Alahai Benz Ali dan Golongan yang menggelar diri “School of seekers”

Sebenarnya nama Benz Ali ni baru sampai ke pengetahuanku kurang seminggu. Sebelum tu aku tak pernah tahu pun. Then, dari “pertembungan” singkat di alam maya ni, aku simpulkan dia dan manusia sejenisnya terperangkap dalam persoalan yang direka dan cuba dijawab sendiri. Soalan-soalan seperti:

1. Kenapa aku solat? Lepas tu kalau tak khusyuk Allah tak terima??? Padahal aku dah buat sedaya-upaya.

2. Asal kewujudan manusia boleh dibuktikan dengan sains.

Dan lain2… (Tak minat nak bincang kesemuanya).

Manusia secara fitrahnya memiliki naluri dan salah satu naluri itu dipanggil Ghorizoh Tadayun, naluri beragama, menyembah, mengagungkan satu kuasa luar biasa. Manusia yang mengaku atheist hanya berbohong bila tidak mempercayai langsung Tuhan sebab mereka hanya mengalihkan ketundukan kepada Tuhan yang kononnya tidak rasional itu kepada ketundukkan kepada sains yang kononnya rasional.

Well, aku mungkin bukan saintis yang terbaik tapi aku boleh menjawab bahawa ilmu sains itu sendiri bukanlah rasional 100%. Ia hanya fakta yang diperoleh dari pemerhatian, ujikaji atau pengiraan matematik. Kita boleh argue dengan jutaan cara method eksperimen dan kiraan maths terutamanya bila dalam kiraan itu ada memasukkan kebarangkalian (possibility) atau juga dinamakan postulate. Ia hanya sebuah kebarangkalian menghampiri kebenaran tetapi tetap saja bukan absolute truth.

Begitu juga dalam bidang biology. Terlalu banyak uncertainties yang masih menjadi misteri dalam cabang-cabang sains ni yang belum mampu dibongkar.

Balik kepada persoalan diatas… Kalaulah yang bertanya tu ngaji lebih sikit, dia akan dapati dalil:

Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu ke dalam syurga kerana amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada neraka (kerana amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan rahmat daripada Allah [HR Muslim]

Hadis ini perlu kita fahami bersama ayat-ayat al-Qur’an berikut:

Sambil malaikat itu berkata kepada mereka: “Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan”. [al-Nahl 16:32]

Yang dimaksudkan adalah, seseorang itu dengan rahmat Allah ‘Azza wa Jalla akan mengerjakan amal soleh dan dengan itu dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Dalam ertikata lain, seseorang itu memerlukan kedua-duanya, rahmat Allah dan amal soleh untuk masuk syurga.

Rahmat Allah bererti hidayah, bimbingan dan pemeliharaannya sehingga dengan itu seseorang akan beramal soleh dengan apa yang benar secara ikhlas. Tanpa rahmat Allah, mungkin sahaja seseorang itu beramal tetapi ia adalah satu bid‘ah atau dengan sifat ria’ yang menyebabkan amalan tersebut tidak diterima Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Begitu juga mengenai asal kejadian manusia. Jika benar dia claim mempercayai sains, maka dia mesti akur dengan keterbatasan dalam sains , satu ruang ilmu yang sangat luas yang masih belum mampu dihurai dengan sains sehingga hari ini. Jadi, mereka yang selalu menuduh agama sebagai hypocrite sepatutnya mengakui diri mereka sendirilah yang hypocrite.

Nasihatku… Bertaubatlah. Kalau tak mahu bertaubatpun usahlah melakukan kerosakan dengan mempengaruhi orang disekeliling yang sedia JAHIL, MALAS, BODOH dan TAKSUB.

Aku akhiri coretan ini dengan firman Allah, Tuhan segala kewujudan:

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat .Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. [Al Baqarah; 1-5]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *