Hanya orang Islam masuk syurga?

Baru-baru ini,muncul kecaman oleh puak liberal terhadap ajaran Islam kerana dikatakan tidak adil untuk percaya, hanya orang Islam akan masuk syurga. Orang kafir tidak akan masuk syurga selama-lamanya kerana tidak beriman kepada Allah dan nabi Muhammad s.a.w.
Pemikiran semacam ini hanya polemik yang tidak ada asasnya untuk diperdebatkan. Islam melarang kita mencampuri urusan agama lain dan begitulah sebaliknya bagi non-muslim atau murtad jadian (puak liberal) untuk tidak mencampuri urusan agama Islam.
Kita tidak perlu mempersoalkan kenapa penganut penyembah berhala menyembah berhala A bukan B atau C? Kenapa mereka ada ritual tertentu walaupun kitab mereka menunjukkan ritual yang berbeza? Kesemua urusan mereka dalam agama mereka kita patut hormat dan biarkan mereka dengan urusan mereka, berdasarkan larangan Allah dalam Al Quran:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan” (QS. Al An’am: 108).
Dalam argument ini, mereka seolah mempersoalkan, kenapa Universiti Oxford tidak bagi mereka ijazah walaupun mereka lulus cemerlang dalam ijazah di Universiti Malaya? Atau mungkin persoalan seperti mengapa Petronas tak bayar gaji kepada mereka yang kerja sebagai jurutaip di syarikat Caltex?
Bagi umat Islam, usah perasan akan masuk syurga kalau seumur hidup meninggalkan syariat Islam, apakah kamu mengira akan mati dalam syariat Islam?
Seorang yang hidup sebagai kafir, belum tentu matinya sebagai kafir.
Sikap yang benar ialah, seorang muslim wajib berdakwah kepada sahabat mereka yang bukan Islam, agar mereka sama-sama dapat masuk syurga Allah di akhirat kelak.
Allahualam. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *