KEUTAMAAN JIHAD

Rasulullah saw ditanya, “amal apa yang paling utama?” baginda menjawab “iman kepada Allah dan Rasulnya”, ditanya lagi, “kemudian apa?”, baginda menjawab, “JIHAD FISABILILLAH”, kemudian baginda ditanya lagi, “kemudian apa lagi?”, baginda menjawab, “haji mabrur”. [Muttafaqun A’laih]

Dengan memahami turutan keutamaan maka JIHAD adalah lebih utama dari ibadah haji.

“Jihad yang paling utama ialah menyatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim” [HR At Tirmizi dan Abu Dawud]

“Penghulu para syuhada (mujahid yang mati dalam jihad fisabilillah) adalah Hamzah Bin Abdul Mutalib dan orang yang berdiri di hadapan penguasa zalim kemudian menasihatinya, lalu penguasa itu membunuhnya” [HR Al Hakim dan At Thabrani].

Oleh kerana itu, dalam kes jihad mengangkat senjata dengan usaha hamlu dakwah yang berjuang menyampaikan kalimat haq bagi meluruskan penguasa zalim dengan Islam, ia merupakan pilihan antara dua kemuliaan. Ramai para syabab (pemuda) Hizb Tahrir Syiria yang turut berjihad menentang tentera kafir Basyar, dan ada pula dari kalangan hizbiyeen yang terus befungsi menerangkan kepada umat (termasuk para mujahideen) akan kepentingan mendirikan dawlah KHILAFAH. 

Berkomentar berkenaan dengan ISIS di Syiria, aku berpandangan, ada 2 perkara mustahak yang lebih perlu menjadi fokus:

1. Jihad menumbangkan regim dan mendirikan Khilafah. Bukan mendirikan khilafah dari wilayah yang sudah dikuasai mujahideen lain dan mengangkat puak sendiri sebagai khalifah dan bersikap keras terhadap perbezaan pandangan.


2. Melakukan pembinaan intensif dalam menyiapkan umat dengan kiyadah fikriyah (kepimpinan berfikir) Islam. Ini kerana, apa gunanya barisan mujahideen yang hebat dimedan tempur tapi gagal melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana diidamkan dek kejahilan?

Khabar gembira akan kemenangan kaum muslimin akan menjadi realiti sikit masa lagi insyaallah….. Semoga hati kaum muslimin bersatu dibawah kesatuan yang sebenar dan Islam sekali lagi menjadi kekuatan yang menguasai dunia dan membawa rahmat buat sekalian alam.


Ringasan Q&A Mengenai Perkembangan Konflik Syiria

 

1. Bagaimana kedudukan terbaru kebangkitan Syiria?
Revolusi Syiria genap 3 tahun pada March 2014. Regim secara kehilangan banyak wilayah ke tangan para pejuang dari maysof ke dier Ez Zour tetapi masih menguasai sekitar Latakia ke Damsyik. Secara keseluruhan, pihak pejuang menguasai kawasan yang lebih banyak dari regim tetapi regim tetap menguasai lokasi strategik yang menghubungkan Damsyik dengan Laut Mediterranean. 
2. Bagaimana imbangan kuasa terkini di Syiria? 
Dengan bantuan dari Hizbolat dan Iran, regim masih berupaya mengekalkan kedudukan di Damsyik tetapi tidak mampu merampas kembali wilayah yang telah dikuasai pejuang. Di satu sisi, pihak pejuang dari kaum muslimin dan di satu sisi ialah puak Alawiyeen dibantu Iran dan Hezbolat. 
3. Siapakah Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) ?
ISIS ialah puak insurgent yang berjuang di Iraq semasa pencerobohan USA. Beroperasi dalam beberapa nama termasuk Al Qaeda dan Islamic State of Iraq. Disokong oleh amir ISIS Abu Bakr al-Baghdadi, Abu Muhammad al-Joulani menubuhkan Jabhat al-Nusra (Nusra Front) pada January 2012. Dengan pengalaman sebagai insurgent yang luas, Jabhat al-Nusra melakukan banyak serangan yang significant terhadap pihak regim. Matlamat Jabhat al-Nusra dan ISIS adalah sama iaitu mendirikan KHILAFAH tetapi berbeza dari segi keutamaan. ISIS mengutamakan penerapan syariat Islam di kawasan dikuasainya mana kala JAN lebih mengutamakan perang menumbangkan regim.
4. ISIS disusupi pihak perisikan musuh?
Kumpulan Jihad di merata dunia memerlukan latihan dan suasana kondusif untuk mengkoordinasi perang gerila secara efektif, persenjataan dan pembuatan bom. Iran mencipta Hezbolat dan Pakistan mencipta Taliban adalah contoh yang termudah. Banyak pula yang berlaku di mana kumpulan Jihadis ini membelakangkan “tuan” mereka dalam perkara tertentu. Hakikatnya, kumpulan Jihadis memiliki hubungan dengan kerajaan-kerajaan tertentu sekalipun pengaruh kerajaan tersebut ke atas mereka berubah-ubah.
Kerajaan Syiria memiliki sejarah panjang dalam membiayai gerakan jihad sejak 3 dekad lalu. Syiria memainkan peranan dalam menyusup masuk ke pihak penentang dari Sunni semasa perang Iraq dan menyalur maklumat risikan kepada pihak USA. Al Qaeda Iraq menyasarkan orang awam syiah dengan pengebom berani mati terhadap target awam dan melakukan banyak penculikan dan pembunuhan menyebabkan banyak kumpulan jihad lebih banyak mengangkat senjata menentang Al Qaeda dari memerangi tentera Amerika. Satu kenyataan penting untuk difahami, ISIS sepertimana group jihadis yang lain juga infiltrated dan bagi kaum muslimin yang ikhlas memperjuangkan kebangkitan Islam, mereka tidak akan yakin dengan keupayaan group seperti ini dalam menjayakan aspirasi mereka.
5. Atas asas apa ISIS mengisytiharkan Negara Islam di sesetengah wilayah di Syiria dan Iraq?
ISIS dituduh sebagai membuat pengisytiharan sebegitu sedangkan kenyataan rasmi ISIS ialah lebih kepada mendirikan sistem Emirates (Amir). Perlu difahami, sistem Khilafah dan Emirates memiliki ciri tersendiri yang berbeza. Dasar luar sebagai contoh, adalah perbezaan antara keduanya. 
6. Apakah ketegangan terbaru di Iraq berkait dengan Syiria?
Penaklukan Fallujah dilapor pada awal 2014. Jabhat al-Nusrah adalah pasukan jihad yang berasal dari Iraq yang kemudiannya ke Syiria menentang regim Basyar. Ini saja kaitan antara keduanya. Apa yang berlaku sekarang ni lebih kepada tentangan rakyat terhadap regim Maliki yang korup.Realitinya, kerajaan Iraq pimpinan Maliki dan pihak-pihak kabilah masih berkuasa di Iraq walaupun selalu dipropagandakan ISIS menguasai Fallujah. 
7.  Apa realiti perbalahan di pihak penentang?
Perbalahan ini berpunca dari sikap ISIS sendiri. Banyak pihak menyarankan ISIS bergabung dengan pihak mujahideen lain sebagai satu unit di Syiria dalam rangka menumbangkan regim dan mendirikan negara Islam tetapi sebaliknya ISIS menguasai kawasan yang sedia dikuasai pihak penentang dan “memerintah”nya. 
Isu tercetus apabila ISIS memasuki Atareb untuk menahan individu tertentu dan mendirikan mahkamah syariah di situ. Namun penduduk tempatan enggan. ISIS menculik individu berkenaan dan kemudiannya mayatnya yang penuh kesan seksaan dijumpai ditepi jalan. Pihak ISIS dihalang dari memasuki check point bandar Atareb bagi mengelakkan fitnah lebih besar dan dari situ pertempuran mula tercetus. 
8. Apa realiti pihak penentang di bawah panji Islam?
Dua pakatan terbesar iaitu Islamic Alliance yang ditubuhkan oleh 11 organisasi jihad pada September 2013. Pakatan ini terdiri dari puak terkuat dalam FSA iaitu Jabhat al-Nusrah dan Syirian Islamic Front dan mereka sepakat untuk mendirikan dawlah Islam. 
Beberapa hari kemudian, 50 kumpulan di sekitar Damsyik bergabung membentuk Jaish al-Islam dan tidak memperhitungkan kekuasaan FSA di sesetengah lokasi. Mereka bersepakat menola National Coalition dan menyatakan Islam sebagai sumber perundangan. 
9. Kenapa regim gagal mengalahkan para pejuang? 
Kekuasaan keluarga Assad selama lebih dua dekat adalah melalui imej menakutkan dengan dokongan pihak perisikan yang kejam. Sebahagian besar tentera Syiria terdiri dari puak sunni yang tidak mendapat kepercayaan penuh regim untuk digerak ke medan perang. Assad hanya bergantung kepada unit elitnya. Kelemahan ini ketara kerana Assad lebih banyak bergantung kepada kekuatan dari Hezbolat dan Tentera Revolusi Iran (IRGC) serta beberapa puak militia Syiah dari Iraq. 
10. Kenapa pejuang gagal menumbangkan regim?
Mereka kurang kawalan dan perintah di peringkat negara (national level) untuk mengkoordinasi peperangan selain beberapa pusat graviti pemerintahan di pihak pejuang. Keadaan diburukkan dengan perbalahan sesama pejuang.

ISIS pula lebih memfokuskan perihal memerintah wilayah yang dikuasai dari berjuang menumbangkan regim. 

11. Apakah prospek berdirinya semula Khilafah?
Ada 2 aspek untuk dipertimbangkan:
i) Pandangan umum- Umat Islam di Syiria telah menyatakan kesediaan mereka menumbangkan regim dan mendirikan sistem Islam
ii) Keupayaan Syiria- Tanpa sokongan dari wilayah berjiran, amat sukar untuk Syiria bersendirian memikul kewajipan yang berat ini. Memilki kedudukan strategik dalam saluran gas dan minyak, serta tanah pertanian yang subur, Syiria kekurangan dari segi teknologi ketenteraan serta industri. Walaubagaimanapun, Rasulullah saw sendiri mendirikan daulah Islam di tengah kawasan gersang, dihimpit dua empayar besar Rom dan Parsi pada waktu itu. 
Apabila ketentuan Allah tiba, maka faktor ini tidaklah sesuatu yang perlu diperhatikan lagi dan bumi Syiria akan menjadi tapak tegaknya kembali KHILAFAH insyallah. 
12. Bolehkah perpecahan mazhab diselesaikan?
Strategi yang diguna oleh penjajah ialah meletakkan puak minority sebagai pemerintah, dengan itu pemerintah itu akan terus bergantung kepada mereka untuk melangsungkan kekuasaan. Di Syiria, Perancis meletakkan Nusayris (Alawis) sebagai menguasa yang mana golongan ini hanya mewakili 10% dari populasi Syiria. Kepimpinan didominasi keluarga Assad yang memerintah dengan zalim. 
Menyelesaikan masalah mazhab memerlukan penukaran regim bersama sistemnya dan menggantikannya dengan sistem alternatif. Kebanyakan perbezaan di kalangan ummah tidak semestinya political tetapi lebih kepada perundangan yang mana Islam telah memberi kerangka yang lebih jelas mengenainya. Hanya apabila permasalahan perundangan bertukar menjadi permasalahan politik, maka masalah mazhab tidak lagi mampu diselesaikan 
13. Apa rancangan Barat terhadap Syiria?
Memastikan bonekanya terus memerintah demi kepentingan mereka. Mereka cuba memastikan siapapun menguasai Syiria, matlamatnya bukan sebuah dawlah Islam.
14. Apa peranan negara kaum muslimin di sekitar?
Iran, Turki, Arab Saudi, Jordan dan Qatar hanyalah buah catur bagi pihak musuh. Mereka tidak menawarkan sebarang penyelesaian selain apa yang dikehendaki oleh tuan-tuan mereka di Landon, Paris atau Washington. 
15. Bolehkan negara sekitar menamatkan krisis?
Turki dan Mesir memiliki keupayaan tentera yang lebih dari mencukupi untuk menumbangkan regim Basyar Assad yang sudah sedia lemah. Mereka memiliki kekuatan tetapi memilih hanya sebagai penonton. 
-Terjemahan ringkas dari analisis oleh Adnan Khan- http://www.khilafah.com/images/stories/Resources/SyriaQ&AupdateJan2014.pdf
 

PETROLEUM MERUPAKAN HAK MILIK UMUM

Tak lama dulu, aku sempat berbincang dengan beberapa orang kakitangan Petronas berkenaan dengan hak milik petroleum, isu royalti serta corporate social responsibility. Perbincangan itu panjang lebar, penulisan ini hanya untuk tujuan rumusan berkaitan isu ini, memetik perbincangan dari Sautun Nahdah 16 yang dikeluarkan pada tahun 2005.

Minyak diesel/petrol adalah bahan hidrokarbon yang merupakan salah satu hasil sulingan dari petroleum mentah. Maka, hukum asal benda yang perlu dirujuk dalam kes ini adalah hukum asal kejadian minyak mentah. Minyak mentah ini adalah barangan milik awam kerana ia terkait dengan sifatnya seperti ‘air yang tidak putus-putus’ (ma’ul ‘iddu),

Berdasarkan hukum syara’, lombong atau kawasan takungan minyak yang banyak kandungannya, yang akan tetap wujud dalam jangkamasa yang sangat panjang, maka bahan lombong itu termasuk dalam pemilikan awam, dan kawasan lombong tadi tidak boleh menjadi hak milik persendirian. Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Abyadh bin Hamal, bahawa dia telah meminta daripada Rasulullah SAW untuk mengelolakan lombong garamnya. Lalu Rasulullah memberikannya, namun seorang lelaki yang berada disitu menjelaskan realitinya kepada Rasulullah SAW.

“Wahai Rasulullah, tahukah engkau apa yang engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikan sesuatu yang bagaikan air mengalir.” Rasulullah kemudian bersabda: “ Tariklah lombong tersebut daripadanya.”

Ma’u al-‘iddu adalah air mengalir yang banyak. Hadis tersebut memberi perumpamaan bahawa garam yang boleh didapati dilombong itu adalah seperti air yang mengalir, kerana kandungannya yang banyak. Hadis ini menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah memberikan lombong garam bukit kepada Abyadh bin Hamal. Ini menunjukkan bahawa lombong garam bukit boleh diberikan kepada individu. Tetapi, apabila beliau mengetahui bahawa kandungan lombong itu adalah seumpama air yang mengalir (yang terlalu banyak kandungan galiannya), seolah-olah tidak akan dapat dihabiskan, maka beliau menarik balik pemberian itu dan melarang ianya dimiliki secara peribadi, kerana lombong tersebut adalah milik awam. Peristiwa ini menjelaskan kepada kita bahawa Rasulullah SAW menarik balik pemberian kawasan lombong yang diberikan kepada Abyad semata-mata kerana terdapat lombong garam bukit yang kandungannya terlalu banyak. Ini menjadi qarinah bahawa sesuatu kawasan yang mempunyai kandungan atau takungan yang banyak dengan galian maka lombong tersebut akan menjadi milik umum.

Daripada hadis diatas, jelas bahawa illat(sebab) larangan supaya tidak diberikan lombong garam tersebut adalah kerana kandungan garam lombong tersebut adalah seperti air yang mengalir dan jumlahnya tidak terbatas. Lebih jelas lagi didalam riwayat Amru bin Wais, bahawa yang dimaksudkan disini adalah lombong garam, di mana beliau mengatakan :“ma’danul milhi” (lombong garam). Jika diteliti pernyataan yang dibuat oleh ahli fiqih, maka jelaslah bahawa mereka telah menjadikan garam termasuk didalam kategori lombong, kerana hadis ini jelas berkaitan dengan lombong garam dan bukannya garam itu sendiri

Hukum berkenaan lombong yang tidak terbatas jumlah galiannya adalah ianya merupakan milik awam. Ini termasuk semua lombong, samada lombong yang boleh diperolehi tanpa perlu kerja berat yang boleh diperolehi manusia, serta boleh dimanfaatkan oleh manusia, contohnya garam bukit, antimoni, batu permata dan sebagainya; ataupun lombong yang berada di dalam perut bumi, yang tidak boleh diperolehi selain dengan kerja berat dan kos yang tinggi, contohnya lombong emas, perak, besi, tembaga, timah dan sebagainya, samada yang berbentuk pepejal seperti kristal ataupun berbentuk cecair seperti petroleum, semuanya termasuk dalam kategori lombong yang dinyatakan di atas.

Dalam hal ini, syarak telah menentukan harta benda yang menjadi milik umum dengan ketentuan/nas yang sangat jelas. Harta benda dalam kategori berikut adalah milik umum dan tidak boleh (haram) menjadi milik individu –

(i) bahan galian yang jumlahnya tidak terbatas,

(ii) sumber daya alam yang sifat pembentukannya menghalangi untuk dimiliki oleh individu secara perseorangan,

(iii) harta benda yang merupakan fasiliti umum di mana jika fasiliti tersebut tidak ada di suatu tempat atau komuniti, persengketaan akan berlaku di dalam komuniti tersebut dalam mencarinya.

Manusia itu bersyarikat (bersekutu) dalam tiga perkara (iaitu) air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud & Ahmad].

Persoalan yang mungkin timbul apabila membicarakan sistem pemilikan awam petroleum ini adalah sekiranya semua harta tersebut diberikan kepada rakyat sehingga tiada tertinggal apa-apa sebagai milik negara akan menyebabkan negara kekurangan hasil – pendapatan negara mungkin tidak cukup untuk membayar gaji kakitangan awam dan boleh saja melumpuhkan perjalanan sistem politik negara. Persoalan sebegini sering timbul, namun Rasulullah SAW telah menunjukkan mekanisme bagi menyelesaikan masalah ini 1,400 tahun yang lepas; Rasulullah SAW sebagai ketua negara telah menyediakan rizab untuk negara dari pemilikan awam.

“Tidak ada (Hima) Rizab kecuali untuk Allah dan Rasul” [Hadis Riwayat Imam Abu Daud Nasa’i]

Makna dari hadis ini adalah bahawa rizab tidak boleh dikumpulkan kecuali oleh negara, sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk keperluan jihad, untuk kaum miskin serta untuk kemaslahatan kaum Muslimin. [Abdul Qadim Zallum, Sistem Kewangan Dalam Negara Khilafah, ms 83]. Rasulullah SAW juga telah melakukan rizab di kawasan Naqii’, yang mana kawasan ini dilarang untuk dimanfaatkan oleh pengguna awam. Begitu juga dengan tindakan pengurusan negara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang menunjukkan bahawa khalifah juga mempunyai beberapa hak yang sama untuk mengurusi negara. Khalifah, sebagai ketua Negara Islam juga boleh merizabkan beberapa telaga minyak untuk dimasukkan terus kedalam pendapatan negara untuk menampung perbelanjaan mengurus negara, seandainya hasil negara tidak mencukupi.

Kenapa perlu berharap kepada Idelogi kafir Karl Marx untuk menggantikan sistem dari ideology sekular kapitalis yang menyempitkan ini????