Drama Politik Malaysia Pasca PRU-13

Sekadar ingin memberi pandangan berkenaan dengan kemelut yang berlaku dalam harakah Islam terbesar di Malaysia kebelakangan ini:

1. Di satu sisi, ada penyokong PAS teramat marah dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru yang menyatakan perjuangan mereka ialah perjuangan Islam, tetapi lebih “mesra Pakatan”. Mereka juga marah dengan kemunculan sebarang gerakan Islam selain PAS kerana beranggapan, ia merupakan satu manifestasi perpecahan. Sebenarnya, di dalam Islam, tidak ada haramnya menubuhkan kutlah politik yang banyak, tetapi syaratnya mestilah memperjuangkan Islam semata-mata dan bukan selainnya. Adapun berkenaan dengan isu pilihanraya, kekuasaan dalam pilihanraya langsung tidak bererti malah berdosa sekiranya kemenangan itu membawa kepada kemungkaran (berhukum dengan taghut)

2. Di satu sisi, kemunculan GHB ini pula adalah respond kekecewaan terhadap kepimpinan PAS. Idea kerajaan perpaduan (UG) dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap idealisme perjuangan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tidak merelakan penyatuan UMNO dengan PAS. Juga kekecewaan terhadap ketegasan PAS dengan prinsip memperjuangkan perlaksanaan hudud. Mereka mengutamakan kemenangan PRU dan menumbangkan musuh politik melebihi prinsip perjuangan Islam yang kononnya mereka dokongi.

3. DAP sebagai parti ultra kiasu cina, tidaklah sesuatu yang menghairankan sekiranya mereka tidak selesa sekiranya PAS bergabung dengan UMNO, kerana kedua parti terbesar kaum melayu ini sekiranya bersatu akan menjadi ancaman bagi mereka. Adalah lebih mudah menghadapi PAS dan UMNO sebagai dua puak yang bertelagah berbanding keduanya bersatu.

4. Idea UG merupakan sesuatu yang bersifat pragmatik bagi PAS kerana setelah berulangkali dipermainkan UMNO, dan kegagalan menguasai kerajaan melalui PRU, membentuk kerajaan perpaduan merupakan jalan singkat mencapai kekuasaan. Namun perlu diingat, UMNO yang juga merupakan puak ultra kiasu melayu tidak mungkin mengkompromi kepentingannya dan tidak mustahil PAS ditipu sekali lagi sekiranya memilih untuk bergabung dengan UMNO kali ini.

5. UMNO yang semakin lemah di bawah kepimpinan Najib, malah ditentang oleh akar umbi parti sendiri sememangnya memerlukan talian hayat dalam meneruskan kelangsungannya. Maka, UMNO akan menyambut baik idea UG demi survival politik, dan bukan sebaliknya benar-benar mengutamakan kesatuan melayu, apalagi demi Islam. Umum sudah mengetahui, UMNO lah yang banyak mengkhianati perjuangan Melayu dan Islam.

6. Rakyat umum melihat, kemelut yang berlaku ini penuh dengan kekliruan, seolah pimpinan hilang pedoman, tamak kuasa, tidak konsisten dalam pendirian polilik. Kemenangan PRU akan datang, sama ada UMNO-BN tumbang kerana kemelut dahsyat yang sedang menyelubungi UMNO sekarang ini, tidak memungkinkan muncul kerajaan yang stabil dari pembangkang yang tidak habis-habis bercakaran sesama sendiri dan dipalit pelbagai krisis yang memualkan.

7. Tidakkah sudah tiba masanya kita mencampakkan segala slogan asobiah, wathaniah, dan segala sistem kufur yang lahir dari ideology kufur dan berjuang mengembalikan kehidupan Islam di atas minhaj kenabian, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *