Hukum Syarak dan Hukum Wara’

Berlegar di ruangan media sosial selepas raya ini berkenaan dengan “larangan” mengambil gambar bersama isteri dan anak-anak dan taruk kat media sosial. Kononnya, haram “menayang isteri” di khalayak. Kononnya, ia perbuatan tercela, dan bertali arus asatizah segera berhukum dan menghukum sehingga kelihatan muncul “ijtihad baru” iaitu wanita haram bergambar, diambil gambar, bahkan lebih extreme lagi, wanita tidak boleh muncul di khalayak. Mana diorang kutip hukum aku tak tau lah….

Di sini, perlu terlebih dahulu kita perhatikan hukum asal berkenaan dengan tabarruj, batas aurat dan sebagainya sebelum cepat menghukum.

 Kita perhatikan apa itu Tabarruj:

Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian laki-laki bukan mahram.”

1. Mengenakan Pakaian Tipis dan Ketat

“Termasuk tabarruj, seorang wanita yang mengenakan pakaian tipis yang menampakkan warna kulitnya.  Inilah yang dimaksud dengan sabda Rasulullah saw yang terdapat di dalam hadits shahih, “Betapa banyak wanita-wanita yang telanjang, berpakaian tipis merangsang,  dan berlenggak-lenggok.  Mereka tidak akan masuk ke dalam surga dan mencium baunya.” [HR. Imam Bukhari].

2.  Mengenakan Wangian Di Hadapan Lelaki yang bukan Mahram

“Siapa saja wanita yang mengenakan bakhur, janganlah dia menghadiri solat ‘Isya’ yang terakhir bersama kami.”[HR. Muslim]

3. Berhias terhadap lelaki-lelaki asing (bukan mahram atau suaminya)

“Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” [HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaaiy]

4. Berdandan Berlebihan

“Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]

5. Membuka Sebahagian Aurat

“Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak, kepalanya digelung seperti bonggol unta.  Mereka tidak akan dapat masuk ke syurga dan mencium baunya.  Sedangkan, bau syurga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]

6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi

“Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang menukur keningnya, dan orang yang memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”.  Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,”Apa ini?”  Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah saw; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah swt berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.[HR. Bukhari dan Muslim]

Sekiranya 6 syarat ini tidak dilampaui, maka tidak ada salahnya untuk seorang muslimah mengenakan pakaian yang elok, dan muncul dalam masyarakat dengan penampilan yang wajar (menurut syarak).

Perlu difahami di sini, terdapat perbezaan hukum “syarak” dan hukum “wara”. Menurut Imam Al Ghazali, dalam kitabnya minhajuabideen, sekalipun hukum syarak membenarkan, ianya MENJADI PILIHAN untuk individu tertentu menjaga batas melebihi kadar yang ditetapkan syarak UNTUK DIRINYA SENDIRI, maka batas perbuatannya lebih ketat berbanding masyarakat umum. Contoh dalam konteks ini, muslimah lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding di luar.

Adillah dalam menghukum. Tidak ada keperluan untuk mengenakan hukum warak kepada seluruh masyarakat, bahkan ianya dilarang oleh Imam Al Ghazali sendiri kerana dibimbangi, umat manusia akan menjauhi Islam kerana takut akan larangan yang sangat ketat. Bukan semua orang mampu memahami ilmu tasauf dan tasauf tidak akan mampu difahami tanpa terlebih dahulu memahami hukum syarak.

Sekadar pandangan peribadi dari insan fakir.

Allahualam.

Drama Politik Malaysia Pasca PRU-13

Sekadar ingin memberi pandangan berkenaan dengan kemelut yang berlaku dalam harakah Islam terbesar di Malaysia kebelakangan ini:

1. Di satu sisi, ada penyokong PAS teramat marah dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru yang menyatakan perjuangan mereka ialah perjuangan Islam, tetapi lebih “mesra Pakatan”. Mereka juga marah dengan kemunculan sebarang gerakan Islam selain PAS kerana beranggapan, ia merupakan satu manifestasi perpecahan. Sebenarnya, di dalam Islam, tidak ada haramnya menubuhkan kutlah politik yang banyak, tetapi syaratnya mestilah memperjuangkan Islam semata-mata dan bukan selainnya. Adapun berkenaan dengan isu pilihanraya, kekuasaan dalam pilihanraya langsung tidak bererti malah berdosa sekiranya kemenangan itu membawa kepada kemungkaran (berhukum dengan taghut)

2. Di satu sisi, kemunculan GHB ini pula adalah respond kekecewaan terhadap kepimpinan PAS. Idea kerajaan perpaduan (UG) dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap idealisme perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tidak merelakan penyatuan UMNO dengan PAS. Juga kekecewaan terhadap ketegasan PAS dengan prinsip memperjuangkan perlaksanaan hudud. Mereka mengutamakan kemenangan PRU dan menumbangkan musuh politik melebihi prinsip perjuangan Islam yang kononnya mereka dokongi.

3. DAP sebagai parti ultra kiasu cina, tidaklah sesuatu yang menghairankan sekiranya mereka tidak selesa sekiranya PAS bergabung dengan UMNO, kerana kedua parti terbesar kaum melayu ini sekiranya bersatu akan menjadi ancaman bagi mereka. Adalah lebih mudah menghadapi PAS dan UMNO sebagai dua puak yang bertelagah berbanding keduanya bersatu.

4. Idea UG merupakan sesuatu yang bersifat pragmatik bagi PAS kerana setelah berulangkali dipermainkan UMNO, dan kegagalan menguasai kerajaan melalui PRU, membentuk kerajaan perpaduan merupakan jalan singkat mencapai kekuasaan. Namun perlu diingat, UMNO yang juga merupakan puak ultra kiasu melayu tidak mungkin mengkompromi kepentingannya dan tidak mustahil PAS ditipu sekali lagi sekiranya memilih untuk bergabung dengan UMNO kali ini.

5. UMNO yang semakin lemah di bawah kepimpinan Najib, malah ditentang oleh akar umbi parti sendiri sememangnya memerlukan talian hayat dalam meneruskan kelangsungannya. Maka, UMNO akan menyambut baik idea UG demi survival politik, dan bukan sebaliknya benar-benar mengutamakan kesatuan melayu, apalagi demi Islam. Umum sudah mengetahui, UMNO lah yang banyak mengkhianati perjuangan Melayu dan Islam.

6. Rakyat umum melihat, kemelut yang berlaku ini penuh dengan kekliruan, seolah pimpinan hilang pedoman, tamak kuasa, tidak konsisten dalam pendirian polilik. Kemenangan PRU akan datang, sama ada UMNO-BN tumbang kerana kemelut dahsyat yang sedang menyelubungi UMNO sekarang ini, tidak memungkinkan muncul kerajaan yang stabil dari pembangkang yang tidak habis-habis bercakaran sesama sendiri dan dipalit pelbagai krisis yang memualkan.

7. Tidakkah sudah tiba masanya kita mencampakkan segala slogan asobiah, wathaniah, dan segala sistem kufur yang lahir dari ideology kufur dan berjuang mengembalikan kehidupan Islam di atas minhaj kenabian, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w?

United Malay National Organisation

UMNO (United Malay National Organisation) ditubuhkan pada 11 May 1946 apabila gabungan pertubuhan dan persatuan Melayu ketika itu bersepakat menentang rancangan Malayan Union. UMNO begitu dekat di hati rakyat ketika itu sebagai satu wadah membela orang Melayu dan agama Islam (walaupun kefahaman Islam ketika itu tersangat kabur dek penjajahan yang sekian lama). 
Apa yang dirasakan sebagai “kebangkitan” ketika itu anehnya diterima oleh penjajah British, malah tidak kurang pula bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Malaya berusaha membantu perjuangan UMNO. Di pendekkan cerita, Malaysia pun merdeka di atas semangat kompromi masyarakat berbilang kaum, dan menjadi sebuah negara sekular dengan perlembagaan yang diambil dari British, yang draf asalnya merupakan salinan kepada perlembagaan negara India yang sebelum itu dimerdekakan oleh British.                                             
Beberapa perkara jarang diperhatikan:
1. UMNO merupakan parti qaumiyyah, iaitu parti berasaskan kaum. Ini salah satu racun yang membunuh kekuatan empayar Khilafah dan kesatuan kaum muslimin. Maka, penubuhan UMNO sememangnya selari dengan tujuan memecah-belahkan kesatuan kaum muslimin di atas nama bangsa.
2. Setelah beberapa generasi berlalu, semangat kemelayuan (kebangsaan) semakin pudar. Itu sebenarnya fitrah kerana semangat ini memerlukan rangsangan luar iaitu ancaman untuk diaktifkan. Tanpa ancaman, maka semangat ini akan beku. Ia semangat semata-mata tanpa diasaskan dari pemikiran yang jernih kerana pemikiran yang jernih pasti mengakui, adalah mustahil manusia boleh disatukan berasaskan kaum kerana Allah menciptakan manusia berbilang kaum. Ia bukan kesatuan tetapi perpecahan!!!
3. Kekuatan umat Islam ialah pada aqidah yang menyatukan mereka. Bagaimana mungkin, racun yang mematikan kesatuan aqidah umat Islam boleh diharap agar membangkitkan umat ini? Sungguh ia satu khayalan yang menipu!!!