Sekilas Mengenai Hukum Pengelolaan Tanah & Hutan Dalam Islam

Pemilikan:

1. Kerajaan (Khilafah) tidak berhak ke atas seluruh tanah dalam wilayah daulah Islam, melainkan sebahagian yang dirizabkan sebagai hak milik negara.

2. Sesiapa yang mengelola, menghidupkan tanah yang mati (ihya’ al-mawat), dia paling berhak memiliki tanah berdasarkan dalil:

 Siapa saja yang menghidupkan sebidang tanah mati, maka tanah itu menjadi miliknya” [HR al-Bukhari].

“Siapa saja yang telah mengelola sebidang tanah, yang bukan milik
orang lain, maka dialah yang paling berhak [HR Bukhari]

 “Siapa saja yang memagari sebidang tanah (kosong)
dengan pagar, maka tanah itu menjadi miliknya. [HR Abu Dawud]

Tanah mati di sini bermaksud tanah yang memang diketahui tidak bertuan lagi tidak produktif, atau tanah yang sebelumnya bertuan, tetapi telah dibiarkan (tidak diusahakan) oleh pemiliknya lebih dari tiga tahun. Tanah mati dikenalpasti melalui tiadanya tandatanda yang ia dimiliki oleh sesiapa seperti tiadanya apa-apa tanaman, kolam buatan, perigi, bangunan, pagar, batu sempadan dan lain-lain tanda yang seumpamanya.

3. Hak mengelola tanah ini mutlak bagi warganegara sama ada muslim atau non-muslim, dan mereka tidak memerlukan izin pemerintah untuk mendapatkan hak pemilikan bagi tanah yang dikelola, sebatas kemampuan mereka mengusakannya. Sekiranya keupayaan mereka usahakan cuma satu ekar, sekalipun mereka memagari tanah seluas 10 ekar, maka bahagian lain selain yang diusahakan itu tidak sah menjadi milik mereka.

4. Sekiranya tanah yang diambil itu tidak diusahakan selama tiga tahun bertut-turut, maka kerajaan berhak mengambil alih berdasarkan ijtihad Umar Al Khattab RA yang kemudian disepakati (ijmak) oleh para sahabat. Umar menyatakan:

Orang yang memagari tanah tidak berhak (atas tanah yang dipagarinya itu) setelah (membiarkannya) selama tiga tahun

5. Dari sini kita dapat fahami bahawa sekiranya orang asli di Kelantan atau siapa sahaja dan di mana sahaja, yang telah melakukan ihya’ al-mawat, maka tanah tersebut merupakan miliknya secara sah dan tiada siapa pun, termasuk kerajaan yang boleh merampasnya sesuka hati.

Pengelolaan Hutan Menurut Islam:

1. Hutan (al-ghabat) termasuk dalam kategori al-milkiyyah al-ammah (kepemilikan umum), bukan kepemilikan individu atau negara. Ketentuan ini didasarkan pada hadis Nabi s.a.w,

 “Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga hal (iaitu) air, padang
ragut dan api” [HR Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah]. 

Hadis ini menunjukkan bahawa tiga perkara tersebut adalah milik umum, kerana sama-sama mempunyai sifat tertentu sebagai illat (alasan penetapan hukum), yakni menjadi keperluan hidup orang ramai (min marafiq al-jama’ah) dan hutan merupakan salah satu perkara yang diqiyaskan kepada tiga perkara di atas berdasarkan sifatnya yang sama. Oleh itu, haram hukumnya bagi sesebuah kerajaan atau individu untuk menjadikan hutan sebagai miliknya dan mengaut hasil daripadanya.

2. Ada dua cara pemuafakatan dalam pemilikan umum iaitu:

  • Perkara yang mudah dimanfaatkan secara langsung seperti jalan raya, sungai, laut dan padang ragut, rakyat berhak memanfaatkannya secara terus, selama tidak menimbulkan dharar (bahaya) atau menghalang orang lain dari memanfaatkannya.
  • Pemilikan umum yang memerlukan kepakaran khusus dan infrastruktur, seperti pernggalian minyak, balak dan perlombongan emas, negara lah yang wajib menguruskannya bagi kemaslahatan bersama, dan bukan pula diserahkan kepada syarikat atau individu untuk mengaut keuntungan.

3. Segala hasil hutan seperti balak, wajib dimasukkan ke dalam Baitul Mal, untuk kegunaan umum.

4. Negara berhak melakukan hima (reserve), berdasarkan keperluan tertentu. Contohnya, jika ada sebahagian hutan dihimakan untuk tujuan jihad, maka segala hasil dari hutan itu, akan disalurkan khusus untuk menampung keperluan jihad semata-mata. 
5. Negara wajib melakukan pengawasan (monitoring) dan tinjauan (patrolling). Fungsi ini dijalankan oleh lembaga pengadilan iaitu Muhtasib (Qadhi Hisbah) yang tugas pokoknya adalah menjaga terpeliharanya hak-hak masyarakat secara umum, termasuk hutan. Muhtasib akan menangani kes-kes pembalakan liar, pencurian kayu balak, pembakaran dan perosakan hutan, penebangan melebihi batas, pemburuan yang dilarang oleh negara dan sebagainya. Qadhi Hisbah akan bertugas dengan disertai oleh sepasukan polis dan beliau berhak menjatuhkan hukum (ta’zir) di lapangan pada waktuitu juga, terhadap sebarang kesalahan setelah ditangkap “red handed” ketika melakukan kesalahan.

Adaptasi dari: 

-Hizbut Tahrir Malaysia: Sautun Nahdah 489, 29 December 2016-

Perbincangan Hukum Berkenaan Simpanan Emas

Alhamdulillah, semakin ramai yang peka tentang kepentingan menyimpan, dan melindungi nilai simpanan dengan menyimpan emas.
Akaun Simpanan Emas Public Gold merupakan salah satu kaedah menyimpan “self service” yang sangat practical. Dengan menjadi agent, dapat pula incentive 1% dari Public Gold bagi setiap pembelian front line.
Namun perlu diteliti hukum syarak berkaitan transaksi jual beli kerana emas merupakan antara barang ribawi berdasarkan hadis:

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Jika jenis barang tadi berbeda, maka silakan engkau membarterkannya sesukamu, namun harus dilakukan secara kontan (tunai).” (HR. Muslim no. 1587)
Antara syarat jual beli emas:
1. Akad yang sah
2. Pembayaran tunai (bukan hutang)
3. Transaksi berlaku sekaligus dalam satu majlis
4. Emas wujud dalam bentuk fizikal
Dalam PG, transaksi hanya berlaku sesudah pembayaran PENUH diterima, dan emas terus diterima dalam bentuk fizikal. Menjadi perbahasan ialah kerana emas fizikal yang dimaksudkan berada dalam safe box Public Gold dan bukan diterima pembeli secara langsung, dan ia memerlukan masa untuk sampai ke tangan pembeli dengan kos penghantaran. Pembeli juga boleh memilih membeli gold bar secara cash di 18 cawangan Public Gold, ataupun di mana-mana Pejabat Pos berhampiran yang menjadi agent Public Gold.
Konsep jual beli “remote” semacam ini diterima syarak berdasarkan pemindahan hak milik sudahpun berlaku apabila bayaran ditunaikan. Walaupun barang bukan berada di tangan, ia adalah barang fizikal yang wujud dan boleh diambil jika pembeli mengambilnya. Dalam trading, pembeli membeli seratus tan kurma, pembeli tak semestinya berada di atas bulk carrier untuk melakukan jual beli. Pembeli cuma melakukan transaksi dengan pembekal di satu lokasi lain, melakukan pembayaran tunai kepada pembekal di lokasi lain.
Waqi’ (realiti) akad dalam satu majlis di sini berlaku secara virtual pada nilai barangan yang nyata. Ia menjadi bathil apabila produk yang dibeli tidak wujud, atau bayaran dilakukan secara hutang.
Isu berbangkit berkenaan “money floating” menyebabkan timbul kegusaran berkenaan status transaksi tunai yang berlaku. Saya sarankan, guna “instant transfer” atau cash deposit kerana pemindahan wang berlaku secara terus, dan bukan tertangguh. Sekiranya bayaran secara tangguh berlaku, pandangan lebih kuat ialah, berlaku riba’ di situ, walaupun ada pandangan menyatakan, floating itu sah kerana duit sudah dibayar. Ini kerana, dalam kondisi floating, pihak pembayar boleh memberhentikan transaksi, yang menyebabkan penangguhan berlaku.
Berkenaan penggunaan bank guarantee, bank draft, cek dan lain-lain seperti pembelian minyak mentah, kapal terbang, waste heat boiler, pelantar minyak dan produk lain yang tidak termasuk sebagai produk ribawi, transaksi hutang atau bayar ansur adalah dibolehkan sesuai dengan akad jual-beli biasa yang memenuhi kehendak syarak.
Terbuka kepada perbahasan ilmiah, saya mengupas dengan pengkajian sendiri yang terhad. Mudah-mudahan ada penjelasan yang lebih memuaskan dalam hal ini.
Sabri Yaacob
PG 0085230

Kenapa Syria?

Soalan dari saudara Kamarulzaman Mat Jusof: Kenapa Russia dan Amerika sanggup bergabung untuk perang di Syria? Apakah sebab minyak atau sumber lain?

JAWAPAN:
Amerika tidak perlu bergabung dengan musuh tradisinya kalau sekadar untuk mengejar minyak. Hampir seluruh hasil “emas hitam” yang ada di merata ceruk dunia sudahpun dikuasai Amerika melalui agent mereka.

Russia juga tidak memerlukan sekutu untuk berperang apalagi berperang menghadapi pejuang berupa militant yang serba serbi kekurangan di medan perang.
Kedua kuasa besar ini, ditambah dengan kehadiran China, Turki, dan Iran berkerumun di bumi yang penuh berkat di Syria kerana di situ, muncul potensi yang sangat besar untuk tegaknya kembali KHILAFAH.
Mereka sememangnya sedar, munculnya Khilafah ke posisi politik dunia akan menjadi penamat bagi kekuasaan dan cengkaman mereka ke atas dunia.

SOALAN: Siapa akan jadi khalifah? Apa wataknya? Macam mana nak muncul khilafah kalau orangnya pun tak diketahui?

JAWAPAN:
KHILAFAH itu sebuah sistem. Ia bukan persoalan watak individu. Kalau orang Malaysia mahukan ketua mereka jadi khalifah, orang Sudan, orang Afghanistan, orang Indonesia, orang dari pelbagai belahan dunia akan buat tuntutan yang sama. Persoalan calon langsung tidak penting buat masa ini. Persoalan yang paling vital ialah, sistem ini diwajibkan oleh Allah untuk menzahirkan Islam sebagai ad deen yang mengatur seluruh kehidupan manusia.

Revolusi di Syria menyaksikan penduduk Syria berikrar untuk menegakkan Khilafah. Pihak musuh memunculkan ISIS, yang sekarang ni dinamakan pula sebagai DAESH, mempropagandakan kisah kekejaman puak ini seolah-olah ini ancaman global yang sangat dahsyat, boleh membunuh seluruh makhluk bernyawa. Mereka benar-benar mahu, imej khilafah ini dibunuh sebelum kemunculannya melalui proaganda jahat ini. ISIS adalah khilafah versi Amerika yang sebelum ini dipertontonkan dalam filem Hollywood.

Hakikatnya, Khilafah adalah sistem yang Allah turunkan, ia sistem yang para sabahat radhiallahuanhum berijmak sebagai kewajipan, dan diteruskan para khalifah kemudiannya sehingga agama Allah tersebar ke merata penjuru dunia, dan kita hari ini menjadi seorang Islam.

Mengsakralkan Ilmu

Akal manusia terbatas, hanya mampu memahami sesuatu maklumat dengan pencerapan realiti melalui pancaindera, memproses maklumat dengan otak, dan mempunyai maklumat awal tentang apa yang dicerap.Cuba bayangkan, seorang yang hidup 2000 tahun lalu, bila dia tengok sebuah bom nuklear. Dia mungkin memberi pelbagai anggapan sendiri berkenaan bom itu. Boleh jadi dianggap sebagai penggiling, atau mungkin juga tempat duduk, atau sekadar hiasan di halaman rumah.Tanpa maklumat awal, manusia tidak mampu mendapat pemahaman yang tepat tentang sesuatu. Tanpa maklumat awal, manusia tidak mampu memproses sebarang maklumat, sekalipun dikurniakan akal yang cerdas dan pancaindera yang sempurna. Manusia boleh memeroleh dengan pengkajian. Ada orang kaji sifat manusia berdasarkan pemerhatian ke atas realiti, lalu membuat kesimpulan dan teori. Ini berlaku dalam bidang sains dan non-science. Bezanya, dalam sains, eksperimen yang sama, dengan kawalan yang sama menghasilkan hasil yang sama dalam kebarangkalian yang tinggi (uncertainties), sedangkan dalam non-science, ia tidak begitu. Ilmu psychology, pedagogy (pendidikan) dan sociology merupakan ilmu dari cerapan yang sangat terbatas dan abstrak.Namun, ilmu non-science ini disakralkan oleh para pengkagum, kerana penemuan-penemuan kajian dalam bidang ini berjaya mengungkapkan pelbagai realiti, mengakibatkan umat Islam turut terpesona dan mencari-cari kaedah penyelesaian dalam permasalahan hidup mereka dengan penyelesaian dari ilmu ini, dan meninggalkan penyelesaian dari Al Quran dan Sunnah.Bahkan lebih jauh, ada di kalangan umat Islam yang menentang apa-apa yang bertentangan dengan apa yang diungkapkan melalui ilmu tersebut. Contohnya, masalah homosex dikategorikan sebagai masalah psycology, bukan sebagai masalah perlanggaran hukum syarak. Maka, pelaku tabiat keji ini dianggap sebagai “pesakit” dan bukan “pesalah jenayah”. Masalah akan lebih ketara apabila terdapat teori-teori dalam lapangan ilmu ini yang membentuk pola pemikiran yang rosak, serta memberi kaedah penyelesaian yang juga merosakkan. Kita tidak hairan kenapa pelacuran dianggap sebagai industri, semata-mata kerana mahu menetapkan “kawalan” ke atas jenayah rogol, atau sistem ekonomi yang menindas, dari cerapan sociology yang sangat bohong (KDN dan pelbagai jenis data yang tidak membei gambaran sebenar realiti).



Adaptasi dari: Daulah Islam, Taqiyuddin An-Nabhani

America is Great?

Cuba memahami peperangan yang berlaku di Afghanistan angkara penaklukan oleh Amerika dan disokong Turki, Saudi, France, Italy dan Britain, ia adalah satu asymmetrical war di mana satu pihak memiliki segala kelebihan baik logistik mahupun persenjataan, para penganalisa ketenteraan akan mencongak, Afghanistan dengan mudah ditakluk oleh Amerika. Perang ke atas Iraq dan Afghan menyaksikan, persenjataan tercanggih dalam era peperangan modern di mana medan perang yang berkeluasan ribuan kilometer persegi dicerap dari bilik-bilik kawalan yang terletak di seberang benua (di pengkalan Tentera US di negara mereka), dan penggunaan drone-drone pembunuh yang mengintip dan melancarkan serangan maut, serta segala war facility yang tidak pernah kita saksikan sebelumnya, melawan sekumpulan militia yang bersenjatakan senjata ringan, dengan peralatan komunikasi yang sangat terhad serta bekalan logistik yang sangat rapuh.Namun hakikatnya, sehingga hari ini, Amerika tetap gagal menguasai sepenuhnya Afghanistan. Amerika tetap gagal menstabilkan Afghanistan. Itu sebuah negara empayar menentang sekelompok umat Islam. Bagaimana agaknya jika kekuatan umat Islam itu ialah satu angkatan perang yang memiliki pesawat pejuang, peluru berpandu, kereta kebal, segala armada laut dan darat serta sokongan logistik yang terkorrdinasi????

Apakah negara yang mempunyai beban hutang terbanyak di planet ini mampu menghadapi KHILAFAH, “gergasi” yang bangkit dari runtuhan sejarah silam yang agung ini?

Seperti Binatang Ternak

Kalau dahulu, gambar-gambar mengerikan berkenaan peperangan yang tersebar di media sosial meruntun hati kita, hari ini ia kelihatan “terlalu biasa”, dek kerana terlalu banyak kisah menyayat hati berlaku kepada umat manusia, khususnya kaum muslimin di merata belahan dunia.

Biasa kita temukan, orang yang memang sebetulnya enggan peduli apa yang berlaku di luar lingkungan hidup mereka dengan anggapan dia tak boleh buat apa. Maka, lebih baik cuma sibukkan dengan kehidupan sendiri yang sentiasa sibuk. Cari duit, layan keluarga, dan begitulah seterusnya.

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا

“…Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” {QS. Al-A’raaf: 179}

Maksudnya, mereka  tidak memanfaatkan anggota badan, nyawa, kesihatan, yang telah dijadikan Allah sebagai sarana untuk mendapatkan petunjuk kecuali hanya untuk melangsungkan kehidupan sendiri sahaja.

Padahal sebenarnya mereka itu tidaklah tuli, bisu dan buta, kecuali terhadap petunjuk. Allah berfirman,

فَإِنَّهَا لا تَعْمَى الأَبْصَارُ وَلَكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

“…Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati (qolbu) yang berada di dalam dada…” {QS. Al-Hajj: 46}

Allah berfirman,

بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Bahkan mereka lebih sesat lagi…”

Ertinya lebih sesat daripada binatang, karena binatang itu walaupun demikian, selalunya masih mampu mentaati penggembala jika dilarang, meskipun binatang itu tidak memahami ucapannya, berbeza dengan orang-orang tersebut. Selain itu, kerana binatang-binatang itu berbuat sesuai dengan apa yang fitrah penciptaan baginya, baik secara naluri maupun secara terpaksa. Oleh kerana itu, orang yang taat kepada Allah, maka ia lebih mulia dari seorang malaikat yang taat, seperti dalam tempat kembalinya kelak. Barangsiapa yang kufur kepadaNya, maka, mereka lebih buruk dari haiwan ternakan dan mereka pasti menemui penyesalan di hadapan Allah kelak, bila mana seorang anak kecil kaum muslimin yang dibunuh mengadu di hadapan Allah yang Maha Mengetahui, bahawa kaum muslimin tidak mempedulikan jeritan, pekikan, raunga, tangisan, rintihan mereka. Mereka pasti mempersoalkan, di mana para pahlawan kaum muslimin, bila mana musuh sedang memperlakukan mereka penuh tragis, para pahlawan ini sibuk dengan sukan bola sepak? Sibuk bermewah dan berhibur? Apa umat ini di hadapan Allah untuk sikap mereka yang tidak mempedulikan nasib kaum muslimin, saudara seaqidah mereka???

Moga kita beroleh peringatan.

Adaptasi dari: Edisi terjemah Tafsir Ibnu Katsir.

Pilihanraya: Nak Ubah Apa?

Isu dakwat kekal yang tidak kekal adalah salah satu contoh temberang paling besar dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Selain itu, persempadanan pilihanraya yang sangat memberi keuntungan kepada parti pemerintah, penggunaan premis kerajaan seperti sekolah untuk program parti, ugutan terhadap kakitangan awam, rasuah yang dilunakkan dengan istilah “politik wang” dan bermacam lagi. Belum lagi dikira janji-janji pilihanraya yang sesungguhnya hanyalah pembohongan secara terang.

“Tidak selayaknya seorang Mukmin itu dipatuk dari lubang yang sama dua kali” [HR Bukhari&
Muslim].

Mungkin ada yang bertanya baik secara sinis mahupun ikhlas, apakah perjuangan Islam di luar Parlimen berhasil dan bagaimana caranya? Jawapannya, apa yang utama di sini bukanlah hasil (kemenangan), tetapi apakah jalan yang diambil itu benar (syarie) atau tidak. Ini kerana kemenangan itu datangnya dari Allah SWT dan Dia tidak akan bertanya kenapa kita gagal, tetapi Dia akan bertanya apakah usaha yang kita lakukan itu menurut apa yang Dia perintahkan atau tidak? Rasulullah s.a.w adalah suri teladan yang wajib kita ikuti, bukan sahaja dalam solat, puasa dan haji, tetapi juga dalam menegakkan negara. Ternyata, perjuangan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sehingga tegaknya Negara Islam di Madinah bukanlah dilakukan melalui jalan yang diperuntukkan oleh sistem Jahiliyyah pada waktu itu, bukan juga dengan cara bergabung dengan pemerintahan kufur yang ada dan bukan juga dengan cara tadarruj (incremental).

Malah, selogiknya dan seandainya mahu, pada waktu itu Rasulullah s.a.w telah pun ditawarkan dengan kekuasaan oleh kafir Quraisy, namun ternyata baginda tidak mahu berkompromi dengan sistem kufur walau pun sedikit. Sesungguhnya perjuangan Rasulullah s.a.w adalah di luar daripada sistem kufur yang sedia ada, kerana jalan itulah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan ternyata jalan perjuangan itu telah membuahkan hasil (dalam mendirikan negara dan menerapkan Islam).

Jadi, jika ada persoalan perjuangan manakah di luar daripada Parlimen, di luar daripada pilihan raya dan di luar daripada sistem demokrasi yang telah berjaya? Maka jawapannya adalah perjuangan Rasulullah s.a.w

Sejarah juga merakamkankan betapa banyak parti politik Islam yang berjuang dalam demokrasi terus gagal menerapkan hukum Allah, hatta setelah mereka berkuasa sekalipun. Realiti juga berbicara bahawa negara-negara Eropah berubah dari negara teokrasi ke negara-bangsa yang sekular tanpa melalui Parlimen. Rusia berubah dari  sistem feudal ke sistem komunis, lalu berubah lagi menuju sistem kapitalis, juga tanpa melalui Parlimen.

Demikian juga perubahan di Turki dari sebuah Negara Islam (Khilafah Islamiyyah) menjadi negara republik sekular, juga di luar Parlimen dan di luar proses demokrasi. Daulah Khilafah (Turki) berubah menjadi negara sekular juga sama sekali bukan kerana kelompok Turki Muda berjuang menuntut perubahan melalui Parlimen. Turki Muda di bawah pimpinan Mustafa Kamal Ataturk berjaya menguasai Turki setelah didukung oleh kekuatan penjajah British. Mereka meniupkan semangat assabiyyah dan wathaniyyah ke dalam masyarakat dan berjaya meracuni pemikiran masyarakat sehingga dengan cara itu, mereka kemudian berjaya merombak bentuk negara dan undang-undang yang berlaku, menurut hawa mereka. Dengan dukungan dari kuffar British, Kamal Ataturk akhirnya berjaya meraih pemerintahan, lalu mengisytiharkan Republik Turki sekular, yang sekali gus menandakan berakhirnya pemerintahan Khilafah Islamiyyah yang telah berdiri dan menaungi dunia selama lebih 1300 tahun.

1. Sistem demokrasi memang akan memberi peluang kepada umat Islam untuk berkuasa, tetapi ia tidak akan pernah sekali-kali memberi peluang kepada umat Islam untuk menerapkan Islam secara kaffah (keseluruhan) dalam negara.

2. Islam tidak akan sekali-kali dapat diterapkan melalui jalan demokrasi, lebih-lebih lagi jika pemimpin yang menaiki tampuk pemerintahan ini merupakan agen Barat mahupun yang mendapat restu daripada musuh-musuh Islam.

3. Adalah sangat penting untuk membina pandangan umum (public opinion) di kalangan umat agar kesedaran mereka hanya mengarah kepada Islam semata-mata di samping menghambat atau menyekat mana-mana pihak yang cuba menyeru kepada perkara-perkara selain daripada Islam. Ini adalah untuk menjamin supaya negara yang didirikan bukan sahaja akan dijaga oleh pemerintah, malah didukung dan disokong oleh seluruh warganegara daulah secara umumnya.

4. Adalah mustahil untuk mengekalkan kekuasaan pemerintahan sekiranya ahlul quwwah (pemilik kekuasaan/persenjataan) seperti tentera tidak sehaluan untuk bersama-sama dengan pemerintah. Ini ditambah burukkan lagi sekiranya ahlul quwwah ini terdiri daripada individu-individu yang menumpahkan taat setia mereka kepada kaum kuffar dan musuh umat Islam seperti Amerika dan para sekutunya.

Cukuplah dengan apa yang telah berlaku di Algeria, Turki dan Mesir. Tidak sepatutnya seorang Muslim dipatuk daripada lubang yang sama sebanyak dua kali. Kembalilah semula kepada jalan yang telah ditunjukkan oleh contoh yang terbaik buat kita yakni junjungan Muhammad s.a.w.

Allahu a’lam.

Perlembagaan Penjajah Yang Kita Warisi

Bagi yang menang dalam PRU di Malaysia, mereka akan dimestikan untuk mengangkat sumpah untuk taat kepada perlembagaan kufur ciptaan Lord Reid(wakil British) sebelum menjadi ahli parlimen sedangkan kita diperintahkan hanya perlu taat kepada Allah SWT dan Rasul.
Sebarang sanggahan terhadap perlembagaan yang diwarisi dari penjajah ini dianggap taboo, haluan kiri, atau extremist sekalipun sanggahan itu adalah merupakan seruan untuk berhukum dengan hukum Allah dan meninggalkan taghut:

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelummu? Mereka hendak berhakim kepada taghut padahal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].
“Dan bila dikatakan kepada mereka, ‘Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi’ mereka menjawab, ‘Sesungguhnya kami orang-orang yang membuat perbaikan’. Ingatlah sesungguhnya mereka itulah orang-orang membuat kerosakan tetapi mereka tidak sedar” [TMQ al-Baqarah (2):10-11].
“Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah (untuk berhukum dengan Kitabullah) dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh. Apakah (ketidakdatangan mereka itu kerana) dalam hati mereka ada penyakit atau (kerana) mereka ragu-ragu (terhadap hukum Allah), ataukah (kerana) kerana takut kalau-kalau Allah dan RasulNya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ an-Nur (24):48-50].
Umum mengetahui bahawa pilihan raya dalam demokrasi merupakan medan untuk berebut kerusi bagi mendapat kuasa. Semasa pilihan raya, pelbagai janji manis atau manifesto ditabur kononnya untuk kebaikan rakyat, bagi tujuan memikat undi. Selain proses mengundi, menjadi amalan biasa dalam setiap pilihan raya adanya proses kutuk-mengutuk, fitnah-memfitnah, caci-maki, pergaduhan dan lain-lain. Kempen siang dan malam, ceramah di sana-sini, pasang bendera dan poster, makan-makan, rokok percuma, baju percuma, hiruk-pikuk, gelak ketawa dan sebagainya dapat disaksikan setiap kali pilihan raya. Pendek kata, pilihan raya di Malaysia tidak ubah seperti pesta, malah lebih meriah kerana ia berjalan dalam masa yang lama dan memakan perbelanjaan yang amat besar. Inilah pesta demokrasi namanya.

Untuk sesi parlimen yang lepas (2008-2013), dalam tempoh 3 tahun pertama sahaja, negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil, dengan kerajaan membelanjakan lebih RM11 juta untuk persiapan pilihan raya, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya. Kos itu bagaimanapun hanya membabitkan pihak SPR tanpa mengambil kira perbelanjaan oleh agensi-agensi lain seperti polis dan tanpa mengambil kira perbelanjaan parti-parti politik yang bertanding. Dan kita semua tahu yang parti-parti yang bertanding turut mengeluarkan belanja jutaan ringgit demi memastikan calon mereka menang. Meriah kan? Belum lagi dikira sumbangan yang datang dari dalam dan luar negara? Untuk apa pula kepentingan pihak luar menaja calon pemerintah di negara ini? Akal yang dangkal pun boleh menelah, ia bukan diberi percuma. Pasti akan ada sesuatu yang diharapkan oleh para penyumbang dana PRU ini. 

Hakikatnya, parti mana pun yang menang, rakyat tetap tidak mendapat apa-apa kecuali terus tertipu…yang menjadi senang, tetap parti dan wakil rakyat yang menang, yang menjadi kaya, tetap parti dan wakil rakyat yang menang, yang naik gaji dan hidup mewah, tetap wakil rakyat yang menang…manakala rakyat terus terhimpit. Umat Islam lebih malang lagi, kerana siapa pun yang menang, ternyata Islam tidak diterapkan. Umat mahukan Islam, tetapi wakil-wakil rakyat hanya sibuk membuncitkan perut masing-masing dan menaiki kereta mewah ke sana ke mari. Wakil-wakil rakyat disibukkan dengan usaha menjaga parti dan menjaga pemimpin parti, bukannya menjaga rakyat, disibukkan dengan tugas-tugas untuk kepentingan parti, bukannya tugas-tugas untuk kepentingan rakyat.

Dengan kuasa yang ada, yang diberi oleh rakyat juga, ahli-ahli parlimen ini menggubal undang-undang yang menyengsarakan rakyat. Lihatlah GST, POTA, SOSMA, Akta Hasutan, GST dan lain-lain, semuanya digubal untuk menjerut rakyat dan menjaga hegemoni serta mengayakan pemerintah!!! Malah, setelah kemenangan diperoleh, rakyat pula lah yang dipersalahkan. 

Para pelajar tak pandai bahasa Inggeris punca pengangguran.

Ibubapa punca utama pelajar sekolah rosak akhlak.

Harga barang keperluan naik kerana rakyat boros….

Dan bermacam lagi. Ianya sangat memeritkan!!!

Semoga Allah menyedarkan umat ini yang demokrasi tidak membawa apa-apa kecuali malapetaka.

Zaman Pening

Zaman ni, zaman budak-budak pening. Mungkin sebab terlalu banyak info yang melambak dalam internet, menyebabkan ada yang murtad, ada yang bajet atheist, jadi pemuja sosialis, bajet revolusi, daie poyo, macai yang telan semua, nerd yang tak peduli segala hal, “mujaheddin keyboard”, pentaksub teori konspirasi dan bermacam lagi, it’s a long list.
Komponen utama mencorakkan watak manusia aqliah dan nafsiah, iaitu pemikiran dan kelakuan. Manusia akan mentafsirkan realiti berdasarkan maklumat awal lalu membuat kesimpulan dari berfikir (aqliah), yang seterusnya mengarahkan pola tindakan mereka (nafsiah).
Tanpa landasan berfikir yang benar, budak-budak pening akan bertambah-tambah, yang kemudiannya menjadi orang dewasa dan orang tua pening. Maka, lahirlah generasi pening yang sentiasa lemas dengan pelbagai gejala. Mereka cuba mencari penyelesaian dari segala kemelut, dengan mencipta kemelut baru. Penyelesaian akal tanpa panduan wahyu adalah sesuatu yang akan gagal.
“Apakah engkau tidak melihat kepada orang-orang yang mengaku beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu dan apa yang dturunkan sebelum kamu, sedangkan mereka hendak berhukum kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan untuk engkar terhadapnya” (An Nisa: 60)

Jiwa Umat Yang Melemah

Selepas beratus tahun wilayah kaum muslimin diduduki para penjajah, pemikiran dan jiwa kaum muslimin melemah.

Berfikir cara Barat dianggap maju, berfikir cara Islam dianggap mundur. Sebaliknya, cara hidup Islam dianggap kependetaan, dipencilkan sebatas urusan perkahwinan, kematian dan ritual semata-mata.

Carahidup Barat menjadi ikutan, menjadi panduan baik dalam berpolitik (demokrasi), atau perundangan (perundangan sekular) dan sistem ekonomi kapitalis, yang semuanya itu merupakan racun yang mematikan jati diri ideology Islam.

Diceritakan, Syaikh Taqiyuddin An Nabhani yang menubuhkan Hizbut Tahrir pada 1953, hanya menyebutkan perkataan KHILAFAH di khalayak mulai tahun 1958, iaitu selepas 5 tahun memperkenalkan idea Hizb di sekitar Al Quds. Mungkin kekhuatiran kepada penerimaan umat ketika itu yang umumnya taksub dengan perjuangan pan-arabisme dan pan-Islamisme.

Pan-arabisme adalah perjuangan berasaskan bangsa, yang memisahkan orang arab untuk arab, juga seperti pan-Turkisme dan lain-lain bangsa, sehingga kesatuan aqidah tidak lagi mengikat umat ini sebagai sebuah kesatuan.

Pan-Islamisme pula satu bentuk perjuangan mengegakkan Islam dari strategi “bottom up”, di mana kelompok umat Islam cuba menyatukan umat dalam batas wilayah masing-masing, dengan teori “building block”, keluarga-kampung-masyarakat-negara-global.

Sedangkan perubahan sistem tidak mungkin berlaku melainkan dengan method revolusioner, iaitu dari satu pusat ke seluruh wilayah. Kamal At Tarturk melenyapkan khilafah dengan menggantikan secara total sistem politik di Turki menjadi Republik Demoktarik Turki. Negara-negara lain kemudiannya “dimerdekakan” menjadi monarki mutlak, republik, federasi dan berbagai lagi.

Racun yang pernah mematikan daulah Khilafah, tidak mungkin menjadi penawar untuk menghidupkannya kembali.