Perihal Jual Beli Emas

Emas dan perak digolongkan sebagai barang ribawi yang harus terus dipenuhi syarat-syaratnya jika ingin ber jual beli.Syarat yang wajib yang diberikan oleh Islam dalam jual beli emas (dikenal dengan istilah: shorf) tidak boleh ditawar-tawar, iaitu:

1. Jika emas ditukar dengan emas, maka syarat yang harus dipenuhi adalah yadan bi yadin (transaksi tunai), dan mitslan bi mitslin (timbangannya sama meskipun berbeza kualiti).

2. Jika emas ditukar dengan wang, maka syarat yang harus dipenuhi adalah yadan bi yadin (harus tunai), meskipun berbeza timbangan.

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar kontan (tunai). Jika jenis barang tadi berbeza, maka silakan engkau bertukaran (barter), namun harus dilakukan secara kontan (tunai)” (HR. Muslim no. 1587).

Ulama berbeza pandangan mengenai pembelian emas secara online, ada yang menyatakan sebagai haram kerana berlaku delay dalam penyerahan barang (emas) setelah selesai akad, dan syarat penyerahan berlaku dalam satu majlis.

Adapun berkenaan jual-beli emas Public Gold, transaksi berlaku secara dengan realiti berikut:
1. Emas adalah emas fizikal
2. Jual beli adalah tunai
2. Jual beli melalui platform apps atau website sebagai majlis akad
3. Penyerahan berlaku secara kontan (tunai), iaitu sebaik saja pembayaran dijelaskan
4. Perpindahan hak milik berlaku secara hakiki dan maknawi, iaitu gram emas dimasukkan ke akaun GAP (Gold Accumulation Program) secara maknawi, dan hanya pemilik berhak mengeluarkan emas dari akaun secara hakiki.

Penyerahan “tangan ke tangan” berlaku takala hak milik emas berpindah sekalipun emas fizikal perlu diambil di cawangan. Sekalipun timbul isu “penyerahan harus tangan ke tangan”, selagi mana ada bentuk fizikal, harga di perakadkan dalam jual beli itu sah, tidak timbul isu keharaman dengan konteks ini kerana syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas terpenuhi dengan transaksi emas ke akaun GAP. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas pembeli membayar, pembeli memperoleh emas tersebut. Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas pembeli membuat pembayaran dan pembeli boleh menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.

Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana pembeli tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada ketika transaksi online itu berlaku.

Pembeli “berjudi” dengan hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul pembeli untung, kalau salah pembeli rugi. Maka, urusniaga seperti ini adalah haram berdasarkan dalil di atas.

Allahualam. (Sekadar pandangan peribadi berdasarkan pengkajian)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *