Polemik Bertemu Nabi

Kalaulah ada possibility bertemu dengan Muhammd s.a.w secara real, boleh sembang face to face sesudah kewafatan baginda, tentulah Imam Bukhari, Imam Muslim dan para perawi hadis tak perlu bersusah payah merawi hadis. Cukuplah rujuk Nabi direct guna kuasa supernatural, tanya Nabi puas-puas…
Mungkin juga, Imam-imam mujtahideen yang terhebat seperti As Syafie rahimahullah atau para sahabat Radhiallahuahum yang paling cinta dan sayangkan baginda s.a.w boleh melepaskan rindu bertemu baginda secara real.
Memang benar, ada claim bermimpi bertemu baginda dan ia bukan mainan tidur dalam kondisi Syaitan tidak mampu berupa wajah para nabi berdasarkan hadis:
Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku” ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )
Al-Qadhi Iyadh berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi s.a.w.
Syeikh Mustafa Az-Zarqa berkata setelah beliau membuat analisa seluruh pandangan ulama, ia mengatakan memang secara zahirnya kelihatan hadith di atas seolah-olah menjamin semua wajah Nabi (sebagaimana ilham seseorang) yang dilihat dalam mimpi itu adalah wajah Nabi yang sebenarnya tetapi setelah melakukan analisa tafsiran para ulama, jelaslah hadith tadi tidak memberi jaminan untuk semua. Malah jaminan benarnya Nabi yang dilihat dalam mimpi itu adalah khas bagi para sahabat baginda SAW yang mengetahui dengan jelas rupa para Nabi. Adapun, bagi individu yang tidak pernah melihat Nabi semasa hayat, mereka tidak termasuk dalam jaminan hadith « syaitan tidak boleh meyerupaiku. Ini kerana kita tidak tahu wajah sebenarnya baginda SAW, maka mungkin sahaja Syaitan membentuk satu wajah yang tidak kita ketahui lalu mendatangkan perasaan atau (ilham kononnya) bahawa ia adalah Nabi. Syaitan memang tidak boleh menyerupai nabi SAW tapi dalam hal ini, ia hanya menyerupai sebuah wajah lain lalu mendakwa ia nabi, dan tidak mengetahuinya.
Allahualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *