WORLD VIEW (Pandangan Hidup)



WORLD VIEW adalah satu pandangan menyeluruh tentang kehidupan. Aqidah Islam memiliki world view yang khas iaitu “MANUSIA DATANG DARI ALLAH, HIDUP UNTUK MENDAPAT REDHA ALLAH, DAN AKAN MATI MENEMUI ALLAH. 

Pandangan khas ini melahirkan sistem ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan segala macam muamalat sesama manusia selain perkara ibadat dan akhlak. 

Dari pandangan khas ini, orang mukmin mengatur seluruh ruang hidup mereka agar selari dengannya. 

Mereka menutup aurat kerana yakin akan ancaman azab Allah. Mereka beribadat kerana mengharap redha Allah. Mereka berekonomi selari dengan ketetapan Allah.

Berbeza pula WORLD VIEW yang lahir dari akal manusia seperti SOSIALISME yang memandang “MANUSIA ADALAH JIRIM YANG MELENGKAPKAN KITARAN JIRIM DAN TENAGA. SEGALANYA MATERIAL, TERJADI SECARA SEMULAJADI (SPONTAN)”.

Sistem yang lahir dari world view semacam ini tidak lebih dari kesesatan, kerosakan dan kemusnahan. 

Kita telah lihat blok sosialis tersungkur akibat kerosakan sistem itu sendiri. Kita juga telah saksikan blok kapitalis yang semakin parah dengan pelbagai masalah… 

Tidakkah kita terfikir, tidak ada lagi pilihan untuk menyelamatkan manusia dari kerosakan angakara manusia sendiri selain kembali kepada fitrah iaitu Islam sebagai deen yang mengatur seluruh kehidupan?

Sampai bila untuk umat ini terus hidup sebagai umat yang tercorot sedangkan Allah di dalam Al Quran menyatakan:

Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan melarang yang mungkar dan beriman kepada Allah, dan kalau sekiranya ahlul kitab beriman, tentulah hal itu lebih baik bagi mereka, diantara mereka ada orang2 yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang2 fasik) Surat Ali mran ayat 110.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *