Financial Tips From My Mentor II

Sumber Pendapatan Tambahan (SPT) selalu dipanggil “poket tepi” oleh para pekerja dalam mendapatkan pendapatan sampingan.  Berikut merupakan beberapa cadangan SPT yang boleh dilakukan selaku pekerja, sambil meneruskan kerja hakiki mereka:

1. Kerja Jualan Sambilan (Ejen): Terdapat pelbagai produk dan perkhidmatan di pasaran yang memerlukan “pekerja” untuk memasarkan atau mengedar produk mereka. Selalu juga orang gelar “dropship”, iaitu menjual produk tanpa menyimpan stok. Dalam bahasa yang mudah, anda menjadi orang tengah. Kerja anda cuma mempromosikan produk tersebut dan apabila ada orang memgambil order dari anda, anda hanya buat pesanan kepada supplier anda tadi untuk menghantar barang tersebut kepada pelanggan. Dari segi teori dan praktikal, itulah maksud dropship. Kelebihan sistem dropship ini adalah, anda tidak memerlukan stor yang besar untuk menyimpan stok. Sudah tentu jika anda ingin membuka stor memerlukan modal yang besar. Selain itu juga, anda tidak rugi apa-apa pun jika tiada pelanggan yang membeli barang daripada anda. Cumanya, anda tidak dapat untung sahaja. Dari segi modal pula, anda tidak perlu keluarkan sedikit pun wang anda kerana anda hanya rolling duit yang pelanggan bayar kepada anda untuk anda bayar balik kepada supplier anda. Untung anda simpan terus. Biasanya untung yang anda akan dapat adalah di antara RM5-RM10 untuk setiap barang. Jangan risau, anda sebenar sudah mendapat harga yang cukup murah daripada supplier anda untuk jual balik kepada pelanggan anda. Anda sebenar yang menentukan untung tadi. Bukannya supplier anda. Selain itu, menjadi ejen Public Gold, Samsung atau lain-lain secara sambilan juga merupakan satu peluang SPT yang menarik untuk dilakukan, di samping memberi pulangan yang lumayan. Saya sendiri merupakan ejen Public Gold secara sambilan.

2. Pensyarah Sambilan: Anda memiliki kelayakan dan kepakaran dalam bidang tertentu? Peluang menjadi penyarah sambilan terbuka untuk anda. Secara umumnya, pensyarah sambilan tidak mendapat bayaran sebesar pensyarah tetap atau sepenuh masa, namun, sekiranya ia dapat memberi ganjaran yang membesarkan lagi pendapatan anda, Why not? UITM contohnya, menawarkan gaji sekitar RM 1800 hingga RM 2300 sebulan bagi pensyarah sambilan.

3. Menulis: Sebahagian penulis terkenal bermula sebagai penulis sambilan. Sebagai contoh, John Grisam yang menulis buku The Firm dan The Client mula menulis secara sambilan sebelum menjadi terkenal. Kerjaya beliau sebagai peguam, beliau bangun seawal 5 pagi untuk menulis novelnya. Hari ini, studio filem Hollywood sanggup membayarnya berjuta Dollar untuk memperoleh hak kepada novel terbarunya, walaupun beliau belumpun menulis walau satu perkataan!!!

4. Menyunting, menaip: Sekiranya anda tinggal berhampiran kolej atau universiti, anda mungkin bermasalah kerana terlalu banyak permintaan untuk khidmat menyunting, menaip pruf ataupun menaip. Khidmat terjemahan juga termasuk dalam SPT ini.

5. Consultation: Seseorang yang memiliki kepakaran teknikal dalam bidang tertentu, contohnya Green Boot dalam bidang safety, atau Steam Engineer dan sebagainya boleh “meminjamkan” sijil mereka kepada syarikat lain, selain tempat mereka berkerja. Kebanyakan syarikat sanggup membayar untuk masa dan kepakaran anda.

6. Pendidikan Dewasa: Kelas silat, memanah, masakan, mengaji antara pendidikan yang menarik untuk diceburi. Seorang guru silat boleh mendapat bayaran sebanyak RM 50 sebulan dari setiap pelajar, dan untuk kelas seramai 20 orang, dia sudah mendapat RM 1000. Sekiranya kelas yang diajar 3 kali seminggu, ia sudah menjadi RM 3000 sebulan. Boleh juga menjual t-shirt, baju silat, senjata dan sebagainya untuk menambah pendapatan dari SPT ini. Saya sendiri merupakan jurulatih silat bertauliah, cuma sebab sudah lebih 10 tahun tidak berlatih, saya cuma mampu jadi juruletih sekarang ni ? Partner sparring saya 20 tahun lalu,  Shaiful hakim antara guru silat professional yang saya sarankan sekiranya anda berminat.

7. Berceramah: Di Malaysia, mentor saya sendiri, Azizi Ali dibayar ribuan ringgit untuk ceramahnya. Begitu juga Azizan Osman, Anthony Robbins, Deepak Chopra dan ramai lagi. Mereka semuanya jutawan yang hidup kaya-raya dari hasil mereka berceramah!!!

8. Internet: Selain dari memulakan email berantai atau suntingan fitnah politik, terlalu luas peluang menjana pendapatan melalui internet. Tidak perlu diperkenalkan lagi, pengasas Facebook, Mark Zukerberg, Jack Ma, dan ramai lagi, dan kekayaan mereka adalah dari perniagaan berasaskan internet.

Perlu diingatkan, anda perlu kekal fokus dalam usaha memburu kejayaan. Sesetengah peluang datang menggoda anda sehingga hilang fokus terhadap apa yang dilakukan, akhirnya yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran!!! Kerja tambahan sentiasa mendesak dari segi masa, usaha dan tenaga. Anda mungkin mampu menguruskan 3 perkara serentak, namun sekiranya 5 atau 6, ia boleh mengurangkan keberkesanan hasil kerja anda.

Pilihlah satu atau dua, paling banyak pun tiga perkara dan tumpukan perhatian kepadanya. Dengan fokus yang baik, pulangannya juga insyaallah akan lebih baik!!!

Selamat maju jaya.

Adaptasi dari buku: Lahirnya Seorang Jutawan– Azizi Ali.

Boleh dapatkan di:Lahirnya-Seorang-Jutawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *