Bagaimana menegakkan Khilafah di luar sistem demokrasi?

Berikut adalah beberapa marhalah (tahapan) yang diringkaskan untuk memudahkan kefahaman:
1. Takatul hizby (marhalatu at-tasqif)- Pembentukan kelompok politik yang bergerak di tengah umat menyampaikan ideology Islam (kerja politik merupakan amal jamaie) dan pengkaderan anggota parti yang bersedia menunaikan kewajipan dakwah.
2. Dharbul a’laqat( marhalatu at-tafaul ma’a al-ummah) – Berinteraksi dengan umat dan memutuskan wala kepada sistem kufur
3. Kifahu siyasi- Pertarungan politik di mana ideology politik pasti dicabar, ditentang oleh musuh dari segenap penjuru termasuk juga tentangan dari kaum muslimin sendiri kerana tidak faham, mahupun kerana kemunafiqan.
4. Thalab an nusrah- Mendapatkan dokongan angkatan bersenjata bagi menjamin sustainability kerajaan Islam yang akan dibentuk (rujuk baiatul Aqabah)
5. Istilamu al-hukmi – menerapkan Islam secara kaffah dan menyebarluas Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad

Salam Ramadhan

Selama pemerhatianku, Hizbut Tahrir ialah hizby siyasi, iaitu parti politik yang seluruh aktivitinya tertumpu kepada aktiviti politik dan membongkar kerosakan yang berlaku dalam realiti sistem hidup yang tidak bertunjangkan aqidah Islam serta menawarkan solusi bagi permasalahan yang ada dengan solusi dari Islam. Matlamat Hizb ialah mengembalikan kehidupan Islam dengan menegakkan kembali institusi yang melaksanakannya iaitu KHILAFAH.

Hizb beraktiviti di seluruh dunia tanpa kekerasan bahkan menolak method mengambil-alih kekuasan menggunakan senjata, dalam masa yang sama menolak sistem demokrasi yang diasaskan dari aqidah sekular.

Di wilayah manapun Hizb beraktiviti, ideanya sama, thoriqohnya (method) sama, hanya uslub (teknik) yang berbeza. Contohnya, di Malaysia, anggota Hizb mengedarkan risalah Sautun Nahdah, di tempat lain mereka menggunakan pendekatan lain. Matlamatnya ialah pembinaan kesedaran umum dengan idea-idea parti yang merujuk kepada Islam semata-mata.

Tanpa sikap pragmatik, Hizb tidak obses kepada keahlian yang ramai, populariti murahan, dan umat Islam lah yang sukarela memilih untuk bergabung dengan Hizb dan meletakkan diri dalam saf perjuangan tanpa mengharapkan pangkat, kekayaan, atau sebarang laba dunia.
Jauh lebih berat dari itu, di sesetengah wilayah, hibiyeen (anggota parti) berdepan dengan segala macam mehnah dan tribulasi sehingga ada yangdiugut, dipenjara, diculik, diseksa, bahkan dibunuh kerana menyampaikan seruan kepada Islam.

Perjuangan Hizb melampaui sempadan nation state yang dilakar penjajah dengan menganggap umat Islam adalah satu kesatuan sebagaimana kiblat kita satu, tuhan kita satu, nabi kita satu, aqidah kita satu.

Maka idea dari seruan-seruan yang disampaikan Hizb tidak terbatas kepada isu setempat,kerana hukum syarak tidak hanya terbatas dengan tempat mahupun rentang waktu.
Hizb juga tidak terbawa-bawa dengan teori-teori konspirasi yang merepek tetapi mengimani perkhabaran yang dibawa dari nas yang sahih dari Quran dan Hadith.

Salam Ramadhan buat seluruh kaum muslimin. Moga kali ini Ramadhan terakhir kita hidup sebagai umat yang tercorot. Moga kali ini Ramadhan yang terakhir kita hidup tanpa KHILAFAH.

Sabri Yaacob
29 Syaban 1436 H