Suka Troll?

Generasi muda sebagai produk sistem sekular kapitalis menjadi semakin hilang adab dan sifat malu. Apalagi dalam dunia maya, berselinding di sebalik fake ID atau nama samaran, mereka bertingkah-laku seperti hilang akal.

Ada page troll yang berterusan nak kutuk Islam, kononnya mengutuk umat Islam, bukan ajarannya, tetapi dalam kejahilan, ternyata mereka hanya mempermainkan ajaran Islam, cuba meletakkan umat Islam di kandang salah, merendah-rendahkan umat Islam dan cuba menunjukkan umat Islam ini ganas (sesuai dengan agenda war on terror kelolaan Amerika).
Mereka mendapat sokongan dan pujian dari puak liberal, murtad, kafir, LGBT dan sebagainya. Anehnya, “sanjungan” dari puak ini menjadikan mereka feel good, seakan mereka adalah pejuang kebenaran dan pembebasan.

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللهِ وَءَايَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِءُونَ

Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanya bersenda-gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya, kamu selalu berolok-olok?”. [At Taubah:65].

Gelagat mereka ini sudah tidak membezakan mereka dari golongan yang memusuhi Islam. Mereka boleh menyangka mereka di jalan kebenaran. Mereka mungkin mabuk dengan “like” atau sanjungan dari puak yang sejenis mereka. Mereka malah ketagih untuk terus mempersenda-memperolok umat Islam serta ajaran Islam. Tetapi Allah tidak sesekali lupa akan mereka. Mereka diberi tangguh sehingga datang ketentuan Allah ke atas mereka. Nauzubillahiminzalik!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *