Sekilas Mengenai Hukum Pengelolaan Tanah & Hutan Dalam Islam

Pemilikan:

1. Kerajaan (Khilafah) tidak berhak ke atas seluruh tanah dalam wilayah daulah Islam, melainkan sebahagian yang dirizabkan sebagai hak milik negara.

2. Sesiapa yang mengelola, menghidupkan tanah yang mati (ihya’ al-mawat), dia paling berhak memiliki tanah berdasarkan dalil:

 Siapa saja yang menghidupkan sebidang tanah mati, maka tanah itu menjadi miliknya” [HR al-Bukhari].

“Siapa saja yang telah mengelola sebidang tanah, yang bukan milik
orang lain, maka dialah yang paling berhak [HR Bukhari]

 “Siapa saja yang memagari sebidang tanah (kosong)
dengan pagar, maka tanah itu menjadi miliknya. [HR Abu Dawud]

Tanah mati di sini bermaksud tanah yang memang diketahui tidak bertuan lagi tidak produktif, atau tanah yang sebelumnya bertuan, tetapi telah dibiarkan (tidak diusahakan) oleh pemiliknya lebih dari tiga tahun. Tanah mati dikenalpasti melalui tiadanya tandatanda yang ia dimiliki oleh sesiapa seperti tiadanya apa-apa tanaman, kolam buatan, perigi, bangunan, pagar, batu sempadan dan lain-lain tanda yang seumpamanya.

3. Hak mengelola tanah ini mutlak bagi warganegara sama ada muslim atau non-muslim, dan mereka tidak memerlukan izin pemerintah untuk mendapatkan hak pemilikan bagi tanah yang dikelola, sebatas kemampuan mereka mengusakannya. Sekiranya keupayaan mereka usahakan cuma satu ekar, sekalipun mereka memagari tanah seluas 10 ekar, maka bahagian lain selain yang diusahakan itu tidak sah menjadi milik mereka.

4. Sekiranya tanah yang diambil itu tidak diusahakan selama tiga tahun bertut-turut, maka kerajaan berhak mengambil alih berdasarkan ijtihad Umar Al Khattab RA yang kemudian disepakati (ijmak) oleh para sahabat. Umar menyatakan:

Orang yang memagari tanah tidak berhak (atas tanah yang dipagarinya itu) setelah (membiarkannya) selama tiga tahun

5. Dari sini kita dapat fahami bahawa sekiranya orang asli di Kelantan atau siapa sahaja dan di mana sahaja, yang telah melakukan ihya’ al-mawat, maka tanah tersebut merupakan miliknya secara sah dan tiada siapa pun, termasuk kerajaan yang boleh merampasnya sesuka hati.

Pengelolaan Hutan Menurut Islam:

1. Hutan (al-ghabat) termasuk dalam kategori al-milkiyyah al-ammah (kepemilikan umum), bukan kepemilikan individu atau negara. Ketentuan ini didasarkan pada hadis Nabi s.a.w,

 “Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga hal (iaitu) air, padang
ragut dan api” [HR Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah]. 

Hadis ini menunjukkan bahawa tiga perkara tersebut adalah milik umum, kerana sama-sama mempunyai sifat tertentu sebagai illat (alasan penetapan hukum), yakni menjadi keperluan hidup orang ramai (min marafiq al-jama’ah) dan hutan merupakan salah satu perkara yang diqiyaskan kepada tiga perkara di atas berdasarkan sifatnya yang sama. Oleh itu, haram hukumnya bagi sesebuah kerajaan atau individu untuk menjadikan hutan sebagai miliknya dan mengaut hasil daripadanya.

2. Ada dua cara pemuafakatan dalam pemilikan umum iaitu:

  • Perkara yang mudah dimanfaatkan secara langsung seperti jalan raya, sungai, laut dan padang ragut, rakyat berhak memanfaatkannya secara terus, selama tidak menimbulkan dharar (bahaya) atau menghalang orang lain dari memanfaatkannya.
  • Pemilikan umum yang memerlukan kepakaran khusus dan infrastruktur, seperti pernggalian minyak, balak dan perlombongan emas, negara lah yang wajib menguruskannya bagi kemaslahatan bersama, dan bukan pula diserahkan kepada syarikat atau individu untuk mengaut keuntungan.

3. Segala hasil hutan seperti balak, wajib dimasukkan ke dalam Baitul Mal, untuk kegunaan umum.

4. Negara berhak melakukan hima (reserve), berdasarkan keperluan tertentu. Contohnya, jika ada sebahagian hutan dihimakan untuk tujuan jihad, maka segala hasil dari hutan itu, akan disalurkan khusus untuk menampung keperluan jihad semata-mata. 
5. Negara wajib melakukan pengawasan (monitoring) dan tinjauan (patrolling). Fungsi ini dijalankan oleh lembaga pengadilan iaitu Muhtasib (Qadhi Hisbah) yang tugas pokoknya adalah menjaga terpeliharanya hak-hak masyarakat secara umum, termasuk hutan. Muhtasib akan menangani kes-kes pembalakan liar, pencurian kayu balak, pembakaran dan perosakan hutan, penebangan melebihi batas, pemburuan yang dilarang oleh negara dan sebagainya. Qadhi Hisbah akan bertugas dengan disertai oleh sepasukan polis dan beliau berhak menjatuhkan hukum (ta’zir) di lapangan pada waktuitu juga, terhadap sebarang kesalahan setelah ditangkap “red handed” ketika melakukan kesalahan.

Adaptasi dari: 

-Hizbut Tahrir Malaysia: Sautun Nahdah 489, 29 December 2016-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *