Semua Kafir Harbi Diperangi?



1. Orang-orang dan ulama Islam merasa takut bila gelaran kafir Harbi dikenakan kepada orang kafir seperti DAP, definisi bermakna kita menghalalkan darah mereka, inilah pegangan mereka. Ini mentaliti yang dibawa oleh masyarakat kita dan ustaz-ustaz kita hari ini.
2. Bahkan ada Mufti-mufti dan ustaz cuba mere-definisi dengan pendapat2 lain supaya orang kafir tidak disebut kafir harbi, bahkan menjadi kafir Zimmi. Nampak sekali pemikiran mereka dalam hal ini terlalu cetek dan tidak mengkaji begitu mendalam dengan pemikiran. Bahkan ada yang menempel dan taklid aja pada pandangan tertentu, tanpa berfikir panjang.
3. Halal darah dan halal harta bila disebut kafir harbi….konsep salah ini dibawa ke mana2.
4. Cuba lihat dalam kitab Bukhari “Bab Jual beli dengan Musyrik dan KAFIR HARBI” Ulama Hadis sendiri menunjukkan ahlu harb tidak diperangi siap boleh berniaga lagi.
5. Ini dia bab yang ditulis Imam Bukhari ra
وْلُهُ : ( بَابُ الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ )
حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ، حَدَّثَنَا مُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي عُثْمَانَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: ” كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ جَاءَ رَجُلٌ مُشْرِكٌ مُشْعَانٌّ طَوِيلٌ بِغَنَمٍ يَسُوقُهَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بَيْعًا أَمْ عَطِيَّةً، أَوْ قَالَ أَمْ هِبَةً، قَالَ: لَا، بَلْ بَيْعٌ فَاشْتَرَى مِنْهُ شَاةً “
Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’man : Telah menceritakan kepada kami Mu’tamir bin Sulaimaan, dari ayahnya, dari Abu Othman, daripada Abdurrahmaan bin Abi Bakr ra, dia berkata : “Kami pernah bersama Nabi SAW. Kemudian datanglah seorang laki-laki musyrik yang tingginya lebih dari rata sambil menggiring kambingnya. Lalu Nabi SAW bersabda : “Adakah ingi dijual atau dihadiahkan?” Laki-laki itu menjawab : “Untuk Dijual”. Maka beliau pun membeli darinya seekor kambingnya [HR Bukhari # 2216].
6. Rasulullah SAW berniaga dengan Kafir Musyrik yang Kafir harbi….jernihkan minda anda, kalau sebut kafir harbi, terus dalam minda pancung kepala. Ulama-ulama fiqh dahulu sering berbicara masalah-masalah batas hubungan kita dengan kafir Harbi ini, ada yang mereka sebut sebagai Harbi Hukman dan Harbi Fi’lan. Oleh kerana ramai ulama hari ini hanya mengkaji setakat level atas sahaja, iaitu Harbi dan Zimmi, mereka tidak mengkaji lebih dalam level kedua iaitu Hukman atau fi’lan.
7. Harap mentaliti Mufti atau tukang komen bab kafir harbi ini telaah dulu kitab2 Hadis dan Fiqh, sebelum nak buat kesimpulan.
8. Insya Allah, kalau ada kesempatan saya akan membicarakan konsep kafir Harbi dari pandangan ulama Muktabar dari aliran pelbagai Mazhab.

Tulisan asal: Ustaz Ahmad (Hizb Tahrir Malaysia)

Adaptasi dari pandangan Syaikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah dalam Syakhsiyyah Islamiyyah Jilid 2.

Hidup Ini Bukan Semuanya Kita Rancang

Menjelang musim Raya, teringat soalan biasa yang tak best di Hari Raya:
1. Bagi orang bujang: Bila nak kawin?
2. Pasangan muda: Belum ada anak lagi?
3. Pasangan dengan anak kecil dan bersekolah: Berapa result periksa anak ko?
4. Pasangan dengan anak yang meningkat dewasa: Bila nak kahwinkan anak ko?

Berdoa dengan hati yang ikhlas dan penuh pengharapan merupakan anjuran Islam

Kalaulah kehidupan ini diatur semudah lahir, sekolah, kerja, nikah, berzuriat, dan seterusnya dalam aturan yang kita sendiri kawal, tentulah semua orang dapat yang terbaik pada pandangan mereka. Hakikatnya, hidup ini up and down. Tidak mungkin kita dapatkan segala yang kita inginkan dalam hidup.

Padahal, Allah ada perancangan yang kita tidak tahu. Doakan saja untuk Dia memberikan kita yang terbaik dan jangan berlebih-lebihan dalam berdoa:

Dari Abi Na’aamah ia berkata : Bahwasannya Abdullah bin Mughaffal mendengar anaknya berdoa : ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebuah istana putih yang terletak di sisi kanan surga, jika kelak aku masuk surga’. Maka ia (‘Abdullah bin Mughaffal) berkata : “Wahai anakku, mohonlah kepada Allah surga dan mohonlah kepada-Nya perlindungan dari api neraka. Karena sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : ‘Sesungguhnya kelak akan ada satu kaum dari umat ini yang melampaui batas dalam bersuci dan berdoa” [Diriwayatkan oleh Abu Daawud no. 96, Ibnu Maajah no. 3864, dan yang lainnya; shahih]

Konsep berdoa ini merupakan mata rantai kepada penyerahan diri kepada Allah azzawajalla, bila mana kita meyakini bahawa ada bahagian dalam hidup ini tidak mampu kita kawal. Ia berada dalam lingkungan takdir dan ketentuan Allah. Maka, sebagai makhluk yang lemah, manusia memiliki ghorizah Tadayyun, iaitu naluri mengagungkan kuasa yang melebihi diri sendiri.

Menjawab “persoalan-persoalan takdir” seperti di atas, cukuplah dijawab, “Insyallah…”

Qunut Nazilah

Ada orang berpandangan ala-ala pendeta, tak berapa suka baca Qunut Nazilah kerana berpendapat, kononnya lebih baik mendoakan orang jahat agar diberi hidayah berbanding mendoakan kehancuran buat mereka. Ini sebenarnya tidak bertepatan dengan sikap yang paling wajar berhadapan dengan musuh yang ganas dan zalim.

Manusia yang paling beriman ialah Muhammad s.a.w dan baginda juga memimpin kaum muslimin membacakan qunut Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi saw pernah mengutuskan seramai 70 orang yang terdiri daripada para qurra’ (yang alim dan mahir dalam bacaan al-Quran). Kumpulan para qurra’ ini dihantar untuk memenuhi permintaan beberapa kabilah seperti Ri’l dan Zakwan. Apabila rombongan tersebut sampai kepada kabilah Ri’l dan Zakwan berhampiran dengan sebuah telaga, dikenali telaga Mau’nah (Bi’r Mau’nah), kabilah tersebut berkata: Demi Allah, bukan kamu semua yang kami perlukan, sesungguhnya kami inginkan Nabi saw. Kabilah-kabilah tersebut telah menipu dan khianat kepada Rasulullah saw. Mereka telah membunuh semua 70 orang para qurra’ tersebut. Apabila berita ini sampai kepada Nabi saw, baginda amat sedih. Lalu, baginda berdoa (laknat) ke atas kabilah kabilah tersebut selama sebulan di dalam solat Subuh. Maka, inilah permulaannya doa qunut. [Sahih al-Bukhari (4088)].

Dalam konteks hari ini,para pemerintah kaum muslimin yang bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, yang sekian lama memboikot Palestine, berdiam diri terhadap segala macam kekejaman yang berlaku di Syria, Iraq dan lain-lain, bahkan merekalah yang paling kuat menghalangi sebarang usaha mengembalikan kehidupan Islam, bersama para ulama upahan mereka, golongan ini sengat keji. Maka, selayaknya mereka menerima penghinaan dari perbuatan mereka sendiri.

Kita tak doakan Zionist di beri hidayah, kita doakan mereka agar musnah. Selain itu, haruslah difahami bahawa tidaklah cukup dengan sekadar berdoa. Tidak hanya sekadar duduk di atas tikar sembahyang, khusyuk berzikir membilang biji tasbih sambil mengharapkan musuh-musuh Islam ditewaskan. Para generasi agung salafusoleh adalah golongan yang soleh dan semestinya ketaqwaan mereka jauh lebih mulia dari kita. Mereka yang telah dijamin mendapat keredhaan Allah ini juga tidak hanya duduk di dalam masjid beribadat dan berzikir. Tetapi, mereka tetap keluar berdakwah, berjuang di medan jihad demi menegakkan agama. Sejarah Islam telah mencatatkan kisah perjuangan mereka sebagai taulalan kepada generasi seterusnya.