Srikandi Islam: Asma’ Binti Yazid

Pertanyaa Asma’ Biti Yazid RA kepada Rasulullah saw berkenaan dengan kemuliaan buat wanita:

“Ya Rasulullah, saya mewakili kaum wanita di sini ingin bertanya sesuatu kepada kamu. Setiap seorang dari mereka berkata dan berpendapat sama seperti pendapat saya.

“Bukankah Allah telah mengutus kamu untuk semua umat manusia, tidak kira lelaki atau wanita. Kami percaya dengan kamu dan beriman kepada Allah.

“Kami kaum wanita rasa tersisih, tidak sama dengan kaum lelaki. Kami golongan yang serba terbatas dan terkurung. Kerja kami hanya menjaga rumah mereka, memelihara dan mengandung anak mereka serta tempat melepaskan nafsu kaum lelaki.

“Kami tidak diberi peluang untuk mengerjakan sebagaimana yang diberikan kepada kaum lelaki. Kami tidak diberikan kesempatan untuk mendapatkan pahala seperti solat Jumaat, menziarahi orang sakit, menyaksikan pengkebumian, menunaikan haji dan amalan yang paling utama iaitu berjuang pada jalan Allah.

“Apabila kaum lelaki keluar berjihad, maka kaum wanita menjaga harta, menjahit pakaian dan menjaga serta mendidik anak. Apakah kami juga akan mendapat jihad seperti mereka juga?” jelas Asma’ kepada Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad menolehkan wajahnya kepada para sahabat yang berada bersamanya. Beliau menatap setiap wajah mereka sebelum bertanya sesuatu kepada mereka semua. Ada yang kelihatan terkejut mendengar kata-kata Asma’ itu.

“Pernah kamu semua mendengar pertanyaan yang lebih baik dalam soal-soal agama selain dari Asma,” tanya Nabi Muhammad untuk melihat reaksi para sahabat.

“Ya Rasulullah, kami tidak pernah terfikir dan menyangka bahawa Asma’ akan mengajukan soalan seperti ini.” jawab mereka dengan spontan.

“Pulang dan beritahu kepada kaum wanita bahawa layanan yang mereka berikan kepada suami mereka, usaha mereka mendapat redanya dan mengikutinya adalah menyamai semua yang dilakukan oleh suami mereka,” kata nabi Muhammad yang menoleh ke arah Asma’.

[HR Muslim & Al-Baihaqi]

Note: Asma’ Binti Yazid RA terlibat dalam perang Yarmuk menentang tentera Rom di bawah pimpinan Khalid al Walid RA dan merupakan wanita yang dianggap jurubicara kaum muslimah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *