Kebenaran itu tidak boleh ditolak

Orang bijak selalu mencari kebenaran baginya dalam sebuah nasihat, sementara orang yang bodoh selalu menyalahkan orang yang menasihatinya. Padahal kebenaran tidak akan berubah sepandai manapun dia mengelak dan seburuk manapun celaannya pada penasihat. Nasihat yang benar tetap berharga siapapun yang menyampaikannya. Sebagaimana emas tetap berharga walau datang dari seorang penjahat.
Kebenaran tidak boleh ditolak, tapi kebenaran boleh dibuat relatif, salah satunya adalah dengan menyerang orang yang menyampaikan kebenaran padanya. Bahasa ilmiahnya disebut, ad hominem. Orang bodoh selalu mencari alasan untuk berdebat, kerana yang mereka inginkan bukanlah kebenaran tapi memperdebatkan kebenaran. Mereka sukar memahami kebenaran, lalu mengalihkan kebenaran itu menjadi sesuatu yang relatif yang kelihatan masuk akal. Padahal apa yang disampaikan tidak ada hubungan sama sekali dengan perbahasan.

Da’ie            :  “Alhamdulillah, dari QS 24:31 dan QS 33:59 kita dapat mengambil kesimpulan bahawa Allah mewajibkan hijab bagi setiap Muslimah, hijab itu adalah ketaatan, dan setiap ketaatan adalah baik” 
Liberalis           : “Bererti Muslimah berhijab itu pasti baik?”  
Da’ie             : “Begitulah menurut Al-Qur’an dan Al-Hadis”  

Liberalis           : “Anda salah, belum tentu orang yang berhijab itu lebih baik daripada yang tidak berhijab. Saya lihat ada orang yang berhijab tapi lisannya kasar dan kotor, sebaliknya ada orang yang tidak berhijab tapi sopan dan sedekahnya banyak. Anda terlalu judgmental! Kebaikan bukan ditentukan oleh pakaian, tapi lebih dari hati, tak perlu berlebihan dalam segala sesuatu, Allah tidak suka yang berlebih-lebihan” 

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (QS Al-An’am [6]: 112)

Syaitan itu sifat yang wujud pada jin ataupun manusia. Bisikan-bisikan syaitan memang indah, terkadang berdalil pula atas nama Allah, namun semua keindahan itu adalah tipu daya penuh kepalsuan lagi menyesatkan, kerana mereka ingin mengajak manusia untuk mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar.

Kebenaran Islam itu sama seperti 3+4 = 7. Memiliki bukti dan dasar yang sangat kuat yang tidak mungkin goyah. Kerana apapun yang tertulis di dalam Al-Qur’an dan Hadis pastilah suatu kebenaran yang tak hilang kebenarannya walau banyak yang memperdebatkannya.

Apabila kamu membaca Al Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan ini tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. (QS An-Nahl [16]: 98-100)

Nukilan asal:


Ustadz Felix Siauw

Sistem Ekonomi Islam yang Agung

 Islam sebagai ideology yang diwahyukan oleh Sang Maha Pencipta menyediakan sistem hidup yang sempurna buat sekalian manusia, untuk sepanjang zaman. Salah satu cabang sistem ialah ekonomi dan kewangan.

1. Dalam Islam, takaran hanyalah bersandarkan emas dan perak. Ia sesuatu yang dianggap bernilai oleh manusia, sejak permulaan tamadun.

2. Transaksi mestilah real, barang dengan barang, khidmat dengan barang dan sebagainya. Transaksi real akan menghapuskan ketidaktentuan nilai yang seterusnya memporak-porandakan ekonomi.

3. Matlamat ekonomi dalam Islam (Iqtisadi Fil Islam) ialah membahagikan kekayaan agar memakmurkan seluruh masyarakat. Ada hukum khusus berkenaan zakat, kanzul mal (menimbun harta), larangan menyewakan tanah pertanian dan sebagainya adalah mekanisme menyebarkan kekayaan dan menghalang monopoli, seterusnya mengurangkan jurang kekayaan.

4. Riba’ diharamkan bermaksud penindasan secara sistematik dari transaksi sebegini dihapuskan sama sekali.

5. Seluruh transaksi ekonomi memiliki “ruh”, iaitu berkait langsung dengan tujuan hidup manusia sebagai hamba kepada Allah. Penipuan, curi, rompak, khianat dan segala perbuatan jahat diharamkan, dikenakan hukuman yang setimpal oleh negara. Ini menjamin pemilikan dan memberi ketenangan bagi masyarakat.

“Dan tidak Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam”[TMQ: Al-Anbiya ayat 107]

Nasibah Al-Maziniyah Serikandi Islam

Nasibah Al-Maziniyah Serikandi Islam

Nasibah Al-Maziniyah (juga dipanggil Umm Ammarah) merupakan wanita pertama dalam sejarah Islam yang mengangkat senjata di medan perang. Beliau merupakan ibu kepada Habib Ibn Zaid Al Ansari yang dibunuh ketika menjadi utusan Rasulullah s.a.w kepada Musailamah Al Kazzab.

Nasibah adalah salah seorang dari wanita yang memberikan baiat kepada Rasulullah s.a.w dalam baiat Aqabah, dan kemudiannya beliau kembali ke Yathrib untuk mengajarkan wanita di sana tentang Islam.

Dalam Perang Uhud, beliau pada mulanya bertugas sebagai pembantu tentera, memberikan air dan merawat tentera kaum muslimin yang tercedera. Melihatkan situasi di mana pasukan pemanah kaum muslimin mengingkari perintah Rasulullah s.a.w untuk bertahan di atas Bukit Uhud kerana merebut ghanimah (harta rampasan perang), Nasibah mengangkat senjata dan terjun ke tengah-tengah medan pertempuran. Beliau bertarung umpama singa betina mempertahankan Rasulullah s.a.w di tengah-tengah kepungan musuh, sehingga musuh berundur kerana tidak sanggup menghadapi beliau. Selepas itu, baginda s.a.w mendoakan beliau dan Nasibah menjawab,”tiada suatu apapun di dunia ini merupakan penderitaan buat saya” (Sirah Ibn Hisham).

Di zaman Khalifah Abu bakr RA, beliau menyertai perang Yamamah untuk menentang Musailamah. Di medan perang, Nasibah menghunuskan tombaknya dan bertempur dengan Musailamah. Beliau cedera dalam pertempuran itu sehingga dikatakan terdapat dua belas luka di badan beliau. Dua tombak (atau pedang) dari tentera kaum muslimin menamatkan riwayat nabi palsu itu.

Terjemahan dari artikel: Mohamed Naime, France islamophile.org 1998

NON-MUSLIM dalam daulah Islam adalah sangat beruntung

Dalam daulah Islam, zakat hanya dikenakan ke atas umat Islam yang cukup syaratnya. Bagi non-muslim pula, bayaran Jizyah dikenakan hanya kepada lelaki yang baligh dan berkemampuan. Tidak dikenakan kepada wanita, anak-anak kecil, orang kurang upaya dan fakir miskin dari kalangan mereka.

Dharibah, iaitu pungutan kecemasan di kala baitul mal (perbendaharaan negara) mengalami defisit tidak mampu menampung kos tertentu sehingga boleh berlaku pengabaian terhadap kewajipan oleh daulah, hanya dipungut dari warganegara beragama Islam sahaja. Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja:

(i) Untuk memenuhi keperluan asas (makan/pakai/kediaman) orang-orang fakir dan miskin
(ii) Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran
(iii) Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya
(iv) Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya
(v) Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

Dharibah tidak seperti cukai, ia bukan berfungsi sebagai sumber pendapatan negara tetapi sekadar dikutip dari yang ma’ruf sahaja, di waktu kecemasan sahaja. Tentu sekali ia bukan dikutip untuk kepentingan perbadi pemerintah atau kroni.

Rasulullah s.a.w adalah penjamin bagi golongan non-muslim yang menjadi warganegara daulah Islam:

“Sesiapa sahaja yang berbuat zalim terhadap orang kafir mu’ahid, mengurangkan hak mereka, membebankan mereka melebihi kemampuan mereka, atau mengambil hak milik mereka tanpa izin mereka, maka aku akan menjadi pembela mereka pada Hari Kiamat.” (HR Abu Dawud (3052) dan al-Baihaqi (18511).

Tidak ada sebab untuk non-muslim menentang tegaknya daulah Islam, apalagi bagi seorang yang mengaku sebagai seorang Islam.

Simpanan Perak

Simpanan Perak
Jom Simpan silver <3
Harga silver jatuh dari RM 315 bagi 100 gram pada February lalu menjadi RM 302 bagi 100 gram hari ini. Berbanding harga emas pada rentang waktu yang sama jatuh dari RM 191 per gram menjadi RM 188 per gram pada hari ini.
Turun naik harga perak adalah lebih besar berbanding emas. Apa yang menarik, turun atau naik harga perak ketika ini, ia adalah tetap under-priced. Harga RM 3.20/gram adalah jauh lebih rendah berbanding nilai sebenar berdasarkan kiraan nisab zakat, iaitu nilai yang syariat Islam tetapkan (Nilai sebenar perak 7 g kepada setiap gram emas).
Ringkasnya, menabunglah dalam bentuk perak yang ketika ini dijual pada harga 59 kali lebih rendah berbanding nilai sebenarnya!!!
Pengiraan:
Nisab zakat emas 85 g
Nisab zakat perak: 595 g
Nisbah nilai emas kepada perak: 1:7
Harga emas hari ini RM188/g, harga perak RM3.20/g
Nisbah nilai emas kepada perak: 1:58.75

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)” [HR Ahmad]