Polemik Bertemu Nabi

Kalaulah ada possibility bertemu dengan Muhammd s.a.w secara real, boleh sembang face to face sesudah kewafatan baginda, tentulah Imam Bukhari, Imam Muslim dan para perawi hadis tak perlu bersusah payah merawi hadis. Cukuplah rujuk Nabi direct guna kuasa supernatural, tanya Nabi puas-puas…
Mungkin juga, Imam-imam mujtahideen yang terhebat seperti As Syafie rahimahullah atau para sahabat Radhiallahuahum yang paling cinta dan sayangkan baginda s.a.w boleh melepaskan rindu bertemu baginda secara real.
Memang benar, ada claim bermimpi bertemu baginda dan ia bukan mainan tidur dalam kondisi Syaitan tidak mampu berupa wajah para nabi berdasarkan hadis:
Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku” ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )
Al-Qadhi Iyadh berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi s.a.w.
Syeikh Mustafa Az-Zarqa berkata setelah beliau membuat analisa seluruh pandangan ulama, ia mengatakan memang secara zahirnya kelihatan hadith di atas seolah-olah menjamin semua wajah Nabi (sebagaimana ilham seseorang) yang dilihat dalam mimpi itu adalah wajah Nabi yang sebenarnya tetapi setelah melakukan analisa tafsiran para ulama, jelaslah hadith tadi tidak memberi jaminan untuk semua. Malah jaminan benarnya Nabi yang dilihat dalam mimpi itu adalah khas bagi para sahabat baginda SAW yang mengetahui dengan jelas rupa para Nabi. Adapun, bagi individu yang tidak pernah melihat Nabi semasa hayat, mereka tidak termasuk dalam jaminan hadith « syaitan tidak boleh meyerupaiku. Ini kerana kita tidak tahu wajah sebenarnya baginda SAW, maka mungkin sahaja Syaitan membentuk satu wajah yang tidak kita ketahui lalu mendatangkan perasaan atau (ilham kononnya) bahawa ia adalah Nabi. Syaitan memang tidak boleh menyerupai nabi SAW tapi dalam hal ini, ia hanya menyerupai sebuah wajah lain lalu mendakwa ia nabi, dan tidak mengetahuinya.
Allahualam

Aqidah dari mimpi dan cerita ghaib?

Aqidah Islam dibangun dari pemikiran yang mendalam dan jernih, sehingga tidak tersisa sebarang keraguan pada kebenaran agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w ini. 


Aqidah ini mengandungi mabda’ (ideology) yang menerbitkan seluruh sistem hidup seperti politik, ekonomi dan lain-lain selain mengatur urusan ritual, makanan dan pakaian bagi perkara individu.
Sesudah kematian baginda s.a.w, tidak ada lagi wahyu baru, tidak ada lagi nabi baru, tidak ada lagi sebarang ajaran baru, melainkan kesemuanya hanyalah bidaah yang membawa kerosakan.

Daripada ‘Amr bin Salamah katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman telah keluar kepada kamu?” Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abdullah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.
Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat – alhamdulilah – melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah ia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali.”
Tanya ‘Abdullah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”.
Berkata ‘Abdullah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?” Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan?”
Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik.” Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya.” Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu.” Kemudian beliau pergi.
Berkata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan.”
Perbuatan mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama tidak diterima bahkan ia menyimpang dari sifat Islam sebagai aqidah yang lengkap dan terbina dari pemikiran yang kukuh.

أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ

Apakah orang-orang yang mendirikan bangunan (masjid)-nya di atas dasar ketakwaan kepada Allah dan keridhaan-Nya itu yang baik ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam? (TQS. at-Taubah [9]: 109)

Konteks ayat ini memang berkaitan dengan bangunan masjid, tetapi bangunan masjid di sini ada yang merupakan produk ketakwaan kepada Allah dan keredhaan Nya, dan ada yang tidak. Allah menyatakan, bahwa produk yang dihasilkan dengan landasan takwa dan keredhaan Nya adalah produk yang kukuh, demikian sebaliknya. Ini ertinya, jika bangunan (secara fizik) saja dilandasi oleh akidah yang dinyatakan sebagai faktor ketakwaan dan keredhaan Nya, akan menjadi bangunan yang kukuh, lalu bagaimana dengan bangunan non-fisik yang jauh lebih kompleks berbanding bangunan fizik? Kerena itu, ayat ini juga membuktikan, bahawa akidah Islam ini merupakan asas kehidupan, baik kehidupan individu, masyarakat maupun negara, sekaligus merupakan sumber kebangkitan, yang akan menentukan kualiti umat ini

Akhirnya akidah Islam menjadi sebuah pemikiran bagi suatu perkara dasar ketika manusia akan melakukan perbuatan di dunia. Namun pepatah mengatakan ‘tidak ada orang yang sempurna’, sebagai entiti makhluk, manusia ternyata memiliki potensi-potensi untuk melakukan kesalahan pula, termasuk dalam perkara keyakinan, berbagai penyimpangan terjadi dari masa ke masa, baik sengaja maupun tidak sengaja. Kita boleh perhatikan di berbagai media cetak dan elektronik, bagaimana banyaknya aliran-aliran yang menyimpang dari akidah Islam yang sahih, seolah-olah kaum muslimin yang kononnya memiliki banyak sumber daya spiritual, mulai dari Kiyai, Ulama, Ustadz dan Syaikh seolah-olah tidak memiliki daya dan upaya (baca: lemah) untuk mencegah kerosakan akidah umat tersebut. Ini kerana, optimisme kaum muslimin dengan akidahnya, sewajarnya semakin memunculkan idea-idea untuk mampu menyelesaikan permasalahan di bidang akidah atau keimanan tersebut.

Sengaja saya sebutkan dua isu di sini:

1. Mengada-adakan sesuatu yang baru dalam Islam (Bida’ah)

2. Menyandarkan aqidah Islam dengan pemikiran
Memasukkan sesuatu yang asing sebagai ajaran “baru” dalam Islam adalah satu kejelekan. Apalagi dengan claim bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w atau lebih teruk, claim menemui baginda s.a.w secara real. Sedangkan para ulama dan khalifah yang teragung dan para sahabat rahdiallahuanhum pun tidak pernah bertemu baginda sesudah kewafatan baginda.

“Hari ini telah Aku sempurnakan bagi kalian agama kalian” (QS. Al-Maidah:3)

Aqidah kita umpamakan sebagai akar. Pohon yang rosak akarnya, sehijau manapun ia tumbuh, sebesar manapun dahan merimbun, ia akan mereput dan rosak. Sebaliknya, aqidah yang kuat dan kukuh, sekalipun jasad mereka hancur diseksa, mereka golongan yang menang di sisi Allah.
Sesungguhnya Islam sudah lengkap sesudah kewafatan baginda. Baginda s.a.w tidak perlu menjelma dalam mimpi atau bangkit dari kubur untuk menyampaikan sesuatu yang “baru”.

Allahualam

Umat Islam nak sambut Hari Ibu?

Perbincangan tahunan muncul lagi… Isu menyambut hari ibu. Generasi para sahabat dan salafusoleh tak pernah terikut-ikut apa saja sambutan orang kafir sama ada Valentine Day, Halloween, Mothers Day dan segala macam sambutan yang dilakukan umat terdahulu. Mereka tak perlu berbincang kebaikan atau manfaat meraikan segala hari keraian ini kerana Islam memilki hari yang tersendiri untuk diraikan, iaitu Eid Fitri dan Eid Adha.

“Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam datang ke Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari raya untuk bersenang-senang dan bermain-main di masa jahiliyah. Maka beliau berkata, “Aku datang kepada kalian dan kalian mempunyai dua hari raya di masa Jahiliyah yang kalian isi dengan bermain-main. Allah telah mengganti keduanya dengan yang lebih baik bagi kalian, yaitu hari raya Idul Fithri dan Idul Adha (hari Nahr)” [HR Nasa’ie, Bukhari & Muslim]

Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

 Hari ibu merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Menerima sambutan hari-hari yang berasal dari HADHOROH kufur ini merupakan satu keharaman dalam Islam. Ia bersangkutan dengan aqidah walaupun kononnya dinisbahkan kepada Ibu sendiri, konon mengingati jasa ibu sendiri.

Perkara yang sama berlaku takala umat Islam dilanda kejumudan berfikir sehingga demokrasi, sistem perbankan ribawi, perundangan Barat mula melimpah masuk ke dalam Daulah Khilafah Utmaniah, dan dihalalkan pula oleh para ulama mereka dengan pelbagai justifikasi, seterusnya tsaqafah Islam terus tenggelam dan dipencilkan. Barat diagungkan dan umat kehilangan Izzah (kemuliaan/penghormatan) nya.

“Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka” [Hadis Sahih – diriwayatkan oleh Imam Abu Daud & Ahmad]

Sehingga hari ini, umat terus teraba-raba dalam kegelapan, kekeliruan dan kebodohan takala musuh terus meratah, merobek daging saudara mereka di hadapan mereka sendiri dan dibantu pula oleh para pemerintah kaum muslimin yang menjadi tali barut musuh….


Allahualam

Rasulullah s.a.w bukan diutus untuk revolusi fesyen

Rasulullah s.a.w tidak diutus untuk membawa revolusi fashion atau membawa kaedah perubatan alternative atau membawa kaedah pemakanan. Sebagai pendengar setia radio Ikim.Fm, aku berasa mual bila iklan-iklan “produk sunnah” yang menggunakan agama sebagai pelaris jualan.
Memang benar, Rasulullah s.a.w merupakan suri teladan seluruh umat manusia sehingga kiamat. Seluruh perbuatan baginda hanya berdasarkan wahyu. Namun, harus difahami dan dibezakan, yang mana satu perbuatan baginda sebagai manusia, dan yang mana perbuatan baginda sebagai Rasul.
Perbuatan beliau sebagai manusia seperti berjalan, duduk, dan sebagainya merupakan suatu fitrah kerana baginda juga manusia. Bahkan, Allah sendiri menegur baginda s.a.w dalam beberapa perkara sekalipun baginda sememangnya maksum dari sebarang dosa. Baginda juga menerima pandangan apra sahabat dalam perihal taktik dan teknikal yang baginda tidak tahu.
Tahukah anda, sunnah yang paling besar dan merupakan keperluan hidup/mati umat ini ialah KHILAFAH? Dalam sistem ini, Islam menjadi mabda’ (ideology) teragung, dan umat Islam menjadi umat yang menang:
Ketahuilah bahawa roda Islam itu akan terus berputar, maka ikutilah roda Islam itu di mana sahaja ia berputar. Ketahuilah bahawa Al-Quran dan kekuasaan akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah daripada Al-Quran. Ketahuilah bahawasanya kamu akan dikuasai oleh para penguasa yang memutuskan perkara hanya untuk kepentingan mereka sahaja dan bukan untuk kepentingan kamu. Jika kamu mengingkari perintah mereka, maka mereka akan membunuhmu dan jika kamu mematuhi mereka, maka mereka akan menyesatkan kamu. ‘Para sahabat bertanya, ‘Apa yang harus kami lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab Nabi SAW, ‘Lakukanlah seperti para sahabat Isa bin Maryam as. Mereka telah digergaji dengan gergaji dan digantung di atas kayu (salib). Sesungguhnya mati kerana mentaati Allah adalah lebih baik daripada hidup dengan melakukan maksiat kepada Allah.” [HR At Tabrani]
Semoga kemuliaan umat ini segera pulih….