PARADOX

Taktik biasa golongan Freethinkers untuk menyesatkan orang dengan mengajak berfikir secara paradox, menggunakan kenyataan dan persoalan yang kelihatan benar tetapi kontradik antara satu dengan lain. Contohnya, memikirkan “jika Tuhan itu Maha berkuasa mencipta segala sesuatu, bolehkah Dia mencipta perisai yang paling kebal di seluruh alam, tetapi dalam masa yang sama mencipta pedang yang paling tajam yang boleh menembusi segala jenis perisai…”    

Persoalan ini jika dijawab boleh, maka ia membawa logik kepada Tuhan itu lemah, sedangkan kalau tidak boleh, juga akan membawa logik kepada Tuhan itu lemah.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib berfikir secara cemerlang. Pemikiran cemerlang dibangun di atas landasan berfikir yang benar, dari asas aqidah yang benar. Memecahkan persoalan paradox semacam ini, aku menghujah:

1. Bukan urusan manusia memikirkan tentang jangkauan kekuasaan Allah.
2. Paradox ni tidak ada realitinya, maka ia cuma khayalan.
3. Mengkhayalkan sesuatu yang tak terjangkau tidak ada faedahnya.
4. Terhadap tohmahan mereka “Islam menghadkan pemikiran manusia, membawa kebodohan”… Kurang berfikir membawa kepada KEBODOHAN, terlebih fikir membawa kepada GILA. Islam sesuai dengan fitrah, mengajak berfikir sesuai dengan had keupayaan manusia.
5. Terhadap kecenderungan “mengfalsafahkan paradox”, contohnya perkataan “perisai” dan “pedang” di atas merujuk kepada sesuatu yang lain…. Aku kira cara berkhayal semacam tu hanya sesuai untuk menghasilkan puisi, bukan untuk argument.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *