Kedewasaan Dan Tanggungjawab

Robert Kiysoaski berpandangan, ramai orang bertambah umur tanpa menjadi dewasa. Ini kerana, mereka hanya beralih dari pergantungan kepada ibubapa atau penjaga, kepada pergantungan kepada kerajaan atau majikan.
Mereka marahkan kerajaan atau majikan jika merasakan diri kesempitan. Mereka mengharapkan kerajaan dan majikan menjamin kehidupan mereka selepas bersara
Orang dewasa sepatutnya berubah, dari bergantung kepada orang lain, kepada menjadi tempat bergantung.
-Robert Kiyosaki; Retire Young Retire Rich-
Komen:
Kenyataan ini separuh benar jika kita lihat dari sudut yang lebih besar. Manusia hidup dalam dua sfera kehidupan, iaitu sfera yang dikawal mereka dan sfera yang tidak mampu mereka kawal.
Dalam Islam, taklif hukum dosa dan pahala hanya terbeban dalam sfera yang dikawal oleh manusia.
Dalam konteks ini, seseorang itu bertanggungjawab untuk mencari rezki yang halal, dan memberi nafkah kepada orang di bawah tanggungan mereka. Kegagalan menyediakan makanan,pakaian dan tempat tinggal kepada tanggungan merupakan dosa di sisi Islam.
Adapun di sisi yang lebih luas, sistem ekonomi yang secara sistematik menekan rakyat, cukai yang dihirup dari jerih penat usaha rakyat, tiada jaminan keselamatan dan kesihatan kecuali dengan bayaran, pendidikan yang dijadikan komoditi jualan, semua itu berada di luar sfera kawalan individu. Maka, ia bukan terbeban kepada individu tetapi kepada pemerintah.
Kesimpulan:
Berusaha mencari rezki halal itu wajib bagi menyempurnakan kewajipan seorang wali. Kerajaan tidak perlu memberi segala keperluan secara percuma kerana setiap orang ada kewajipan yang perlu mereka tunaikan. Dalam masa yang sama,kerajaan juga wajib menyediakan pendidikan, khidmat kesihatan dan jaminan keselamatan secara percuma kerana ketiga keperluan asas ini merupakan kewajipan mereka selaku pemerintah.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ عَلَيْهِمْ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Ibn umar r.a berkata : aku mendengar rasulullah saw bersabda : tiap-tiap orang merupakan pemimpin & bakal diminta pertanggungjawakan atas kepemimpinannnya. Seseorang pemerintah negeri dapat diminta pertanggungjawapan atas rakyat yang dipimpinnya. Seseorang suami dapat ditanya berkenaan keluarga yang dipimpinnya. Seseorang isteri yg memelihara rumah tangga suaminya dapat ditanya akan tanggungjawab & tugasnya. Bahkan satu orang pembantu/pekerja rumah tangga (atau hamba) yang bertugas memelihara barang milik majikannya pula bakal ditanya dari akan apa yang dipimpinnya. & kalian para pemimpin bakal ditanya dari hal kepimpinan kalian.[Bukhari&Muslim]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *