itu), Ya Rasulullah? “Baginda menjawab: “Kerana kamu selalu saja mengadu (tidak cukup nafkah), dan kamu pula tidak mengenang budi suami (sedikit pun).”
Jabir (rawi hadis ini) berkata: “Golongan perempuan itu pula tampil bersedekah barang perhiasan badan mereka, mereka meletakkan pada baju Bilal: subang dan anting-anting serta cincin mereka.” [Hadis riwayat Muslim]
Maka, ramai dari kalangan wanita “tidak berpuas hati” dengan perkara ini dan pihak orientalis dan musuh-musuh Islam mudah mempergunakan isu ini untuk menghentam Islam kononnya merendahkan mertabat kaum wanita.

Untuk lebih adil, kita tinjau pula beberapa hadis berikut:

1. “Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia akan syurga mana-mana pintu yang dikehendakinya.”[ Ibn Hibban,disahihkan oleh al-Albaniy]

2. “Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” [HR. Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad]

3. Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
4. (Sebaik-baik wanita) adalah yang menyenangkan (suami)-nya jika ia melihatnya, mentaati (suami)-nya jika ia memerintahnya dan ia tidak menyelisihi (suami)-nya dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya.’” [HR. Ahmad, al Hakim, an Nasa’i dan ath Thobrani dan di Shohihkan oleh al Albani]

4. Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”  [HR Bukhari]

Dalam satu kisah dimana Saidina Umar Al Khattab RA pernah didatangi seorang lelaki yang ingin mengadukan hal isterinya. Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu rumah pemimpin Islam itu. Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum binti Ali, anak kepada Ali bin Abi Talib. Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.

   “Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, bagaimana pula saya? ” Lelaki itu berfikir sendirian.

   Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.

   “Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter sedangkan tuan tidak berkata apa-apa, lalu bagaimana pula keadaan saya? ” Lelaki itu meluahkan perasaannya.

   “Saya bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas saya,” Umar menjelaskan keadaan.

   “Isteri saya memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu tidak diwajibkan ke atasnya. “

   Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mendengar penjelasan Umar.

   “Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram. Itulah sebabnya saya bersabar dengan leterannya.”

   “Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu,” akur lelaki itu.

   “Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja.” Umar menenangkan.

Ummu Kalsum adalah wanita mulia yang terdidik dari kalangan alhul bait. Namun sebagai manusia biasa, sebagai seorang wanita, adalah satu perkara lumrah untuk beremosi dalam sesuatu keadaan. Maka di sini, bukanlah dikira derhaka bagi seorang isteri dalam kondisi seperti kisah diatas. Pokok pangkalnya, saling berkasih sayanglah kerana Allah. 


Allahualam. 

WORLD VIEW (Pandangan Hidup)



WORLD VIEW adalah satu pandangan menyeluruh tentang kehidupan. Aqidah Islam memiliki world view yang khas iaitu “MANUSIA DATANG DARI ALLAH, HIDUP UNTUK MENDAPAT REDHA ALLAH, DAN AKAN MATI MENEMUI ALLAH. 

Pandangan khas ini melahirkan sistem ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan segala macam muamalat sesama manusia selain perkara ibadat dan akhlak. 

Dari pandangan khas ini, orang mukmin mengatur seluruh ruang hidup mereka agar selari dengannya. 

Mereka menutup aurat kerana yakin akan ancaman azab Allah. Mereka beribadat kerana mengharap redha Allah. Mereka berekonomi selari dengan ketetapan Allah.

Berbeza pula WORLD VIEW yang lahir dari akal manusia seperti SOSIALISME yang memandang “MANUSIA ADALAH JIRIM YANG MELENGKAPKAN KITARAN JIRIM DAN TENAGA. SEGALANYA MATERIAL, TERJADI SECARA SEMULAJADI (SPONTAN)”.

Sistem yang lahir dari world view semacam ini tidak lebih dari kesesatan, kerosakan dan kemusnahan. 

Kita telah lihat blok sosialis tersungkur akibat kerosakan sistem itu sendiri. Kita juga telah saksikan blok kapitalis yang semakin parah dengan pelbagai masalah… 

Tidakkah kita terfikir, tidak ada lagi pilihan untuk menyelamatkan manusia dari kerosakan angakara manusia sendiri selain kembali kepada fitrah iaitu Islam sebagai deen yang mengatur seluruh kehidupan?

Sampai bila untuk umat ini terus hidup sebagai umat yang tercorot sedangkan Allah di dalam Al Quran menyatakan:

Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan melarang yang mungkar dan beriman kepada Allah, dan kalau sekiranya ahlul kitab beriman, tentulah hal itu lebih baik bagi mereka, diantara mereka ada orang2 yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang2 fasik) Surat Ali mran ayat 110.”

EPISTEMOLOGY PEMIKIRAN MANUSIA

Pemikiran manusia tercetus dari pencarian jawapan terhadap dua perkara, BENAR atau SALAH? dan BAIK atau BURUK?

Benar atau salah boleh dibuktikan dengan penghujahan berdasarkan fakta realiti, bukti-bukti terpercaya, pengiraan maths atau eksperimen sains. Sebagai contoh, persoalan siapa yang cipta Facebook. Kita mengetahui kebenaran dengan merujuk realiti dari sumber-sumber yang trust-able. Begitu juga jika mahu mengetahui sifat fizik gas Nitrogen, kita boleh mengetahui kebenaran dengan experiment tertentu dengan method yang khas. Persoalan BENAR atau SALAH tidak terkait dengan hukum syarak. 

Adapun persoalan BAIK atau BURUK, manusia memerlukan tolok piawai yang melebihi keupayaan manusia untuk mencerap fakta dan realiti. Sebab, sifat manusia sememangnya terbatas dengan lingkungan kehidupannya sehingga mustahil untuk manusia mengetahui secara mutlak hakikat sesuatu kejadian sebagai BAIK atau BURUK. Maka, dalam persoalan ini, manusia menjawab dengan berpandukan wahyu, dengan konsep ketuhanan. Sebagai contoh, manusia tidak mampu menjawab persoalan, CUACA HUJAN sebagai baik atau buruk dengan konsisten. Ini kerana, ada yang mengatakan ia sebagai buruk sebab menghadkan aktiviti manusia, ada pula yang menganggap ia sebagai rahmat, sebab menyuburkan tanaman. Begitu pula dengan PEPERANGAN. Manusia meletakkan peperangan sebagai buruk secara umumnya namun dalam hukum Islam, JIHAD merupakan semulia-mulia amal kebajikan. 

Dengan memahami falsafah yang mendasari pemikiran ini, maka manusia berupaya memecahkan permasalahan yang muncul dalam kehidupan. Sebagai seorang Muslim, tujuan hidup kita adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta. Maka, kita wajib menggunakan akal untuk menguatkan aqidah dan seterusnya menggunakan potensi akal bagi memahami segala nas syarak untuk menjawab persoalan BAIK atau BURUK manakala kita juga memanfaatkan kecerdasan yang ada bagi memahami segala realiti dan fakta untuk memecahkan persoalan BENAR atau SALAH. 

-Interpretasi dari kitab NIZHAMUL ISLAM bab KIYADAH FIKRIYAH (kepimpinan Berfikir) dan MAFAHIM HIZBUT TAHRIR , Imam Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah