PATRIOTISM? INI KISAHKU

Membaca penulisan Dr @Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkenaan dengan “patriotisme”, aku teringat satu kisah silam sewaktu aku berada di kampus….

Seorang kenalanku, seorang perempuan yang merupakan salah seorang pimpinan pelajar berbangsa Tioghua, mengubungiku dan mengajak aku menyertai skim MLM satu masa dahulu. Mengenali latarbelakang akedemik gadis ini yang sangat hebat, very brilliant student, bahkan mengendalikan program kampus sehingga terlibat dengan banyak program kampus yang melibatkan menteri dan pegawai tinggi kerajaan, aku sangat mengkaguminya (jangan salah faham, kagum bukan maksud jatuh cinta ye?  )

Dengan reputasi yang sangat hebat, susah untuk aku percaya dia tertipu dengan skim MLM yang menipu. Dia bersungguh-sungguh meyakinkan aku ini MLM yang paling hebat, berpengkalan di Taiwan dan memberi pulangan yang sangat lumayan. Dia yang sebelum ni cuma menggunakan Perodua Kenari, sudah mampu membayar down payment sebuah kereta BMW Sport walaupun masa tu dia masih di tahun akhir pengajian.

Antara intipati perbualan kami yang aku nak kongsi kat sini ialah, katanya; “Sabri, you lihat dalam dunia hari ni, it is true money is not everything but everything need money!!! Malaysia going to serious destruction with current situation, only the rich can survive. you bayangkan kalau Malaysia kena serang, rich people can easily run away. Beli hartanah oversea, boleh set up new life in other country…” (Lebih kurang begitu ayatnya).

Ternyata pernyataan semacam tu membuatkan aku rasa marah. Bagi aku, itu ayat pengecut kalaupun bukan pengkhianat!!!

Aku jawab, “I join Malaysian Army because I love this country. I will be in the front line of defence with territorial army if needed and I will proud to die for my country!!! There is no such word as “run away” especially whey you wear uniform.”

Setelah beberapa kali approach, aku menolak dengan baik untuk menyertai MLM tu, lagipun aku tak ada modal untuk “pekej permulaan” berharga RM 8000 sedang waktu tu poket aku secara konsisten kering. Alhamdulillah, sebenarnya aku juga terselamat dari satu sendikit penipuan. Aku lost contact dengan kenalanku tu setelah khabarnya MLM tu mengalami masalah (as expected lah kan?).

Aku secara terus terang menyatakan aku tidak ada semangat patriotsme (wathaniah) tetapi aku mencintai negara ini. Cinta bukan kerana negara bangsa dengan had sempadan yang dilakar penjajah tetapi ini adalah sebahagian tanah kaum muslimin yang wajib dipertahankan. Malaysia negara kita, tanah Al Quds juga wilayah kita!!!

GEMPUR ~ WIRA!!! (ganti dengan) —> ALLAHUABAR!!!

KEBANGKITAN UMMAH: APA WAJIB DIBUAT SEBAGAI INDIVIDU?

Taklif hukum berlepas diri dari jemaah kaum muslimin hanya terangkat bagi seorang individu dengan:
1. Menggabungkan diri dengan jemaah kaum muslimin yang berjuang pada minhaj kebenaran yang hakiki
2. Istiqomah dalam mempelajari tsaqafah Islam secara mendalam sehingga bersedia untuk menyebarluas dakwah
3. Melakukan contact secara terancang kepada individu-individu dalam masyarakat dalam kerangka mengubah public opinion dari kafir kepada Islam. (ideology kafir, bukan kafir aqidah orangnya). 

Ini tiga perkara basic bagi setiap individu muslim yang mukalaf untuk sekurang-kurangnya memiliki hujah bahwa mereka berusaha dalam minhaj yang benar untuk kebangkitan hakiki. 

Islam tidak bangkit di tangan orang bodoh atau malas. Islam tidak akan bangkit hanya dengan slogan kosong dan semangat bermusim. Allah memuliakan kita jika kita memilih jalan kemuliaan. Allah menghinakan kita jika kita memilih untuk hina.

Dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekalian umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan.” Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang enggan itu?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang taat kepada ku akan masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku maka sesungguhnya ia telah enggan.” (Riwayat Bukhari)

Allahualam.