NON-MUSLIM dalam daulah Islam adalah sangat beruntung

Dalam daulah Islam, zakat hanya dikenakan ke atas umat Islam yang cukup syaratnya. Bagi non-muslim pula, bayaran Jizyah dikenakan hanya kepada lelaki yang baligh dan berkemampuan. Tidak dikenakan kepada wanita, anak-anak kecil, orang kurang upaya dan fakir miskin dari kalangan mereka.

Dharibah, iaitu pungutan kecemasan di kala baitul mal (perbendaharaan negara) mengalami defisit tidak mampu menampung kos tertentu sehingga boleh berlaku pengabaian terhadap kewajipan oleh daulah, hanya dipungut dari warganegara beragama Islam sahaja. Dharibah hanya boleh dipungut dalam keadaan-keadaan berikut sahaja:

(i) Untuk memenuhi keperluan asas (makan/pakai/kediaman) orang-orang fakir dan miskin
(ii) Untuk pembiayaan jentera pentadbiran negara agar negara tetap berfungsi sebagai pemelihara rakyat seperti gaji kakitangan dan prasarana pentadbiran
(iii) Untuk penyediaan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya
(iv) Untuk pemulihan situasi selepas rakyat ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, tanah runtuh dan seumpamanya
(v) Untuk keperluan jihad fi sabilillah.

Dharibah tidak seperti cukai, ia bukan berfungsi sebagai sumber pendapatan negara tetapi sekadar dikutip dari yang ma’ruf sahaja, di waktu kecemasan sahaja. Tentu sekali ia bukan dikutip untuk kepentingan perbadi pemerintah atau kroni.

Rasulullah s.a.w adalah penjamin bagi golongan non-muslim yang menjadi warganegara daulah Islam:

“Sesiapa sahaja yang berbuat zalim terhadap orang kafir mu’ahid, mengurangkan hak mereka, membebankan mereka melebihi kemampuan mereka, atau mengambil hak milik mereka tanpa izin mereka, maka aku akan menjadi pembela mereka pada Hari Kiamat.” (HR Abu Dawud (3052) dan al-Baihaqi (18511).

Tidak ada sebab untuk non-muslim menentang tegaknya daulah Islam, apalagi bagi seorang yang mengaku sebagai seorang Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *