Allah Wujud Tak Bertempat?

Syiekh Taqiyuddin An Nabhani, pengasas gerakan Hizbut Tahrir menekankan bahwa untuk sesuatu perkara dipanggil sebagai pemikiran, mesti melalui proses PENGINDERAAN dan kemudiannya berlaku INTERAKSI BIOLOGY di dalam tubuh terhadap sesuatu yang SEDIA MEMPUNYAI MAKLUMAT AWAL agar mampu difahami.

Ini kerana, seorang yang tidak memahami tulisan arab, tidak akan mampu menerbitkan pemikiran dengan membaca tulisan arab sebagus manapun tulisan itu kecuali ada terjemahan yang membantunya memahami tulisan berkenaan. Begitu pula untuk mencerap, manusia memerlukan pancaindera agar maklumat itu dapat sampai kepada otak untuk ditafsir.

Memerhatikan gelagat so called ASWJ Malaysia yang sibuk membahaskan perihal “Allah wujud tak bertempat”, satu perbahasan yang tidak akan membawa kepada penghujung kerana manusia tidak mampu mencerap zat Allah. Para ulama mujtahideen dan salafusoleh tidak sibuk berbahas dalam isu ini kerana tidak ada keperluan bahkan membahayakan aqidah terutama bagi orang bodoh.

Aqidah Islam itu benar kerana lahir dari proses berfikir yang memuaskan akal tanpa perlu dibahas berkenaan dengan zat Allah Yang Maha Agung, yang berada di luar kemampuan manusia untuk dicapai:

“Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-An’Aam[6]:103)

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Berfikirlah tentang nikmat-nikmat Allah, dan jangan sekali-kali engkau berfikir tentang Zat Allah.” (Hasan, Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah [1788]).

Allahualam.                

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *