SEKILAS MENGENAI AHBASH DAN WAHABI

Pihak berkuasa agama di Malaysia, juga di kebanyakan negara umat Islam di dunia ini sangat dipengaruhi oleh dua kelompok “mazhab aqidah” iaitu Ahbash yang dipopularkan oleh Abdullah Al Hariri yang dijoloki gelaran “Al Habshy ” dan di satu pihak lain pula dikenali sebagai Wahabi, diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab, yang banyak mengambil pandangan Syaikul Islam, Ibnu Taimiyyah sebagai fahaman mereka.

Secara ringkas, Ahbash ini terkenal dengan slogan “Allah wujud tak bertempat”, iaitu versi aqidah mereka yang sibuk mentafsirkan koordinat Allah dari ayat mutashabihat, berupa satu bentuk perbahasan ahli kalam yang muncul di kala daulah Islam bertembung dengan tamadun Barat khususnya Yunani dan Rome.

Wahabi pula mudah dikenali dengan versi membida’ahkan bermacam amalan yang wujud di tengah masyarakat, sesuai dengan sejarah kemunculan aliran mazhab ini yang berdepan dengan kecelaruan aqidah akibat terlalu banyak fahaman syirik menular di tengah kaum muslimin. Pendokong fahaman ini kemudiannya dipergunakan oleh British dalam misi mereka memisahkan Hijaz dari Khilafah Uthmaniah dan seterusnya mempertahankan dinasti Saud sehingga bumi Hijaz terus menyaksikan pelbagai siri pengkhianatan terhadap kaum muslimin, khususnya dalam siri penaklukan ke atas wilayah-wilayah kaum muslimin.

Aku tidak berminat menerangkan perbahasan yang berlaku di antara kedua puak ini sejak berdekad lamanya, sekadar untuk menjelaskan secara ringkas asal-usul kedua aliran mazhab aqidah ini. Persamaan mereka yang berlaku pada hari ini ialah, keduanya cenderung berbaik dengan golongan pemerintah, menjawat jawatan mufti dan penasihat agama kepada kerajaan sekular, dan membisu dalam banyak isu penting melibatkan kemaslahatan umat, khususnya siyasah (politik).


Kini, muncul harakah Islam dipanggil Hizbut Tahrir, yang berterus-terusan menyeru kepada penyatuan kembali seluruh wilayah kaum muslimin di bawah kekuasaan seorang Khalifah, amirul mukminin, maka kedua puak yang berseteru ini kelihatan bergabung menghadapi common enemy, persis kerjasama Russia dan Amerika dalam membunuh kaum muslimin di Syiria ketika ini.

Allah sebaik-baik penolong dan pembalas. Moga Allah menghancurkan pakatan musuh-musuh Islam, sekalipun mereka berselimut di bawah selimut pihak berkuasa agama ataupun mufti~!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *