Perihal Jual Beli Emas

Emas dan perak digolongkan sebagai barang ribawi yang harus terus dipenuhi syarat-syaratnya jika ingin ber jual beli.Syarat yang wajib yang diberikan oleh Islam dalam jual beli emas (dikenal dengan istilah: shorf) tidak boleh ditawar-tawar, iaitu:

1. Jika emas ditukar dengan emas, maka syarat yang harus dipenuhi adalah yadan bi yadin (transaksi tunai), dan mitslan bi mitslin (timbangannya sama meskipun berbeza kualiti).

2. Jika emas ditukar dengan wang, maka syarat yang harus dipenuhi adalah yadan bi yadin (harus tunai), meskipun berbeza timbangan.

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Jika jenis barang tadi berbeza, maka silakan engkau bertukaran (barter), namun harus dilakukan secara kontan (tunai)” (HR. Muslim no. 1587).

Ulama berbeza pandangan mengenai pembelian emas secara online, ada yang menyatakan sebagai haram kerana berlaku delay dalam penyerahan barang (emas) setelah selesai akad, dan syarat penyerahan berlaku dalam satu majlis.

Adapun berkenaan jual-beli emas Public Gold, transaksi berlaku secara dengan realiti berikut:
1. Emas adalah emas fizikal
2. Jual beli adalah tunai
2. Jual beli melalui platform apps atau website sebagai majlis akad
3. Penyerahan berlaku secara kontan (tunai), iaitu sebaik saja pembayaran dijelaskan
4. Perpindahan hak milik berlaku secara hakiki dan maknawi, iaitu gram emas dimasukkan ke akaun GAP (Gold Accumulation Program) secara maknawi, dan hanya pemilik berhak mengeluarkan emas dari akaun secara hakiki.

Penyerahan “tangan ke tangan” berlaku takala hak milik emas berpindah sekalipun emas fizikal perlu diambil di cawangan. Sekalipun timbul isu “penyerahan harus tangan ke tangan”, selagi mana ada bentuk fizikal, harga di perakadkan dalam jual beli itu sah, tidak timbul isu keharaman dengan konteks ini kerana syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas terpenuhi dengan transaksi emas ke akaun GAP. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas pembeli membayar, pembeli memperoleh emas tersebut. Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas pembeli membuat pembayaran dan pembeli boleh menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.

Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana pembeli tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada ketika transaksi online itu berlaku.

Pembeli “berjudi” dengan hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul pembeli untung, kalau salah pembeli rugi. Maka, urusniaga seperti ini adalah haram berdasarkan dalil di atas.

Allahualam. (Sekadar pandangan peribadi berdasarkan pengkajian)

Demokrasi Bukan Sekadar Memilih Pemimpin

Kuasa penjajah tidak akan memerdekakan negeri umat Islam sehingga kaum muslimin menyambung sistem yang mereka tinggalkan. Mereka memahami, demokrasi dalam bentuknya yang hakiki tidak akan diterima kaum muslimin kerana menjadikan halal dan haram itu di atas kehendak manusia, manakala sistem hidup dibuat sesuai dengan kehendak manusia.

Maka, pemahaman yang wajar ialah dengan memahami demokrasi sebatas kaedah melantik pemimpin. Maka muncullah apa yang disebut “demokrasi Islam”.

Pemerintah dalam negara demokrasi mewakili suara rakyat, mengurus menurut kehendak rakyat (secara teori), manakala pemerintah dalam daulah Khilafah, mengurus rakyat menurut kehendak syarak.

Dalam demokrasi, pemerintah kena selalu ambil hati rakyat malah membeli sokongan rakyat.

Dalam khilafah, pemerintah menjalankan aturan Islam tanpa perlu membeli sokongan rakyat. Sebaliknya rakyat wajib patuh sebab ia aturan dari Sang Maha Pencipta, bukan aturan rekaan khalifah atau kroni.

Adapun mereka (Yahudi dan Nasara) tidak menyembah (sujud) kepara orang-orang alim dan rahib-rahib mereka, akan tetapi jika orang-orang alim dan rahib-rahib itu menghalalkan sesuatu untuk mereka, maka mereka pun menghalalkannya dan jika orang-orang alim dan para rahib itu mengharamkan sesuatu atas mereka maka mereka pun mengharamkannya, inilah yang dikatakan menjadikannya Tuhan”[HR at-Tirmidz

Adaptasi dari kitab:
Ajhizah ad-Daulah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah (Struktur Negara Khilafah dari sudut Pemerintahan dan Administrasi), karangan Syiekh Atha Khalil Bin Ahmad Abdul Qadir Al-Khatib Abu Ar Rasytah.

Jongkong Atau Barang Kemas

Untuk tujuan simpanan, emas dalam bentuk jongkong dan syiling adalah lebih praktikal kerana kos upah yang sangat minimum dan harga emas lebih mudah ditentukan kerana berkadar terus dengan berat. Bagi barang kemas, kos upah boleh menjadikan harganya 20 hingga 30% lebih mahal dari jongkong syiling.

Public Gold menyediakan sistem Gold Accumulation Program (GAP) yang menyediakan platfrom jual beli emas fizikal secara online kepada pelanggan.

Emas fizikal boleh dikeluarkan dari simpanan dalam bentuk jongkong atau syiling dari mana-mana 18 cawangan Public Gold di seluruh negara.

Berminat memulakan simpanan emas? Hantarkan mesej anda kepada Sabri Public Gold, PG00085230, Public Gold Cawangan Kuantan.

8th Habit

The 8th Habit: Find your voice and inspire others to find theirs
Stephen Covey mengutarakan empat jenis paradigm dalam diri seseorang untuk dimanfaatkan bagi mencapai habit yang ke 8 dalam personaliti unik untuk menjadi manusia yang efektif, iaitu dengan memanfaatkan kelebihan fizikal, intelektual, emosi dan spiritual.

1. Membangunkan fizikal dengan disiplin,
2. Membangunkan intelektual dengan visi dan misi,
3. Membangun emosi dengan minat,
4. Membangunkan spiritul dengan conscience (panduan hidup dalam perkara baik atau buruk).

Sebaik sahaja kita meninggalkan sekolah atau kampus, sijil penilaian” kita dalam membina kehidupan ialah kedudukan kewangan, bukan lagi markah ujian (Robert Kiyosaki).