PENYELESAIAN DARI IDEOLOGY YANG BERBEZA

Ideology atau mabda’ menghasilkan mafahim (persepsi) yang berbeza sebagai pandangan hidup (worldview) yang seterusnya menghasilkan penyelesaian yang berbeza terhadap permasalahan dan isu yang dihadapi oleh seseorang individu, mahupun masyarakat.

Dalam ideology sekular kapitalis yang berasaskan manfaat dan menghindarkan mudharat semata-mata, kita tidak pelik bila golongan yang beriktiqod teguh dengan ideology ini mengeluarkan beberapa penyelesaian yang bertentangan dengan apa yang Islam anjurkan dalam isu pelarian Rohingya (sebagai contoh):

1. Halau semua pendatang, nanti kalau diberi layanan baik, beribu lagi akan mendarat ke negara ini.
2. Bagi makanan, repair bot, kemudian halau mereka pulang.
3. Benarkan mereka mendarat, kurung mereka di satu pulau macam pelarian Vietnam dulu, kemudian hantar pulang.
4. Gunakan ASEAN dan UN untuk menyelesaikan masalah ini. Not our problem, we should not burden ourselves with their problems….
5. What???? JIHAD? Are you insane???? Kita sepatutnya mengelakkan sebarang bentuk peperangan, kena dialog….
6. Pelarian akan menuntut hak di negara ini, menimbulkan pelbagai masalah, malah boleh merampas negara ini dari kita

Dan bermacam lagi..

Sedangkan penyelesaian dari Islam:
1. WAJIB membenarkan mereka mendarat dan mendapatkan perlindungan di negara ini dan kewajipan ini juga terpikul bagi negara umat Islam yang lain.
2. Menghalau mereka pulang samalah dengan menghantar mereka untuk dibunuh oleh Junta dan pelampau Buddha di Myanmar. Islam tidak membenarkan mana-mana mangsa keganasan dianiaya sama ada mangsa itu muslim ataupun tidak. Islam ialah ideology yang menjaga nyawa, kehormatan dan harta bagi SELURUH UMAT MANUSIA
3. Allah hamparkan bumi ini untuk seluruh manusia. Tidak ada sebab bagi sesiapa yang datang secara aman untuk tinggal di mana-mana sudut dunia ini yang tidak menjadi hak mutlak sesiapa. Malaya bukan hak mutlak bangsa melayu, Jawa bukan hak mutlak bangsa jawa, hijaz bukan hak mutlak bangsa arab. Hidup dengan aman secara bersama itu ajaran Islam. Untuk bersama dikongsikan, untuk bersama dimakmurkan. Tentu saja penjenayah akan dihukum. Apa masalahnya kalau kekayaan yang diberikan oleh Allah dikongsi bersama?
4. Semangat wathaniyyah (kewilayahan) dan asobiyyah (kebangsaan) adalah HARAM di sisi Islam, Semangat ini menghancurkan kesatuan umat Islam yang hanya bertunjangkan aqidah semata-mata dan bukan yang lain.
5. Penyelesaian hakiki isu keganasan terhadap etnik Rohingya hanyalah dengan KHILAFAH dan JIHAD. Tentera kaum muslimin wajib digerakkan bagi menghancurkan puak junta yang ganas itu dan menegakkan hukum Allah di bumi Myanmar sebagaimana wajibnya hukum Allah ditegakkan di wilayah lainnya.

Akan tiba satu masa di mana ilmu itu akan hilang.’ Ziyad berkata, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana ilmu boleh hilang sedangkan kita membaca Al-Quran dan mengajarkannya kepada anak-anak kita dan anak-anak kita membaca Al-Quran dan mengajarkannya kepada anak-anak mereka sehinggalah hari Kiamat.’ Baginda menjawab, ‘Wahai Ziyad, semoga ibumumenangisimu, aku kira engkau adalah orang yang sangat memahami agama di Madinah. Adakah engkau tidak melihat bahawa orang-orang Yahudi dan Nasara juga membaca Taurat dan Injil, tetapi mereka langsung tidak mengamalkan isinya?” [HR Ahmad, Ibnu Majah, Tarmizi].

‪#‎globalcallforkhilafah‬

Dialog Aqidah

Sembang dengan seorang non-muslim. Lebih kurang begini pertanyaanya; ” Orang Islam kena sembahyang 5 kali setiap hari, perempuan kena cover whole body, kalau mau enjoy tak boleh campur lelaki-perempuan, music also can not, so many rules and restrictions from 1000 years ago. How can you enjoy your life with that kind of living?”

Aku cuma tanya balik, “Kalau dibandingkan dengan orang yang memenuhi disco dan pub, orang yang selalu ulang-alik ke masjid adalah jauh lebih tenang hidupnya kan? Islam itu fitrah, hidup manusia sesuai dengan fitrah apabila megikut aturan Allah yang menciptakan manusia. Kalau manusia bikin aturan sendiri, end up tak akan happy pun. Makin sakit ada lah….”
Ditanya lagi; “how about jihad? You allow killing in the name of religion? This will definitely create chaos”

Jawapan; “Dalam jihad tu ada kehidupan. Jihad tu maksudnya menghancurkan halangan fizik bagi dakwah. Certain people, no talk or negotiations work with them. They must be crushed down! Jihad tidak bermaksud untuk membunuh, tetapi menegakkan aturan hidup yang akan memberikan kehidupan”.

Ditanya lagi; “Isn’t that just same as those murderers who try to justify their bloody act with things they think sacred?”

Jawapan; “Kita tengok sejarah, berapa banyak darah ditumpahkan kerana jihad. Berapa banyak wilayah dibuka tanpa pertumpahan darah. Boleh juga persoalkan kenapa di setiap wilayah yang dibuka oleh daulah Islam, masyarakat di wilayah itu pula berjuang mempertahankan Islam. Sama ada bangsanya arab, india, cina, afrka, melayu atau bangsa apapun! Tak akan sama dengan “bloody act” yang terus-menerus menimbulkan rantai kebencian dan dendam kan?”

Ditanya lagi: “Then how about IS?”

Jawapan: “They are bunch of idiot, who try to justify their act with Islam. Kalau kita tak blame seluruh penganut Buddha sebab kekejaman Junta Mynmar, kita tak dendam dengan seluruh orang Kristian sebab kekejaman Amerika di seluruh dunia, kita tak memusuhi orang Hindu sebab segelintir pelampau Hindu membunuh minoriti muslim di India, same in this case right?”

Ditanya lagi: “Hudud? How can you accept such a cruel punishment?”

Jawapan: “Simpati pada mangsa, bukan pada pemangsa. Dengan hudud, crime rate slightly down. Tak ada pemangsa selepas satu dua yang kena, isn’t that nice?”

and the conversation goes on…

(Perbualan dalam nada persahabatan, bukan provokasi)