EPISTEMOLOGY PEMIKIRAN MANUSIA

Pemikiran manusia tercetus dari pencarian jawapan terhadap dua perkara, BENAR atau SALAH? dan BAIK atau BURUK?

Benar atau salah boleh dibuktikan dengan penghujahan berdasarkan fakta realiti, bukti-bukti terpercaya, pengiraan maths atau eksperimen sains. Sebagai contoh, persoalan siapa yang cipta Facebook. Kita mengetahui kebenaran dengan merujuk realiti dari sumber-sumber yang trust-able. Begitu juga jika mahu mengetahui sifat fizik gas Nitrogen, kita boleh mengetahui kebenaran dengan experiment tertentu dengan method yang khas. Persoalan BENAR atau SALAH tidak terkait dengan hukum syarak. 

Adapun persoalan BAIK atau BURUK, manusia memerlukan tolok piawai yang melebihi keupayaan manusia untuk mencerap fakta dan realiti. Sebab, sifat manusia sememangnya terbatas dengan lingkungan kehidupannya sehingga mustahil untuk manusia mengetahui secara mutlak hakikat sesuatu kejadian sebagai BAIK atau BURUK. Maka, dalam persoalan ini, manusia menjawab dengan berpandukan wahyu, dengan konsep ketuhanan. Sebagai contoh, manusia tidak mampu menjawab persoalan, CUACA HUJAN sebagai baik atau buruk dengan konsisten. Ini kerana, ada yang mengatakan ia sebagai buruk sebab menghadkan aktiviti manusia, ada pula yang menganggap ia sebagai rahmat, sebab menyuburkan tanaman. Begitu pula dengan PEPERANGAN. Manusia meletakkan peperangan sebagai buruk secara umumnya namun dalam hukum Islam, JIHAD merupakan semulia-mulia amal kebajikan. 

Dengan memahami falsafah yang mendasari pemikiran ini, maka manusia berupaya memecahkan permasalahan yang muncul dalam kehidupan. Sebagai seorang Muslim, tujuan hidup kita adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta. Maka, kita wajib menggunakan akal untuk menguatkan aqidah dan seterusnya menggunakan potensi akal bagi memahami segala nas syarak untuk menjawab persoalan BAIK atau BURUK manakala kita juga memanfaatkan kecerdasan yang ada bagi memahami segala realiti dan fakta untuk memecahkan persoalan BENAR atau SALAH. 

-Interpretasi dari kitab NIZHAMUL ISLAM bab KIYADAH FIKRIYAH (kepimpinan Berfikir) dan MAFAHIM HIZBUT TAHRIR , Imam Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *