Musibah, Bencana dan Azab

“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini”. Itulah diantara kata-kata Kofi Annan, Setiausaha PBB semasa sidang akhbar selepas melihat sendiri kesan kemusnahan bencana Tsunami yang melanda beberapa negara Asia pada 26 Disember 2004, (sumber berita al-jazirah). Peristiwa ini menjadi episod sedih yang begitu menyayat hati  hang menjadi titik hitam dan melakar sejarah sebagai bencana gempa bumi dan tsunami terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah moden. Diberitakan di Aceh sahaja telah mengorbankan hampir 100 ribu orang.

Apa yang pasti keadaan yang berlaku ini tentu akan membuatkan kita berduka; sebagaimana kita seharusnya berduka atas ‘musibah’ yang menimpa saudara-saudara seaqidah kita di Afganistan, Iraq, Palestin, dan di negeri-negeri kaum Muslimin lain. Di Iraq sahaja, sebagaimana dilaporkan oleh Lancet dalam saluran BBC, mangsa korban kebiadaban AS telah mencecah lebih dari 100 ribu nyawa suatu angka yang menyamai korban tsunami di Acheh.

Sebuah ketentuan Allah….

Musibah seperti ini bukanlah azab (hukuman) dari Allah swt ke atas manusia. Berbanding umat-umat terdahulu seperti umat nabi Nuh, nabi Luth, azab Allah swt bagi umat akhir zaman (umat nabi Muhammad saw) akan diterima diakhirat kelak bagi semua manusia yang melakukan kemaksiatan dan kemungkaran kepada-Nya.

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kalian sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah swt” [Surah al-Hadid (57) : 22]

Sebagai satu ujian dari Allah…

Akan tetapi, boleh jadi, musibah seumpama ini merupakan ‘ujian’ dari Allah swt untuk menguji tahap kesabaran dan sejauh mana tahap ketakwaan manusia. Allah swt berfirman:

Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” [Surah al-Baqarah (2): 155- 156].

Satu peringatan dari Allah…

Sementara itu, sebahagian musibah lainnya adalah akibat tangan-tangan manusia yang senantiasa gemar melakukan kerosakan di muka bumi ini. Musibah seumpama ini lebih merupakan ‘peringatan’ bagi umat manusia baik yang mukmin mahupun yang kafir yang selama ini melanggar perintah Allah SWT agar mereka kembali ke jalan-Nya. Allah SWT berfirman:

“Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut akibat perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)” [Surah ar-Rum (30): 41].

“Siapa sahaja yang berpaling dari peringatan-Ku (al-Quran), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada Hari Kiamat dalam keadaan buta” [Surah Thaha (20): 124].

Musibah-musibah lain…

1. Politik: Lemahnya umat Islam untuk terdedah kepada pelbagai penindasan di seluruh dunia. Terbaru, umat Islam Rohingya dan Syria dilanyak tanpa sebarang pembelaan dari badan dunia, mahupun negara umat Islam yang memiliki kekuatan ketenteraan. Lebih teruk, mereka juga menyertai tuan-tuan mereka untuk bersekutu memerangi saudara seaqidah mereka.

2. Ekonomi: Negara umat Islam dikhianati para pemerintah mereka yang merupakan agent-agent musuh. Kekayaan negara dijarah untuk keuntungan sesaat, tanpa mempedulikan lagi hak rakyat, bahkan kerakusan ini juga memusnahkan alam sekitar serta hidupan, menjejaskan kehidupan rakyat, di samping mereka melanggar pelbagai undang-undang yang mereka gubal sendiri!!! Contoh, perlombongan Bauksit di Kuantan dan gebeng.

3. Sosial: Kelahiran anak zina, rosaknya akhlak generasi muda, kes pelacuran, hubungan sejenis…. yang semakin menjijikkan antara senarai panjang untuk menggambarkan kerosakan yang berlaku

4. Perundangan: Munculkan perlecahan terhadap syariat Islam, termasuk hukum hudud secara terbuka di dalam negara kaummuslimin sendiri.

5. Keamanan: Kes jenayah semakin berleluasa sehingga setiap sekolah dan masjid pun terpaksa ditempakan anggota polis untuk menjaga keamanan.

Seluruh ‘musibah’ di atas sepatutnya menginsafkan dan menyedarkan kita, bahwa telah tiba saatnya untuk kita bertaubat kepada Allah SWT. Sebab, sebahagian besar musibah yang menimpa kita adalah akibat kurangnya kita menta’ati Allah swt dan bahkan mencampakkan syariat-NYA. Ini kerana kemaksiatan terbesar yang kita lakukan adalah kita telah berpaling dari peringatan Allah swt, yakni dengan mencampakkan syariat-Nya, maka taubat kita yang terbesar lagi sejati adalah kita kembali kepada syariat-Nya secara menyeluruh. Iaitu menjadikan Islam sebagai sistem yang mengatur hidup kita secara menyeluruh (bermasyarakat dan bernegara).

Secara kesimpulan, seluruh fenomena alam merupakan ketentuan Allah untuk menguji ketakwaan kita (Surah al-Baqarah [2]: 153; Surah al-Anfal [8]: 46 dan 66). Selain itu, ia berupa teguran dari Allah swt agar mereka kembali ke jalan-Nya (Surah ar-Rum [30]: 41).  Selain itu, musibah kesempitan hidup konsekuensi dari berpalingnya manusia dari peringatan Allah swt, yakni al-Quran-dengan kata lain, mereka berpaling dari syariat Allah swt (Surah Thaha [20]: 124).

“Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal” [Surah at-Taubah (9): 51].

 Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *