Sistem Ekonomi Islam yang Agung

 Islam sebagai ideology yang diwahyukan oleh Sang Maha Pencipta menyediakan sistem hidup yang sempurna buat sekalian manusia, untuk sepanjang zaman. Salah satu cabang sistem ialah ekonomi dan kewangan.

1. Dalam Islam, takaran hanyalah bersandarkan emas dan perak. Ia sesuatu yang dianggap bernilai oleh manusia, sejak permulaan tamadun.

2. Transaksi mestilah real, barang dengan barang, khidmat dengan barang dan sebagainya. Transaksi real akan menghapuskan ketidaktentuan nilai yang seterusnya memporak-porandakan ekonomi.

3. Matlamat ekonomi dalam Islam (Iqtisadi Fil Islam) ialah membahagikan kekayaan agar memakmurkan seluruh masyarakat. Ada hukum khusus berkenaan zakat, kanzul mal (menimbun harta), larangan menyewakan tanah pertanian dan sebagainya adalah mekanisme menyebarkan kekayaan dan menghalang monopoli, seterusnya mengurangkan jurang kekayaan.

4. Riba’ diharamkan bermaksud penindasan secara sistematik dari transaksi sebegini dihapuskan sama sekali.

5. Seluruh transaksi ekonomi memiliki “ruh”, iaitu berkait langsung dengan tujuan hidup manusia sebagai hamba kepada Allah. Penipuan, curi, rompak, khianat dan segala perbuatan jahat diharamkan, dikenakan hukuman yang setimpal oleh negara. Ini menjamin pemilikan dan memberi ketenangan bagi masyarakat.

“Dan tidak Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam”[TMQ: Al-Anbiya ayat 107]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *