Dilema Melayu

Aku tidak setuju menyatakan bangsa melayu itu malas sebab ginetik seseorang manusia tidak ada kelebihan antara satu dengan lainnya dari segi potensi. Cuma, pola sikap sebahagian bangsa melayu di Malaysia yang “tak mau kerja lebih”, dan kurang efisyien menyebabkan trade mark malas itu lebih ketara pada bangsa Melayu. Bangsa melayu sangat bertoleransi sehinggakan peluang untuk maju juga selalu dibiar terlepas begitu saja. Bangsa melayu suka berpolitik tetapi politiknya tidak bijak dan penuh ketamakan. Bangsa melayu merasakan mereka dekat dengan Islam tetapi sebahagian dari mereka tidak kenal Islam sebagai satu cara hidup. Bangsa melayu punya sejarah yang cemerlang tetapi kini dilupakan. Bangsa melayu bangsa yang penuh adat resam tetapi rupanya “adat sekular” menghakis segala adab kesopanan sehingga entah ke mana hilangnya adat. Bangsa melayu bangsa yang berani tetapi rupanya hari ini kita diperhambakan oleh musuh dalam sedar atau tidak.


Ku katakan buat bangsa melayu… Kalian adalah sebahagian dari tubuh umat yang satu. Kesatuan kalian kerana Islam, bukan kerana melayu. Kekuatan kalian kerana Islam dan bukan kerana hak bumiputera. Kemuliaan kalian kerana Islam dan bukan kerana bangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *