Zakat Simpanan Emas dan Perak

Nisab zakat bagi Emas ialah 85 g. Pengiraan zakat emas ialah:
Berat emas x harga semasa emas x 2.5% = Jumlah Zakat
85 g X RM194 X 2.5% = RM 412.25 (Harga Emas Hari ini RM 194/g)
Nisab zakat bagi Perak ialah 595 g. Pengiraan zakat perak ialah:
Berat perak x harga semasa perak x 2.5% = Jumlah Zakat
595 g X RM 3.15 X 2.5% = RM 46.86 (Harga Perak Hari ini RM 3.15/g)
Dari sini kita dapat lihat, dengan simpanan sejumlah RM 16490, barulah simpanan emas dikenakan

zakat sedangkan bagi perak, simpanan cuma RM 1874.25 sudah pun dikenakan zakat.

Allah menetapkan emas dan perak sebagai matawang bagi umat manusia sepanjang zaman. Nilai zakat dikenakan berdasarkan NILAI SEBENAR yang mana sesiapa yang memiliki simpanan sebanyak itu di mana-mana zamanpun pastinya bukan seorang fakir miskin, pasti mampu memenuhi keperluan asas mereka.
Nilai perak sangat “under value” ketika ini disebabkan pelbagai faktor. Pengiraan di atas membuktikan, sepatutnya, 595 g perak berharga lebih kurang 85 g emas kerana layak dikenakan zakat.
Saranan pakar kewangan dan pakar emas, belilah perak. Ia tersangat murah, tersangat undervalue ketika ini.
Untuk makluman, tidak seperti emas, bagi logam perak zakat dikenakan sama ada yang dipakai atau disimpan,  sekiranya timbangan perak adalah sama atau melebihi (>595 gram).
-Adaptasi dari perbincangan dengan Sifu Mohd Zulkifli Shafie (25/2/2017) sambil pekena Air Kelapa Muda di Kuantan-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *