Fajar Khilafah Dari Kota Yang Ranap

ISIS dicipta di kala rakyat Syria serta para pejuang dari Syam dan seluruh pelusuk dunia berkumpul di Syria dan melaungkan revolusi yang tidak sama seperti yang berlaku di wilayah-wilayah lain.
Mereka sepakat mahukan sebuah daulah Islam, iaitu KHILAFAH, lalu ISIS datang “out of thin air” lalu menobatkan diri sebagai KHILAFAH. Dengan wajah yang bengis dan menakutkan, dengan keanggotaan yang jelas tersangat jahil, sebahagian besar serangan tentera Basyar serta kuasa luar tidak disasarkan kepada ISIS sebaliknya kepada mujahideen lain.

Terbaru, ISIS dikaitkan dengan serangan di Paris, sesuai untuk menjadikan peristiwa ini sebagai “catalytic event” dalam menjayakan propaganda War On Islam, sekaligus memburukkan imej KHILAFAH di mata dunia. Beberapa perkara untuk diperhatikan di sini:
1. ISIS itu Khilafah palsu. Sama ada dari segi sistemnya, mahupun realitinya.
2. “Khilafah” versi ISIS terus disebut-sebut agar wajah khilafah diburukkan sebelum kaum muslimin sendiri mengenalinya
3. Panji Ar Rayah (panji hitam) yang digunakan ISIS kelihatan lebih menakutkan dari mana-mana lambang gangster atau angkatan tentera walhal ia sepatutnya dilihat sebagai panji keadilan dan keamanan kerana panji itulah yang menjadi kebanggaan tentera kaum muslimin yang membebaskan sebahagian dunia ini dari kekuasaan pemerintah yang zalim di zaman kegemilangan Islam dahulu.

Aku menjangkakan “Aus dan Khazraj” di zaman ini ialah gabungan mujahideen dan sebahagian anggota tentera yang ikhlas dari negeri-negeri umat Islam untuk menyokong tegaknya kembali Khilafah Ar Rashidah buat ke sekian kalinya nanti.

Insyallah, masanya sudah sangat dekat sehinggakan Amerika dan Russia yang selama ini bercakaran juga terpaksa bergabung bagi membendung bangkitnya gergasi yang tidak mungkin mampu mereka kalahkan itu nanti…. Harum fajar khilafah sudah dihidu oleh mereka yang menginfakkan diri mereka sepenuhnya kepada perjuangan ini.

Kita mungkin tidak sehebat A’la, berusia 10 yang menemui syahid di medan perang kerana melindungi jasad Rasulullah s.a.w dengan batang tubuhnya. Kita mungkin tidak sehebat ibunya yang penuh redha merelakan suami dan anak tersayang untuk syahid demi agama Allah. Curahkan segala yang termampu, mudah-mudahan Allah menerimanya sebagai amal soleh.

Uqubat Islam selain Hudud

1. Jinayat: Penganiayaan atau penyerangan terhadap badan yang mewajibkan qishash (balasan setimpal) atau diyat (denda). Penganiayaan itu mencakup penganiayaan terhadap jiwa dan anggota tubuh. Maksud dari jinayat di sini adalah hukuman yang dijatuhkan atas penganiayaan tersebut. Dalam hukuman-hukuman dalam ‘uqubat terdapat hak seorang hamba. Dan selama berkaitan dengan hak hamba, maka bagi pemilik hak (shâhibul haq) boleh memberikan ampunan, dan menggugurkan haqnya. Allah Swt berfirman: “Dan barangsiapa mendapatkan kemaafan dari saudaranya.” (QS. al-Baqarah [2]: 178)

Dikeluarkan oleh Thabarâni, “Bahwa ‘Ali ra didatangi seorang lelaki muslim yang telah membunuh seorang ahlu dzimmiy, dan terbukti (bahwa lelaki itu pelakunya), kemudian beliau ra memerintahkan untuk membunuhnya, kemudian datanglah saudara (kafir dzimmiy) tersebut dan berkata, “Saya maafkan.” `Ali ra bertanya, “Apakah mereka mengancammu, menakut-nakutimu, atau menggertakmu? Lelaki itu menjawab, “Tidak! Akan tetapi pembunuhannya tidak aku terima, tetapi kemudian mereka menjelaskan kepadaku kemudian aku redha. Kemudian Ali ra berkata, “Kamu lebih tahu, barangsiapa di bawah perlindungan kami, darahnya seperti darah kami, diyatnya seperti diyat kami.”Ini menunjukkan bahwa kemaafan bagi pelaku penganiayaan dari shahibul haq mengugurkan hukuman (jinâyât) tersebut

2. Ta’zîr: Hukuman bagi kemaksiatan yang di dalamnya tidak ada had dan kifârat. Melakukan perbuatan maksiat perlu dilihat dahulu, apabila Allah Swt. telah menetapkan hukuman tertentu bagi kemaksiatan tersebut, maka ia termasuk ke dalam hudud.


3. Mukhâlafât: Hukuman yang dijatuhkan oleh penguasa kepada orang yang menentang perintah Khalifah atau wakilnya. Mukhâlafat tidak masuk dalam bab ta’zîr, sebab mukhâlafat bukanlah pelanggaran terhadap perintah Allah Swt. Sedangkan ta’zîr khusus bagi pelanggaran terhadap perintah-perintah dan larangan-larangan Allah Ta’ala. Ini termasuk melanggar peraturan jalan raya, peraturan racun dan lain-lain yang melibatkan kemaslahatan umum. Perintah Khalifah wajib ditaati selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Khalifah bebas melakukan ijtihad atau menggunapakai ijtihad dari mujtahid untuk memutuskan hukuman yang sesuai dalam uqubat dalam kes berbentuk Mukhâlafat ini.

Allahualam.

Sumber: Nidhamul ‘Uqubat, karya Abdurahman Al-Maliki