Financial Tips From My Mentor

Pekerja bank biasanya balik lewat walaupun bank ditutup seawal jam 4 petang untuk menyemak dan mengimbang penyata kewangan setiap hari. Setiap sen dikira memastikan mereka tahu dari mana dan ke mana wang bergerak.

Dengan membuat penyata kewangan sendiri, kita sebenarnya boleh improve, sekurang-kurangnya 20% dari ketirisan wang sendiri. Meletakkan kepentingan setiap barangan atau khidmat yang kita guna mengikut priority, contohnya, A untuk belanja dapur, B untuk repair kereta, C untuk beli majalah, D untuk beli buah potong dan E untuk beli barangan yang kita tak perlu semata-mata sebab awek jurujual yang cun…..

Setiap orang ada kepentingan mereka yang tersendiri, tidak akan sama. Macam aku sanggup berhabis wang untuk super-bike, riding suits dan convoy, ia at least “priority B” bagi aku, bagi orang lain ia mungkin “priority E”. Tak kisah lah, masing-masing punya minat. Aku tak akan habiskan RM 50 untuk menonton bola di stadium, ada orang sanggup bayar beribu untuk tonton bola di Europe. Tak sama kan?

Masa diperlukan? Dengan adanya buku “tiga lima” atau note dalam gadget, kita perlu habiskan masa sekitar 10 minit sehari untuk menyemak perbelanjaan harian kita, masukkan ke dalam jumlah perbelanjaan bulanan, dan imbangkan dengan pendapatan. EVERY SINGLE RINGGIT kata sifu!!! (it’s OK to round it into nearst Ringgit, no cents). Kita boleh upah personal accountant kalau harta kita ada dalam RM 2.6 Billion, tapi kalau tak banyak mana tu, upahlah diri sendiri. Income RM 10 000 sebulan, spend 10 minit sehari untuk track perbelanjaan, kita boleh save RM 2000, then why not???

Financial freedom is available to those who learn about it and work for it. -Robert Kiyosaki-

Point is, track down all the transactions, then you may have better control. You will never improve anything that you can’t control.

Dengan mengurangkan perbelanjaan untuk priority E, seseorang itu tentu akan dapat memperbaiki kedudukan kewangan dalam masa beberapa bulan, insyallah.

-Adaptasi dari buku: Lahirnya Seorang Jutawan karangan Azizi Ali-

### Dengan melakukan muhasabah diri, kita improve, konsep yang sama applied terhadap hidup kita sebagai seorang hamba kepada Allah. Perbanyakkan “side income” dengan ibadah nafilah,  untuk menampung kekurangan dalam perkara wajib. Kita tak perlu catat seluruh perbuatan kita, malaikat dah buat. Yang perlu kita lakukan ialah semak sepintas lalu hidup kita, perbiasakan taubat. Tentu kita tak lepas dari dosa dalam kehidupan kita seharian.

### Mudah-mudahan kita beroleh rahmat, diperluaskan rezki dan diberi kasihan belas dari Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *