Zakat Simpanan Emas dan Perak

Zakat Simpanan Emas dan Perak
Nisab zakat bagi Emas ialah 85 g. Pengiraan zakat emas ialah:
Berat emas x harga semasa emas x 2.5% = Jumlah Zakat
85 g X RM194 X 2.5% = RM 412.25 (Harga Emas Hari ini RM 194/g)
Nisab zakat bagi Perak ialah 595 g. Pengiraan zakat perak ialah:
Berat perak x harga semasa perak x 2.5% = Jumlah Zakat
595 g X RM 3.15 X 2.5% = RM 46.86 (Harga Perak Hari ini RM 3.15/g)
Dari sini kita dapat lihat, dengan simpanan sejumlah RM 16490, barulah simpanan emas dikenakan

zakat sedangkan bagi perak, simpanan cuma RM 1874.25 sudah pun dikenakan zakat.

Allah menetapkan emas dan perak sebagai matawang bagi umat manusia sepanjang zaman. Nilai zakat dikenakan berdasarkan NILAI SEBENAR yang mana sesiapa yang memiliki simpanan sebanyak itu di mana-mana zamanpun pastinya bukan seorang fakir miskin, pasti mampu memenuhi keperluan asas mereka.
Nilai perak sangat “under value” ketika ini disebabkan pelbagai faktor. Pengiraan di atas membuktikan, sepatutnya, 595 g perak berharga lebih kurang 85 g emas kerana layak dikenakan zakat.
Saranan pakar kewangan dan pakar emas, belilah perak. Ia tersangat murah, tersangat undervalue ketika ini.
Untuk makluman, tidak seperti emas, bagi logam perak zakat dikenakan sama ada yang dipakai atau disimpan,  sekiranya timbangan perak adalah sama atau melebihi (>595 gram).
-Adaptasi dari perbincangan dengan Sifu Mohd Zulkifli Shafie (25/2/2017) sambil pekena Air Kelapa Muda di Kuantan-

Politik Yang Cemerlang

Politik Yang Cemerlang
Great minds discuss ideas, Average minds discuss events, Small minds discuss people. 

Dalam politik Malaysia, drama memburukkan individu mendominasi pentas politik, menunjukkan kebanyakan yang “berpolitik” cuma orang bodoh. Mereka saling memaki-hamun, mereka berbalah tanpa titik noktah, mereka selesa dalam kejahilan dan sebarang kebijaksanaan hanyalah jenaka atau khayalan bagi mereka. Never underestimate the stupidity of idiots!

Adapun bagi sebahagian mampu membicarakan tentang peristiwa. Isu 1MDB, MH370, RM90 Juta, Isu Tabung Haji dan sebagainya. Golongan ini dikatakan sangat cemerlang dan kelihatan cerdas. Mereka menjadikan realiti sebagai SUMBER BERFIKIR. Mereka berupaya membentangkan fakta, merungkai realiti, tetapi mereka memahami realiti sebagai sumber untuk menetapkan kesimpulan. Tsaqafah pemikiran yang muncul dari ideologi sekular kapitalis adalah dari gugusan pemikiran dengan konsep yang semata-mata dari daya pemikiran manusia dan ia membebaskan manusia dari sebarang divine rules, memisahkan agama atau sebarang ajaran ketuhanan dari kehidupan manusia, kecuali sebatas perkara ritual dan peribadi.

Jarang yang membicarakan tentang IDEA, yang menjadi intipati utama seluruh permasalahan yang diperdebatkan. Kerosakan yang berlaku adalah secara sistematik kerana sistem yang diterapkan merupakan sistem yang rosak. Anak-anak zina terus dilahirkan kerana sistem sosial yang membenarkan pergaulan bebas. Tekanan ekonomi yang kejam kerana sistem kapitalis yang diasaskan dari idea meraih manfaat sebanyak-banyakknya dan mengelak mudharat menyebabkan 10% manusia mengaut 90% kekayaan dunia ini. Kekejaman dan pembunuhan berlaku kerana idelogy ciptaan manusia tidak menjadikan manusia sebagai manusia, bahkan menghinakan mereka lebih dari binatang.

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. [Al A’raf ayat 179]

Syeikh Taqiyuddin An Nabhani Rahimahullah menyimpulkan, pemikiran yang mustanir (cemerlang) adalah pemikiran yang mampu memahami seluruh reality sebagai OBJEK BERFIKIR, dan membuat kesimpulan berasaskan pemikiran yang dipandu oleh wahyu. Tidak ada tsaqafah (pemikiran yang membekas) yang lebih agung dari Islam. Allah memahami seluruh yang tersurat dan tersirat melampaui mana-mana kebijaksanaan yang dimiliki makhluk.

اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ


Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya. [Az Zumar ayat 23]

Tidak ada petunjuk yang lebih agung dari ayat-ayat Allah, Buatlah pilihan yang bijak.

Allahualam.

RUU 355: Pembaikan Yang Rosak

RUU 355: Pembaikan Yang Rosak

RUU 355 menjadi polemik terbaru dalam dunia politik di Malaysia kebelakangan ini. RUU ini secara umumnya diperkenalkan untuk meningkatkan kadar hukuman bagi mahkamah syariah di Malaysia.

Propaganda yang dilancarkan Parti Islam Semalaysia (PAS) di merata ceruk negara ini berkisar mengenai kewajipan menyokong RUU ini, dan dalam masa yang sama, menjelaskan kepada warganegara non-muslim bahawa ia bukanlah hudud.

Menggunakan sentimen agama (Islam), kaum muslimin mudah terpesona apabila digambarkan RUU ini akan memberi faedah, kelebihan kepada umat Islam, selain “ke arah” pematuhan syariat Islam secara sempurna. Dengan kata lain, ke arah perlaksanaan hudud sepenuhnya di Malaysia.

Ironinya, corong yang sama juga menggambarkan kepada non-muslim bahawa ia bukanlah hudud. Ia tidak akan melibatkan non-muslim, dan ia bukan “back door hudud”.

Ini adalah satu cubaan segolongan pejuang Islam yang mengambil jalan Islah (  ألإصلاح ), iaitu pembaikan dalam memperjuangkan hukum Allah. Mereka boleh jadi golongan mukhliseen (orang-orang yang ikhlas), tetapi ternyata jalan islah ini sesungguhnya tidak cocok dalam membicarakan isu ini.

Ada dua jalan perubahan dalam Islam iaitu islah dan inqilabiyyah. Dengan kata lain, berubah secara bertahap, atau berubah secara total.

Inqilabiyyah ( انقلبية ) Ia bermaksud menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Ini bermakna Islam tidak boleh berkompromi dengan jahiliyyah atau kufur.

Berjuang dalam kerangka sekular demokrasi, tidak ada yang dikatakan inqilabiyyah, kerana jalan ini memerlukan sistem demokrasi itu sendiri dicabut secara keseluruhannya.

Untuk memudahkan pemahaman, kita boleh mengambil perbandingan, proses Islah bagi seorang muslim yang fasiq (berdosa) ialah dengan bertaubat. Ia sesuatu yang benar kerana orang itu sudahpun beraqidah dengan aqidah Islam. Islah bermaksud memulihkannya dari dosa silam melalui taubat.

Adapun bagi seorang kafir, Islah tidak terpakai kerana sekalipun dia bertaubat, tetapi aqidahnya masih kekal kafir, taubat itu tidak terpakai baginya. Maka, pembaikan yang benar wajib berbupa inqilabiyyah, iaitu dia memeluk Islam terlebih dahulu, kemudian barulah berlaku pembaikan berupa islah.

Dalam polemik RUU 355 ini, mahkamah syariah yang hendak “disilahkan” itu sendiri merupakan mahkamah kufur yang berhukum dengan hukum warisan penjajah. Ia bukan diwujudkan untuk menerapkan hukum Allah, sekalipun dalam beberapa aspek kekeluargaan dan faraid, ia kelihatan benar. Aqidah kafir yang mendasari sistem ini menjadikan realiti yang terindera hanyalah realiti kufur. Maka, realiti ini sendiri wajib ditukar menjadi realiti Islam, sebelum dilakukan islah. Aqidah sekular memencilkan agama sebatas kehidupan individu, maka kuasa mahkamah syariah juga berkisar kepada kes indiidu, sedangkan berhubung perundangan yang lain, hukum sekular lah yang digunapakai.

Islam dibangunkan di atas runtuhan jahiliyyah. Realiti Islam tidak mungkin wujud dalam sesebuah negara melainkan di bawah naungan daulah Khilafah, yang bukan sahaja menerapkan hudud, tetapi seluruh hukum Allah secara syumul ( شمولية ), membawa ajaran yang menyeluruh sehingga menyentuh persoalan sekecil kecil sehingga ke sebesar-besar perkara.

Allahualam.

Peringatan Allah Tentang Mencari Rezki

Peringatan Allah Tentang Mencari Rezki



Bermegah-megahan telah melalaikan kamu (1) sampai kamu masuk ke dalam kubur (2)  janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu) (3)  dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (4)  janganlah demikian, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, (5). niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, (6) . dan Sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin (7) kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).”  (at-Takaatsur: 1-8)

Allah azzawajalla memberi peringatan dengan tegas dan diulang-ulang dalam surah At Takaatsur kepada manusia agar tidak lalai dalam dengan dunia sehingga mengabaikan kehidupan di hari akhirat. Di awal ayat, Allah Ta’ala berfirman

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ, حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ


“Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. sampai kamu masuk ke dalam kubur.” (QS. At-Takatsur:1- 2).

Dalam bahasa arab, kata أَلْهَاكُمُ bermakna telah membuat kalian lupa. sedangkan kata التَّكَاثُرُ bermakna bermegahan-megahan dan saling memperbanyak harta.

Walaubagaimanapun, ia bukanlah larangan terhadap berusaha keras mencari rezki yang halal, bahkan mencari nafkah yang halal itu merupakan satu kewajipan.

Dalam sebuah hadits dari An Nu’man bin Basyir Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah menyatakan:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ


“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas. Diantara keduanya ada perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa yang menjaga diri dari perkara syubhat, berarti ia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa terjerumus dalam perkara syubhat, maka ia akan terjerumus kepada perkara haram”. [Muttafaqun ‘alaihi].

Dalam dunia yang diatur di atas ideology sekular kapitalis, kehidupan manusia sesungguhnya sempit:


وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى                                                                   


“Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Thaahaa: 124).

Pemahaman yang benar bagi peringatan Allah azzawajalla dalam surat At-Takaatsur adalah agar manusia tidak lalai dari ketaatan mereka dalam pada ketika mereka berusaha mencari rezki. 

Sebagai ad deen yang mengatur seluruh aspek kehidupan, aktiviti mencari rezki adalah termasuk dalam lingkungan muamalat yang mana ada penetapan khusus dari hukum syarak terhadap aktiviti ini. Memisahkan aktiviti muamalat dari kehidupan adalah merupakan penderhakaan terhadap Allah.

Kecenderungan manusia untuk mencari harta sebenarnya fitrah, atas faktor potensi hidup yang secara fitrah diciptakan kepada kita. Keperluan biology (hajatul adawiyah) dan naluri (ghorizoh) menyebabkan manusia beraktiviti mencari harta dan kekayaan.

Islam tidak menghalang fitrah ini, sebaliknya mengatur agar sentiasa sesuai dengan tujuan utama hidup ini untuk mengabdikan diri kepada Allah azzawajalla.

وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا


 “Dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.” (An-Naba’: 11)

Allahualam.