Binalah Dari Asas

Pembinaan KLCC, mercu tanda Kuala Lumpur rupanya dibina dengan tapak asas cuma sedalam 4.6 meter tetapi dengan barat 32 000 tan, disokong 104 cerucuk  dengan kedalaman 60 hingga 104 meter, KLCC adalah antara bangunan yang memegang rekod “asas konkrit paling besar” di dunia sehingga 2007. 20% tempoh pembinaan dihabiskan untuk membina tapak bangunan ini.

National Geographic Channel International / Caroline Anstey (2005), Mega structures: Petronas Twin Towers

Sebuah infrastructure gergasi,memerlukan sebuah asas yang sangat kukuh. Begitu juga bagi kejayaan dan kekayaan seorang manusia.

Seorang pemenang lottery akan segera jatuh miskin, walaupun mendapat wang yang banyak. Begitu juga yang terjadi dalam banyak kes “jutawan segera”.

Hakikatnya, “ketahanan” dari serangan berupa nafsu yang tak kunjung habis, tamak, kecuaian, pihak yang mengambil kesempatan dan banyak lagi adalah ukuran bagi memastikan apa yang diusahakan boleh bertahan.

Di sebalik semua itu, manusia tidak dapat melihat “berkat”, iaitu kecukupan yang dikurniakan Sang Pencipta kepada hamba Nya.

Namun konsep berkat yang selalu difahami ialah “sikit tapi cukup”. Maka, ia jadi alasan untuk usaha yang ala kadar. Jarang kita dengar, “banyak tapi cukup”. (Kita sedia maklum, ramai orang yang banyak wang tapi sempit hidupnya).

Ada yang selalu sinis menyindir… “Kaya pun mati bro… Duit banyak buat manusia sombong….”

Faktanya, ramai je orang miskin yang sombong, orang kaya yang pemurah.

Kalau sesiapa betul-betul rasa duit tu tak perlu…Boleh sumbangkan ke akaun saya. Saya sangat mengalu-alukannya. ?

Asas yang patut disediakan bagi keutuhan kewangan ialah dengan melabur ke atas diri sendiri, dengan cara memperoleh ilmu secukupnya. Ilmu yang diperoleh pula bukanlah jaminan kejayaan, melainkan ia memerlukan komitmen, disiplin yang berterusan untuk membina kekayaan yang dihajati. Perkataan “kaya” itu sendiri subjektif, cukuplah untuk kita fahami sebagai “KEBEBASAN KEWANGAN”, atau bahasa mudahnya, tak kerja pun boleh survive.

Melihat kehidupan dengan beribu macam peluang, mengenepikan perkara yang remeh, menumpukan kepada perkara yang bermanfaat. Hidup ini terlalu singkat untuk kita bazirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *